EURO 2020 Separuh Akhir: AET Itali 1-1 Sepanyol (Pen. 4-2)

Perlawanan pembukaan separuh akhir EURO 2020 menemukan dua pasukan yang kembali bangkit dipersada bola sepak antarabangsa selepas mengalami tempoh kemurungan selepas bergelar pasukan yang digeruni.

Itali kembali bangkit selepas kesenduan teruk apabila gagal layak ke Piala Dunia 2018 dan sejak itu Roberto Mancini telah mengambil alih lalu merubah Itali menjadi bukan sebuah pasukan yang sekadar main bertahan sahaja.

Luis Enrique pula telah membuat kejutan apabila telah menyenaraikan barisan pemain muda dan tidak ada seorang pun pemain Real Madrid dalam pasukan Sepanyol untuk EURO 2020.

EURO 2020 membuktikan Itali dan Sepanyol kembali bangkit apabila berjaya mara ke separuh akhir. Itali menampilkan permainan menarik dan meyakinkan. Sepanyol pula agak tenggelam timbul prestasi mereka.

Sepanyol hanya tewas sekali dalam lapan perlawanan terakhir mereka menentang Itali. Secara keseluruhan kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 34 kali dalam sejarah kewujudan mereka.

Sepanyol

Pertemuan: 34 kali

Menang: 12

Kalah: 13

Seri: 9

Itali

Pertemuan: 34 kali

Menang: 12

Kalah: 13

Seri: 9

Separuh akhir pertama ini berlangsung di Stadium Wembley England dan diadili oleh pengadi daripada Jerman yang menimbulkan ketakutan kepada England sebelum ini, Felix Brych.

Nicolo Barella telah menguji kubu Sepanyo seawal minit ketiga dengan satu rembatan yang terkena tiang namun penjaga garis telah mengangkat bendera tanda offside.

Kurang lima minit permainan sudah dua kali Itali yang agak menggila cuba menyerang sebolehnya offside.

Selepas 10 minit barulah permainan hantaran pendek Sepanyol berjaya sampai ke kotak penalti Itali dan sebelum itu banyak berkisar kepada hantaran ke belakang.

Permainan hantaran pendek Sepanyol hampir membuahkan hasil apabila Mikel Oyarzabal berjaya lolos namun sentuhan pertamanya agak kelaut dan terlepas peluang 1 vs 1 dengan Gianluigi Donnarumma.

Sepanyol menguasai perlawanan gila-gila dengan hantaran pendek yang membosankan kerana kebanyakkan banyak hantaran ke belakang untuk memulakan semula serangan.

Itali berjaya memotong hantaran Sepanyol dan melakukan serangan balas pantas, Unai Simon sudah keluar mujur rakan-rakan beliau cepat menutup ruang.

Sentuhan terakhir dari Sergio Busquet menyelamatkan gawang Seapnyol.

Gianluigi Donnarumma telah melakukan aksi menyelamat berkelas dunia apabila telah melayangkan badan menepis keluar percubaan Daniel Olmo.

Agak bosan permainan dengan bola banyak berlegar disekitar tengah padang. Pada penghujung perlawanan Itali memperoleh peluang cantik namun percubaan Emerson terkena palang.

Separuh masa pertama berakhir dengan kebosanan.

Sergio Bousquet hampir menjaringkan gol namun rembatannya sedikit melepasi palang. Itali segera membalas dengan rembatan Federico Chiesa yang berjaya ditangkap Unai Simon.

Pada minit ke-60, Federico Chiesa berjaya memecahkan kebuntuan dengan satu rembatan lencong dicelahan pemain Sepanyol. Cantik padu merecik gol Chiesa.

Dua minit selepas jaringan Itali, Ferran Torres dikeluarkan dan Alvaro Morata masuk.

Itali tidak nampak untuk bertahan dengan satu gol dan datang lagi kali ini melalui lorongan cantik Chiesa kepada Domenico Berardi yang diselamatkan Unai Simon.

Pada minit ke-80 Alvaro Morata menyamakan kedudukan hasil gerakan yang sangat cantik dan indah oleh Daniel Olmo disudahi oleh Morata dengan cemerlang kali ini.

Morata meraikan jaringan itu seperti De Paula, berlari laju dan menuju ke kamera di tepi padang. Morata menjadi pemain Sepanyol paling banyak menjaringkan gol di kejohanan EURO.

Sepanyol dan Itali saling berbalas serangan bagi mencari gol kemenangan dengan permainan berbaki 10 minit lagi.

Gol yang dicari tidak kunjung tiba dan kedudukan kekal 1-1 selepas 90 minit masa sebenar tamat dan perlawanan di bawa ke masa tambahan.

Gianluigi Donnarumma terus cemerlang apabila membuat aksi menyelamat yang sangat penting bagi memastikan gawang tidak dibolosi.

Itali masuk ke masa tambahan dengan lima pertukaran sudah dilakukan dan jelas tampak berterabur serta kucabara, aksi kekasaran mula ditunjukkan.

Bola gelembung buaya Giorgio Chiellini berjaya mencari Domenico Berardi yang mudah menewaskan Unai Simon tetapi dibatalkan kerana jelas offside.

Keletihan jelas dipamerkan oleh pemain Itali dan Sepanyol dengan hantaran dilakukan tidak tajam dan lesu serta hanya menunggu permainan tamat untuk penentuan sepakan penalti.

Dua sepakan pertama dari Manuel Locatelli dan Daniel Olmo tak masuk, dimana Unai simon membuat bacaan tepat, Olmo pula sepak ke langit.

Andrea Belotti, Gerard Moreno, Leonardo Bonucci, Federico Bernardeschi dan Thiago Alcantara tiada masalah menyempurnakan sepakan masing-masing.

Sepakan keempat Sepanyol dari Alvaro Morata gagal teruk dan mudah diselamatkan oleh Donarumma.

Jorginho membuat sepakan terakhir dengan penuh ketenangan lagi bergaya menghantar Unai Simon terbang ke arah yang salah.

Itali mara ke final EURO 2020.

Itali StartingXI: Gianluigi Donnarumma, Giovanni Di Lorenzo, Leonardo Bonucci, Giorgio Chiellini, Emerson Palmieri, Nicolo Barella, Jorginho, Marco Verratti, Federico Chiesa, Ciro Immobile, Lorenzo Insigne.

Subs: Salvatore Sirigu, Manuel Locatelli, Andrea Belotti, Domenico Berardi, Matteo Pessina, Francesco Acerbi, Bryan Cristante, Federico Bernardeschi, Alessandro Bastoni, Alessandro Florenzi, Rafael Toloi, Alex Meret.

Sepanyol StartingXI: Unai Simon, Cesar Azpilicueta, Eric Garcia, Aymeric Laporte, Jordi Alba, Koke, Sergio Busquets, Pedri, Ferran Torres, Mikel Oyarzabal, Daniel Olmo.

Subs: David de Gea, Diego Llorente, Pau Torres, Marcos Llorente, Alvaro Morata, Gerard Moreno, Thiago Alcantara, Robert Sanchez, Jose Gaya, Rodri, Fabian, Adama Traore.

Referee: Felix Brych (Germany).

BACA:  Pemain Itali Disambut Meriah Sebaik Tiba di Tanah Air, Menyanyi Lagu "It's Coming Rome" Beramai-Ramai