Europa League Semi Final: Arsenal 0-0 Villarreal (Agg. 1-2)

Arsenal gagal melakukan sesuatu walalupun bermain ditempat sendiri dan mempunyai kelebihan satu gol tempat lawan yang boleh menjadui azimat berbisa untuk ke final.

Hanya satu gol diperlukan Arsenal dan bermain bertahan gila-gila untuk merasai final UEFA Europa League sekali lagi.

Lawan ditentang bukan biasa-biasa, Villareal yang dipimpin oleh bekas jurulatih Arsenal, Unai Emery yang merupakan pakar perlawanan akhir Europa League.

Nampak usaha keras dilakukan Arsenal mencari gol seawal permainan dilakukan dan jelas ancaman itu ada dihadirkan Arsenal namun tidak berbahaya.

Pierre-Emerick Aubameyang telah membuat satu voli yang menarik tetapi seluas-luas gawang, tiang yang kecil itu juga mengena sasaran.

Pada separuh masa kedua menyaksikan Nicolas Pepe dan Emile Smith Rowe melakukan percubaan tetapi tersasar dari jalanmu.

Pierre-Emerick Aubameyang memang sangat meminati tiang apabila tandukan ke bawah beliau sekali lagi menmui tiang.

Kepercayaan karut orang-orang tua ada menyatakan jika main bola asyik terkena tiang maka peluang untuk menang sangat tipis.

Villareal menang dengan agregat 2-1 akan bertemu Manchester United di perlawanan akhir yang berlangsung pada 26 mei 2020,

Arsenal: Leno; Bellerin, Holding, Mari, Saka; Xhaka, Partey; Pepe, Smith Rowe, Odegaard; Aubameyang

Subs: Tierney, Willian, Gabriel, Okonkwo, Martinelli, Rya, Nketiah, Elneny, Chambers, Nelson, Soares, Lacazette

Villarreal: Rulli; Gaspar, Albiol, Torres, Pedraza; Parejo, Coquelin, Trigueros; Moreno, Alcacer, Chukwueze

Subs: Nino, Rodriguez, Santos, Gomez, Costa, Ena, Moreno, Estupinan, Raba, Bacca, Asenjo, Funes Mori

Referee: S Vincic (Slovenia)

Semi Final: Villarreal 2-1 Arsenal

Pertembungan agak menarik antara Villareal dan Arsenal di separuh akhir pertama Europa League bagi musim 2020/21 apabila Arsenal bertemu kembali bekas pengurus yang dipecat.

Unai Emery bapa Europa League seduani yang membawa Sevilla muncul juara secara hatrik pada tahun 2014, 2015 dan 2016. UEL = Unai Emery League.

Ini merupakan semi final keenam Unai Emery di Europa League selaku pengurus dan hampir seganda berbanding jurulatih yang lain sejak Europa League dijenamakan semula.

Unai Emery berjaya mara ke final dalam empat perlawanan separuh akhirnya di Europa League.

Mikel Arteta sendiri mengakui bahawa Unai Emery merupakan pengurus bola sepak paling cemerlang di Europa League.

Rekod cemerlang Unai Emery tercalar selepas gagal membawa Arsenal muncul juara apabila tewas kepada Chelsea pada tahun 2019.

Yellow Submarine nama gelaran Villareal tidak perlu menunggu lama untuk memecahkan kebuntuan dan hanya memerlukan lima minit untuk berada dihadapan.

Manuel Trigueros merembat deras masuk hantaran Samuel Chukwuezeuntuk gol pembukaan.

Ini merupakan gol terpantas Arsenal bolos di kejohanan Eropah sejak Edison Cavani menjaringkan gol selepas 42 saat permainan untuk PSG di perlawanan Champions League 2016.

Berpunca daripada sepakan penjuru Daniel Parejo, Gerard Moreno melakukan satu tandukan tidak kemas dan terkena bahu sendiri.

Namun bola tepat kepada Raul Albiol yang tidak dikawal yang melakukan satu voli jarak dekat.

Danny Ceballos menambah garam di luka Arsenal sambil memerah limau nipus apabila mengutip kad kuning kedua yang membawa kepada kad merah.

Tindakan Ceballos sangat tidak bijak kerana sengaja memijak kaki lawan dan memberi tekanan kepada Arsenal yang lemah dan lembik untuk memberi saingan.

Arsenal tidak mengalah apabila melihat Villareal gagal menambah jaringan dan beroleh sepakan penalti selepas Bukayo Saka dijatuhkan Manuel Trigueros.

Video Assistant Referee (VAR) membuat penelitian dan keputusan awal pengadil memberikan penalti kekal sebagai penalti. VAR nak melengahkan masa je kot.

Nicolas Pepe tiada masalah untuk menjaringkan gol tempat berlawanan yang berharga buat Arsenal.

Selepas gol tersebut sekali lagi Bukayo Saka dikasari dengan agak ganas oleh Etienne Capoue yang menyaksikan beliau mengutip kad kuning kedua.

Etienne Capoue mengalami kecederaan walaupun bertindak ganas ke atas Saka dan terpaksa diusung keluar dengan layangan kad merah. Main-main dengan saka mendapat la.

Pada penghujung perlawanan Pierre Emerick Aubameyang hampir menyamakan kedudukan namun telah tergelecoh ketika melakukan rembatan.

Villareal gagal untuk menghukum Arsenal yang bermain 10 orang dengan baki permainan lebih 30 minit dengan jaringan gol yang selesa.

Malah Villareal sendiri hampir terciduk dan memberi Arsenal bekalan satu gol tempat lawan untuk perlawanan separuh akhir kedua di Emirates.

Villarreal: Rulli, Foyth, Albiol, Pau, Pedraza, Parejo, Capoue, Trigueros, Chukwueze, Alcacer, G Moreno.

Subs: Asenjo, Gaspar, Mori, Bacca, Estupinan, A Moreno, Coquelin, Costa, Gomez, Yeremy, Alex, Nino.

Arsenal: Leno, Chambers, Holding, Mari, Xhaka, Partey, Ceballos, Saka, Odegaard, Smith Rowe, Pepe.

Subs: Ryan, Okonkwo, Bellerin, Gabriel, Luiz, Cedric, Elneny, Nelson, Nketiah, Willian, Aubameyang, Martinelli.

BACA:  Newcastle Mahu Sekali Lagi Sailang Arsenal Untuk Dapatkan Pemain Bernilai €70 Juta Dari Serie A