FA Cup 2019/20: Portsmouth 0-2 Arsenal

Selepas tersingkir dari kejuaraan Europa League minggu lalu akibat kekalahan kepada pasukan Olympiacos. Arsenal kini meletakkan sepenuh focus mereka kepada perebutan untuk mendapatkan Piala FA.

Pasukan kendalian Mikel Arteta turun menentang pasukan dari premiership Portsmouth. Perlawanan pusingan ke lima Piala FA ini telah diadakan di Fatton Park Portsmouth. Arsenal turun dengan misi untuk melayakkan pasukan mereka ke peringkat suku akhir.

Perlawanan bermula dengan agak perlahan dengan Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Portsmouth mengawal bahagian tengah dengan baik di awal permainan namun jentera serangan mereka agak tumpul untuk melepasi pertahanan Arsenal.

Pada minit ke-16, Arsenal terpaksa melakukan pertukaran pemain kerana Lucas Torreira terpaksa dikeluarkan atas masalah kecederaan, selepas diterjah oleh James Bolton.

Arsenal cuba melancarkan serangan balas dengan Guendouzi mengambil sepakan percuma  yang pantas, namun pengadil perlawanan Mike Dean membatalkan sepakan percuma itu dengan alasan bola masih bergolek dan Guendouzi harus menghentikan bola sebelum mengambil tendangan percuma itu.

Pada minit ke-35 Guendouzi sekali lagi mendapat sepakan percuma, kali ini beliau memastikan bola itu benar-benar tidak bergolek untuk mengambil sepakkan percuma. Namun Mike Dean menganggap Guendouzi mengejek beliau lalu beliau melayangkan kad kuning kepada pemain Arsenal itu.

Perlawanan terus berlangsung dengan agak perlahan sehinggalah pada masa tambahan di babak pertama hasil dari satu tendangan sudut, Sokratis berjaya meletakkan Arsenal di depan.

Sokratis telah berjaya menjaringkan tiga gol untuk pasukan Arsenal dalam semua pertandingan dalam musim ini. Dan beliau bermain dengan baik dalam perlawanan malam ini menentang Portsmouth.

Tamat separuh masa dengan keputusan Arsenal mendahului Portsmouth dengan satu berbalas kosong. Perlawanan babak kedua bermula dengan laju dan kedua-dua pasukan saling melancar serangan namun gagal untuk menjaringkan gol.

Pada minit ke 51 Edward Nketiah berjaya menjaringkan gol kedua untuk pasukan Arsenal juga bermula dari sepakkan percuma dan disudahi dengan cantik oleh beliau.

Pemuda berusia 20 tahun ini sudah menjaringkan dua gol dari dua perlawanan terakhir beliau bersama Arsenal musim ini. Satu permulaan yang baik dari prospek masa depan Arsenal ini.

Perlawanan tamat dengan keputusan Arsenal memenangi perlawanan 2-0 menewaskan Portsmouth. Arsenal layak ke peringkat suku akhir piala FA untuk kali pertama selepas mereka berjaya melakukannya pada musim 2016/17 lalu.

Senarai Pemain Portsmouth vs Arsenal

Senarai pemain utama Portsmouth

Alex Bass, Ross McCorie, James Bolton, Cristian Burgess, Steve Seddon, Cameron McGeehan, Ben Close, Ryan Williams, Gareth Evans, Marcus Harness, Ellis Harisson.

Senarai pemain simpanan Portsmouth

Craig MacGillivray, Jack Whatmough, Sean Ragget, Tom Naylor, Ronan Curtis, Andy Cannon, John Marquis.

Senarai pemain utama Arsenal

Emilano Martinez, Sokratis Papastathopoulos, David Luiz, Pablo Mari, Bukayo Saka, Matteo Guendouzi, Lucas Torreira, Reiss Nelson, Joseph Willock, Gabriel Martinelli, Edward Nketiah.

Senarai pemain simpanan Arsenal

Bernd Leno, Rob Holding, Dani Ceballos, Ainsley Maitland Niles, Granit Xhaka, Alexandre Lacazette, Nicolas Pepe.

BACA:  Solskjaer Tiada Masalah Alih Fokus Terhadap Arsenal Selepas Cemerlang Singkirkan PSG