FA Cup Semi Final: Arsenal 2-0 Manchester City

Kemaraan Arsenal ke separuh akhir FA Cup membolehkan mereka mencipta sejarah dan duduk bersama Manchester United sebagai kelab paling banyak mara ke separuh akhir dalam sejarah kejohanan.

Arsenal dan Manchester United merekodkan 30 kali mara ke separuh akhir FA Cup sejak dipertandingkan. Pakar FA Cup

Pasukan London yang lemah dan lembik ini merupakan pasukan paling berjaya dalam kejohanan FA Cup ini dengan 13 kejuaraan.

Arsenal telah mara ke final sebanyak 20 kali dan hanya 7 kali sahaja tewas. Kali terakhir meraih gelaran juara pada tahun 2017.

Sheffield United ditumbangkan Arsenal di suku akhir dan pada separuh akhir juara musim lalu Manchester City menunggu.

Di atas kertas seperti Manchester City bakal mendapat laluan mudah menentang Arsenal yang lemah dan lembik.

Namun sebaliknya terjadi apabila City menjadi santapan Arsenal selepas Liverpool menjadi mangsa beberapa hari yang lalu.

Dua kemenangan nasib Arsenal menentang pasukan lebih kuat.

Manchester City bermula garang dalam perlawanan ini tetapi Arsenal tetap huru-hara seperti biasa.

Kurang 10 minit permainan gandingan David Luiz dan Skhodran Mustafi telah membuat aksi kelakar namun tidak di hukum.

Tidak lama kemudian Arsenal hampir di depan apabila lorongan cantik David Luiz berjaya menemui Pierre-Emerick Aubameyang.

Namun percubaan Pierre-Emerick Aubameyang berjaya dihadang oleh Ederson.

Pada minit ke-19 akhirnya Arsenal berjaya menjaringkan gol pembukaan melalui Pierre-Emerick Aubameyang hasil hantaran lambung cantik Nicolas Pepe.

Gol ini terhasil dengan melibatkan 10 pemain dan 18 hantaran sebelum disudahkan oleh Pierre-Emerick Aubameyang dari sudut sempit.

Separuh masa kedua menyaksikan Manchester City terus berusaha keras mencari gol penyamaan memaksa Arsenal meletakkan segala kenderaan yang wujud untuk di parking.

Dalam keghairan menyerang City lupa, pemain Arsenal juga mempunyai kaki dan mampu menjaringkan gol.

Tidak dapat dinafikan lagi benteng pertahanan Arsenal sentiasa huru-hara dan kelakar tetapi tidak di jentera serangan.

Maka terjadilah serangan balas pantas sekali lagi City lemas dengan hantaran lambung kali ini daripada Kieran Tierney.

Pierre-Emerick Aubameyang berjaya lolos dan dengan lajunya memecut tidak mampu dikejar pemain Manchester City.

Dengan penuh ketenangan tahap dewa mudah Pierre-Emerick Aubameyang sekali lagi menewaskan Ederson dengan melalukan bola ke kelangkang Ederson untuk gol kedua.

Tiada apa yang mampu dilakukan City apabila gol dicari tidak kunjung tiba walaupun menguasai 72 peratus perlawanan.

City mencatatkan 13 percubaan dan hanya 3 sahaja percubaan tepat dan tiada langsung percubaan tepat pada separuh masa pertama.

Arsenal mencatatkan rekod tersendiri apabila mara ke final buat kali ke-21 dengan penuh nasib.

Lawan Arsenal di final adalah antara pasukan Chelsea atau Manchester United dan bertemu Arsenal di final, kemenangan percuma menanti buat Chelsea atau Manchester United.

Kesebelasan Utama Arsenal 2-0 Manchester City

Arsenal (3-4-3): Martinez 7; Mustafi 7 (Holding 87), Luiz 8, Tierney 8; Bellerin 6, Ceballos 6 (Kolasinac 88), Xhaka 7, Maitland-Niles 7; Pepe 7 (Willock 72), Lacazette 6 (Torreira 78), Aubameyang 8

Subs not used: Papastathopoulos, Nelson, Macey, Smith, Saka

Manchester City (4-2-3-1): Ederson 6: Walker 6, Eric Garcia 6, Laporte 5, Mendy 5: De Bruyne 6, Gundogan 6 (Rodri 66); Mahrez 5 (Foden 66), Silva 6 (Fernandinho 87), Sterling 6; Gabriel Jesus 5

Subs not used: Stones, Zinchenko, Bernardo Silva, Joao Cancelo, Otamendi, Carson

BACA:  Premier League 2020/21: Arsenal 0-1 Burnley