Fabregas: Messi Masih Pemain Terbaik Dunia Jika Bermain Di Liga Perdana Inggeris

Pemain tengah Chelsea, Cesc Fabregas mendakwa Lionel Messi masih lagi akan kekal menjadi pemain terbaik dunia jika beliau memilih untuk bermain di Liga Perdana Inggeris.

Menjelang pertemuan pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah di antara Barcelona dan Chelsea Rabu ini, Fabregas berkata beliau tidak sabar untuk berhadapan bekas pasukannya termasuk rakan baiknya, Lionel Messi.

Messi akan kekal menjadi pemain terbaik dunia jika bermain di England. Bukan Salah, De Bruyne atau Pogba

Pertemuan kali ini merupakan perlawanan pertama Fabregas berhadapan Barcelona dalam jersi Chelsea, dimana beliau sebelum ini pernah berentap sebanyak 3 kali dengan Messi ketika bermain dengan Arsenal.

Selepas meninggalkan Arsenal, Fabregas kembali ke Sepanyol untuk bermain dengan pasukan kelahirannya itu selama 3 tahun. Ia juga menjadi saat indah buat Fabregas apabila disatukan kembali dengan rakan baiknya sejak berusia 12 tahun iaitu Messi.

Messi dan Fabregas sering dilihat meluangkan masa bercuti bersama dan musim panas lalu mereka berdua dirakam bercuti di Ibiza dengan diiringi keluarga masing-masing. Fabregas juga hadir ke perkahwinan Messi dengan cinta hatinya, Antonella Roccuzzo yang diadakan di Argentina.

Sapkok lu

Walaupun semua mengetahui tempat Messi adalah bersama Barcelona, tetapi ia tidak menghalang pemain antarabangsa Argentina ini untuk dikaitkan dengan perpindahan ke England pada masa lepas.

Fabregas ketika ditemuramah Goal.com menjelang pertemuan Liga Juara-Juara percaya Messi masih lagi akan kekal menjadi pemain terbaik dunia jika beliau memilih untuk berhijrah ke England pada masa sekarang.

“Tanpa ragu-ragu, Messi akan menjadi pemain terbaik di England.”

Fabregas turut mengakui beliau tidak bercakap banyak dengan Messi mengenai pertemuan Barcelona-Chelsea.

“Perlawanan sebegini memerlukan fokus yang tinggi terhadap permainan kami dan memberikan semua yang kami ada. Sudah tentu perlawanan menentang Barcelona cukup bermakna bagi saya, dan juga semua pemain di dunia. Termasuklah pemain yang dilahirkan di Catalan.”

“Sama ada anda menyukai Barcelona atau tidak, perkataan ‘istimewa’ boleh difahami dalam beberapa cara. Sebagai seorang pemain bolasepak yang mencari detik istimewa, Barcelona menawarkan perkara tersebut, sama ada sebagai pemain kelab tersebut atau sebagai pemain lawan.”

Member baik sejak kecik

“Ia akan menjadi pusingan yang menakjubkan dan saya pasti semua pemain akan menikmati perlawanan itu nanti.”

Pemain tengah berusia 3o tahun ini hampir pasti akan diturunkan Antonio Conte di bahagian tengah Chelsea Rabu ini, dan Fabregas mengakui The Blues akan turun sebagai ‘underdog’ dalam perlawanan tersebut.

“Barcelona merupakan salah sebuah pasukan terbaik dunia ketika ini tetapi kami merupakan juara bertahan Liga Perdana Inggeris. Kami berhak menerima penghormatan.”

BACA:  Champion League 2020/21: Juventus 0-2 Barcelona