JDT terus memberikan marketing yang hebat kepada Liga Malaysia. Sebelum ini prestasi mereka di pentas ACLE telah banyak menaikkan nama Liga M itu sendiri.
Dan hari ini dengan kehadiran Jese Rodriguez, sifu perpindahan Eropah, Fabrizio Romano turut membuat liputan tentang perpindahan Liga Malaysia buat pertama kali.
Fabrizio Romano memiliki kira kira 73.4 juta pengikut di 3 platform media sosial secara terkumpul, X, Facebook dan juga Instagram.
Jadi ianya memberikan nilai publisiti yang luar biasa bukan sahaja kepada JDT tetapi Liga Malaysia juga.
Jese merupakan bekas graduan Real Madrid yang berjaya menikmati debut bersama Los Blancos. Dia kemudian memenangi La Liga dan dua kejuaraan Liga Juara Juara Eropah bersama Madrid.
Jese terpaksa meninggalkan Madrid untuk mencari lebih minit permainan kerana skuad Real Madrid sarat dengan bakat luar biasa. Sangat sukar untuk dia menempatkan diri di dalam skuad.
Jesé Rodríguez to Johor Darul Ta'zim?✍️🇪🇸
Jesé was an agile winger for the previous Real Madrid team. But he was rarely sent down "The Galácticos" because he had to compete with two world stars, namely Cristiano Ronaldo and Gareth Bale. pic.twitter.com/6qvbh5vCfX
— Bala_The_Game_Changer (@BalaCA001) October 5, 2024
Dia kemudian menyertai PSG. Masalah kecederaan kerap mengganggunya. Dan akhirnya dia menyertai beberapa pasukan lagi secara pinjaman termasuk bermain untuk Stoke dalam kancah Liga Perdana Inggeris.
Kelab terakhir beliau sebelum ini adalah Coritiba di Brazil. Dan dia menjadi ejen bebas. Akhirnya JDT menghidu peluang untuk membawa pemain berusia 31 tahun itu untuk memperkasakan lagi pasukan mereka yang memang sudah perkasa.
JDT mengumumkan kehadiran Jese sebentar tadi. Yang membuatkan ramai peminat JDT serta Liga M terkejut dan teruja mendengarnya. Ini bukan nama biasa biasa. JDT sudah lama tidak mendapatkan marquee singning seperti ini. Sama seperti era ketika mereka mendapatkan Pablo Aimar dan Daniel Guiza dulu.
Jese akan bergandingan dengan Arif Aiman di JDT. Kedua duanya beraksi di posisi sayap. Dan Jese pernah dilabel sebagai The Next CR7 kerana bakat dan gaya permainan lincahnya. Namun malangnya dia seringkali diganggu kecederaan.
Apapun, JDT percaya Jese akan bangkit membantu pasukan mereka dalam kancah bola sepak Malaysia dan Asia.
𝐇𝐞'𝐬 𝐩𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐚𝐭 𝐛𝐢𝐠 𝐜𝐥𝐮𝐛𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐚𝐥𝐥 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐨𝐩 𝐝𝐢𝐯𝐢𝐬𝐢𝐨𝐧𝐬. 𝐓𝐰𝐨-𝐭𝐢𝐦𝐞 𝐔𝐄𝐅𝐀 𝐂𝐡𝐚𝐦𝐩𝐢𝐨𝐧𝐬 𝐋𝐞𝐚𝐠𝐮𝐞 𝐰𝐢𝐧𝐧𝐞𝐫 𝐢𝐬 𝐧𝐨𝐰 𝐉𝐃𝐓 𝐟𝐚𝐦𝐢𝐥𝐲.
Welcome to the Home of Champions💙♥️🥇#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#HarimauSelatan… pic.twitter.com/P7j7bg6xjF
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 5, 2024
Peminat JDT sudah tak sabar untuk menyaksikan debut bekas pemain Real Madrid dan pemenang 2 kejuaraan Eropah ini.
👀 Jese Rodriguez signs for the Southern Tigers! 🔵🔴
More photos at https://t.co/8U52hEwYHi#JeseRodriguez#NewSigning#JDTFamily pic.twitter.com/cT5KAuPdCf
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 5, 2024