Ferdinand Gesa United Jangan Tandatangani Kieran Trippier

Rio Ferdinand sekeras-kerasnya mencadangkan kepada Manchester United supaya tidak menandatangani Kieran Trippier pada musim panas nanti.

Setan merah hangat dikaitkan bakal menandatangani Kieran Trippier pada jendela perpindahan musim panas ini, dengan tujuan untuk mencari pencabar kepada Aaron Wan Bissaka.

Bintang Atletico Madrid itu sendiri selain dikaitkan dengan Manchester United, beliau turut dikaitkan bakal menyertai Arsenal.

Atletico Madrid dan Arsenal sedang dalam pertimbangan mereka untuk melakukan pertukaran pemain yang melibatkan Kieran Trippier dan Hector Bellerin.

Trippier setakat ini telah melalui dua musim yang sungguh menakjubkan di Sepanyol, dengan beliau telah beraksi 35 perlawanan dalam semua pertandingan musim lalu, untuk membantu Atletico menjuarai gelaran liga.

Tidak dinafikan Trippier memainkan peranan penting dalam membantu Atletico Madrid menjuarai gelaran La Liga pertama mereka sejak 2014 itu.

Namun MARCA telah melaporkan yang Juara saingan La Liga itu bersedia untuk membenarkan pemain full-back England itu untuk berpindah pada musim panas ini.

Atletico berminat untuk menghantar Trippier ke Emirates dalam usaha mereka untuk mendapatkan pertahanan Arsenal, Bellerin.

Sporting director Atletico, Andrea Berta dikatakan sangat berminat untuk mendapatkan Bellerin, yang memulakan karier awal bersama Barcelona sebelum menyertai skuad remaja Arsenal pada tahun 2011.

Mengenai rundingan untuk kebarang kalian pertukaran pemain antara kedua-dua pasukan ini, MARCA menegaskan bahawa pilihan untuk pertukaran antara Sepanyol dan England ini sudah boleh dibaca dari awal.

Atletico dan Arsenal telah menyelesaikan satu rundingan pada musim panas lalu yang mana Gunners ketika itu mengaktifkan klausa perlepasan Thomas Partey bernilai £45 juta, dan membenarkan Lucas Torreira untuk ke Wanda Metropolitano sebagai pemain pinjaman.

Selain Arsenal yang berminat untuk mendapatkan Trippier, Manchester United juga dilaporkan sangat berminat untuk menandatangani bintang Atletico itu sebagai pencabar kepada Wan Bissaka.

Kontrak bekas pemain muda Manchester City itu akan berakhir pada 2023 nanti dan beliau ketika ini boleh ditandatangani dengan nilai £15 juta ke £20 juta.

Terdapat laporan dari The Athletic yang menyatakan bahawa Trippier yang keluarganya merupakan penyokong tegar Manchester United kini sudah mendapatkan rumah sebagai persediaan untuk kembali ke England.

Tambahan pula, sport director kelab, Matt Judge juga dilaporkan sudah memulakan rundingan dengan Atletico berkait urusan untuk mendapatkan Trippier.

The Mirror sementara itu mendakwa yang Trippier sudah beritahu rakan sepasukannya di England, yang beliau berharap dapat sertai Manchester United selepas dua tahun berada di ibu kota Sepanyol.

Sementara itu, Ferdinand turut menggesa Manchester United untuk tidak menandatangani Kieran Trippier pada musim panas ini.

Bintang Atletico Madrid dan England itu dikaitkan bakal menandatangani perjanjian bersama setan merah pada jendela perpindahan musim panas ini.

United mahu menandatangani Trippier kerana mahu memberi saingan yang baru kepada Aaron Wan Bissaka.

Walau bagaimanapun, Ferdinand menjelaskan bahawa:

“Saya tak rasa mereka akan beli seseorang untuk datang dan bermain setiap minggu, saya rasa siapa saja yang dibeli selepas ini hanya sebagai pemain gantian sahaja.”

“Mereka habiskan £50 juta untuk Wan Bissaka, tak mungkin untuk jadikan back up atau pemain gantian.”

“Dia (Trippier) bukanlah pilihan saya sejujurnya, tapi saya nampak kualiti yang dia ada.”

“Tapi Trippier tentunya tidak menjadi pilihan saya berdasarkan profil dia yang mana saya tak rasa dia sesuai untuk jadi pilihan kedua.”

BACA:  Ferdinand Dedah Roy Keane Pernah 'Bunuh' Karier Pemain Bintang Di Manchester United