Ferdinand Kongsi Kisah Skuad England Ketakutan Kerana Pesawat Hampir Terhempas

Rio Ferdinand membuat pendedahan yang sangat mengejutkan selepas beliau menyatakan yang para pemain skuad England sempat berfikir yang pesawat mereka naiki bakal terhempas.

Skuad The Three Liones pada ketika itu dalam perjalanan pulang ke England dari Jerman selepas selesai mengharungi kempen Piala Dunia 2006.

Skuad England yang ketika itu dikendalikan oleh Sven Goran-Eriksson tersingkir di peringkat suku akhir selepas mereka dikejutkan dengan kekalahan bertemu Portugal.

Buat pertama kalinya, Rio Ferdinand telah berkongsi kisah mengejutkan tentang bagaimana skuad emas England itu pernah melalui penerbangan yang sangat mengerikan.

Legenda Manchester United itu mendedahkan yang penerbangan itu sangat mengerikan sehingga pemain seperti Wayne Rooney dan Steven Gerrard menangis ketakutan.

Ferdinand sendiri turut hilang kawalan dan ketenangan ketika beliau melihat reaksi rakan sepasukannya dan pramugari yang ada dalam pesawat tersebut.

“Kami baru sahaja tersingkir dari pertandingan selepas tewas kepada Portugal di peringkat suku akhir dan kami lalui penerbangan yang sungguh mengerikan dan tidak boleh kamu gambarkan.”

Jelas Rio Ferdinand.

“Kami terperangkap dalam cuaca buruk dan semua orang fikir yang kami akan terhempas. Kami semua menangis.”

“Saya duduk berhampiran dengan Wayne Rooney dan Steven Gerrard dan isteri mereka, semua orang menjerit. Ia merupakan kekecohan yang tidak terbayangkan.”

“Ia menyeramkan dan orang dan luggage bersepah merata tempat dan tidak ada sesiapa tahu apa yang sedang berlaku.”

“Saya sangat yakin ketika itu, ‘Inilah dia’, terutama ketika saya melihat reaksi pramugari. Kamu akan selalu boleh rasa keadaan sebenarnya teruk bila lihat reaksi mereka dan saya lihat mereka, mereka semua duduk di tempat duduk masing-masing dengan muka pucat. Waktu itu saya sedar yang kami betul-betul dalam masalah.”

“Saya kebiasaannya agak tenang tapi ketika lihat mereka saya takut.”

Mujur saja tiada apa yang serious dengan pesawat dapat meneruskan penerbangan seperti biasa dan turut mendarat dengan selamat.

Ia jelas satu pengalaman ngeri yang mungkin tidak akan dapat dilupakan oleh para pemain England dengan mereka ketika itu melalui detik paling ngeri yang mungkin akan menyebabkan mereka kehilangan nyawa.

Skuad England pada tahun 2006 jelas sekali dianggap antara generasi terhebat mereka, dengan para pemain yang ada dalam skuad merupakan antara barisan pemain terhebat dalam dunia bola sepak.

England juga pada ketika itu dianggap sebagai pilihan utama untuk memenangi saingan Piala Dunia 2006, namun sayangnya mereka tersingkir di peringkat suku akhir.

Walau skuad England pada ketika itu dianggap generasi emas, namun skuad Three Liones yang sekarang juga tidak boleh dinafikan kehebatan mereka.

Terbaru, anak-anak buah Gareth Southgate itu berjaya mencatatkan kemenangan besar 10-0 menewaskan San Marino dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Ia merupakan kemenangan terbesar dalam sejarah mereka, dengan kemenangan itu juga mengesahkan tempat untuk skuad England beraksi di pentas Piala Dunia Qatar tahun hadapan.

Selepas berjaya mara ke aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020, skuad England turut dianggap sebagai calon kegemaran untuk menjuarai saingan Piala Dunia tahun hadapan.

Sementara Portugal yang pernah menumbangkan skuad emas England pada tahun 2006 lalu, mereka sepertinya terpaksa melalui pusingan play-off untuk mara ke saingan Piala Dunia.

Ia jelas sekali satu tamparan yang hebat untuk Cristiano Ronaldo, dengan beliau sangat berharap untuk dapat beraksi di pentas Piala Dunia kali ini.

Edisi 2022 berkemungkinan bakal menjadi yang terakhir untuk Cristiano Ronaldo dan kerana itu beliau sangat berharap agar Portugal akan mampu untuk melayakkan diri.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Rio Ferdinand Pernah Rasa Seperti Dimalukan Oleh Messi