Rio Ferdinand Dedah Mahu Sertai Pasukan Musuh Selepas Dikapak Van Gaal

Pemain pertahanan legenda Manchester United, Rio Ferdinand telah mendedahkan bahawa beliau mahu menyertai pasukan musuh ketat Setan Merah selepas mengetahui akan dikapak keluar oleh Louis Van Gaal.

Pada musim panas 2014, Luois Van Gaal telah mengambil alih tampuk pimpinan Manchester United dan mula melakukan kerja pembersihan dan Rio Ferdinand tiada dalam perancangan.

Mengetahui nasibnya sudah begitu rupa dan perlu mencari pasukan baru, Rio Ferdinand telah terserempak dengan Arsene Wenger disebuah hotela.

Lalu Ferdinand terus menyatakan hasrat untuk menyertai Arsenal yang merupakan pasukan musuh kepada Setan Merah.

Pada ketika itu Manchester United menamatkan saingan Premier League di tangga ketujuh dibawah David Moyes dan Arsenal dibawah Arsene Wenger sudah pasti ditangga keempat dan layak ke Champions League.

Dengan status pemain pertahanan bintang yang dimiliki Rio Ferdinand sudah pasti beliau mahu terus beraksi di peringkat tertinggi dan Arsenal menjadi pilihan.

Mendedahkan perkara itu dalam sebuah rancangan di Youtube, bekas pemain kebangsaan England itu mengakui telah memberitahu Arsene Wenger bahawa beliau yakin dapat membawa sesuatu ke dalam bilik persalinan Arsenal.

Dalam usaha menjual dirinya kepada Wenger, Ferdinand menaburkan manifesto bahawa beliau mampu membantu Arsenal mengekalkan status mereka sebagai salah satu kelab elit Premier League.

“Aku berkata, Arsene sila dengar sini, aku tinggalkan Manchester United dan jika kau mahu, aku akan datang dan cuba menolong di bilik persalinan dan lain-lain.”

“Kerana aku fikir kau perlukan bantuan dibahagian itu. Jelas aku akan bermain tetapi yang lebih penting, aku akan datang untuk budaya yang ada dalam pasukan.”

Sekiranya Rio Ferdinand menyertai Arsenal maka beliau akan beraksi bersama pemain pertahanan handalan Arsenal, Per Mertesacker dan Laurent Koscielny.

Ketika kejadia, Rio Ferdinand berusia 35 tahun dan menyatakan bahawa beliau mampu membawa pengaruh positif kepada pemain seperti Alex Oxlade-Chamberlain dan Jack Wilshere yang sedang meningkat naik.

Natijahnya, Arsene Wenger tidak langsung tertarik dengan manifesto bukan janji dari Rio Ferdinand, keputusan Wenger itu dapat difahami Ferdinand sepenuhnya.

“Wenger tidak termakan dengan tawaran aku dan Wenger membuat keputusan yang betul kerana prestasi aku bersama Queen Park Rangers (QPR) tidak mencapai tahap yang diperlukan.”

“Tetapi di bilik persalinan aku percaya aku boleh membantu Wenger kerana disitulah di mana banyak budaya lahir dan berkembang.”

Walaupun ditolak Wenger, Ferdinand percaya beliau masih mampu membantu Wenger dibilik persalinan, mungkin kerana itulah Ferdinand ditolak.

Belum apa-apa dah cakap pasal budaya kelab lain kerana Arsenal adalah Arsenal bukannya Manchester United.

Ia didokumentasikan dengan baik bagaimana pemain senior seperti Ferdinand, Wayne Rooney dan Michael Carrick mengendalikan bilik persalinan di Manchester United bagi memastikan standard dan tradisi sentiasa dikekalkan.

Semasa era Ferdinand Manchester United dan Arsenal masih lagi menjadi pasukan yang bersaing untuk kejuaraan kemudian semakin lesap ditelan zaman tetapi kini kedua-dua pasukan seperti mahu mengembalikan kegemilangan mereka.

Jika Rio Ferdinand diterima Wenger lalu menyertai Arsenal pasti akan mencemarkan reputasi dan meninggalkan kudis kepada peminat Manchester United.

Kudis yang pasti bernanah jika Ferdinand berjaya memberi sentuhan positif kepada pemain muda Arsenal yang sedang meningkat naik.

Pada 17 Julai 2014, Ferdinand menandatangani kontrak bersama kelab Liga Perdana yang baru dinaikkan pangkat Queens Park Rangers dengan kontrak setahun.

Ferdinand kembali ke Old Trafford buat kali pertama sejak meninggalkan Manchester United pada 14 September 2014 untuk menentang bekas kelabnya di Liga Perdana dan dibelasah 4–0.

Pada Oktober 2014, Ferdinand mengesahkan dalam temu bual bersama The Jonathan Ross Show bahawa dia akan bersara pada penghujung musim.

Pada Mei 2015, berikutan penyingkiran ke liga bawahan, Queens Park Rangers melepaskan Ferdinand. Ferdinand hanya melakukan 12 penampilan untuk QPR selama semusim.

Pada 30 Mei 2015, Ferdinand mengumumkan persaraannya daripada bola sepak profesional, tiga hari selepas pemergiannya dari QPR.

BACA:  Rio Ferdinand Racun Jadon Sancho Jangan Join Liverpool