Fédération Internationale de Football Association (FIFA) telah memperkenalkan 3 perubahan yang akan dilaksanakan di kejohanan paling agung dalam dunia bola sepak iaitu Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar.
Piala Dunia 2022 Qatar kini hanya menghitung hari untuk dilangsungkan apabila kesemua 32 pasukan bertanding telah pun diketahui di mana Costa Rica menjadi pasukan terakhir melayakkan diri.
Seperti biasa 32 pasukan ini dipecahkan kepada 8 kumpulan iaitu A, B, C, D, E, F, G dan H yang terdiri daripada 4 pasukan.
A – Belanda, Ecuador, Senegal, Qatar
B – England, Iran, Amerika Syarikat, Wales
C – Argentina, Mexico, Poland, Arab Saudi
D – Perancis, Denmark, Australia, Tunisia
E – Sepanyol, Jerman, Jepun, Costa Rica
F – Belgium, Croatia, Morocco, Kanada
G – Brazil, Switzerland, Serbia, Cameroon
H – Portugal, Uruguay, Korea Selatan, Ghana
The stage is set. We now know the final 32 teams that are heading to #Qatar2022. 🤩
Who will lift the #FIFAWorldCup? 🏆 pic.twitter.com/SajfjpmnAx
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) June 14, 2022
Perbezaan dan perubahan utama yang dapat dirasai untuk Piala Dunia 2022 ini adalah buat pertama kalinya kejohanan ini dilangsungkan pada bulan November, musim sejuk bagi negara Arab.
Tiga perubahan besar serta peraturan di Piala Dunia 2022 adalah seperi berikut:
1. Penambahan Pemain Pasukan
FIFA telah mengesahkan bahawa skuad Piala Dunia kali akan akan diberi penambahan pemain pasukan di mana skuad tidak lagi terdiri daripada 23 pemain, tetapi pengurus antarabangsa akan dibenarkan membawa 26 orang pemain.
Ia adalah format yang serupa dengan Euro 2020 kerana penggubal dasar mengambil langkah berhati-hati di tengah-tengah pandemik Covid-19. dan ini merupakan kali pertama peraturan itu dilaksanakan pada Piala Dunia.
Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa hanya 23 pemain akan dibenarkan untuk disenaraikan dalam pada skuad hari perlawanan dan ini bermakna tiga pemain lagi akan sekadar menjadi penonton.
Walaupun pembesaran skuad mungkin kelihatan sebagai perubahan yang menggalakkan bagi pengurus antarabangsa untuk meluaskan pilihan mereka, ketua jurulatih England, Gareth Southgate sebelum ini menyatakan kebimbangannya untuk mempunyai lebih banyak pemain untuk dipilih.
⚽️Bigger squads for the #WorldCup2022!
✅#FIFA Council has authorized the increase of the size of final squad lists for @FIFAWorldCup #Qatar2022 from 23 to a maximum of 26 players. pic.twitter.com/KUkj72Ofoo
— Sport Innovation Society (@sis) June 23, 2022
Sebelum Euro 2020, Southgate memberitahu BeIN Sports:
“Secara peribadi saya tidak mahu mempunyai skuad yang terlalu besar. Saya rasa ada kemahiran dalam memilih 23 pemain.
“Saya rasa anda akan mempunyai ramai pemain yang tidak dapat bermain dan sukar untuk diuruskan, sukar untuk skuad itu berjaya.”
“Jadi, saya boleh memahaminya tetapi saya tidak 100 peratus pasti sama ada saya melakukannya.”
Jadi boleh faham di sini betapa peningnya Southgate di EURO 2020 apabila membawa 4 orang pertahanan kanan sahaja.
Final rosters for the Qatar 2022 World Cup can include up to 26 players instead of 23 players, FIFA announced on Thursday. To add on that, the maximum number of players on the release list has been increased from 35 to 55.#FIFAWorldCup #Qatar2022 pic.twitter.com/GeS4dqbhqM
— Sports China (@PDChinaSports) June 24, 2022
Mengenai keputusan untuk mengembangkan skuad Piala Dunia daripada 23 pemain kepada 26 pemain dan senarai awal juga diperbesarkan daripada 35 kepada 55 pemain, FIFA menjelaskan:
“Memandangkan keperluan untuk mengekalkan fleksibiliti tambahan disebabkan oleh masa unik Piala Dunia FIFA 2022 dalam kalendar global, serta konteks yang lebih luas daripada kesan gangguan disebabkan oleh wabak COVID-19 pada skuad sebelum dan semasa kejohanan, Biro telah memutuskan perkara berikut…
“Jumlah maksimum pemain dalam senarai pelepasan telah dinaikkan daripada 35 kepada 55. Bilangan pemain yang akan dimasukkan dalam senarai akhir telah ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 23 dan maksimum 26.”
“Hari perlawanan terakhir di peringkat kelab untuk 23 hingga 26 pemain yang dicalonkan dalam senarai akhir ialah 13 November 2022. Tidak lebih daripada 26 orang (sehingga 15 pemain gantian dan 11 pegawai pasukan – salah seorang daripada pegawai ini mestilah doktor pasukan) akan dibenarkan duduk di bangku simpanan pasukan.”
Pertambahan pemain ini tidak menjadi kelebihan buat Southgate namun pasti menggembirakan pemain kerana peluang ke Piala Dunia yang menjadi impian setiap pemain semakin besar.
2. Lima Pertukaran
Selain mempunyai skuad yang lebih besar, pengurus antarabangsa juga boleh membuat sehingga lima pemain gantian semasa perlawanan, memberikan mereka kebebasan yang lebih besar untuk membuat perubahan taktikal.
Peraturan era pandemik yang memberi pilihan kepada penganjur pertandingan untuk membenarkan pasukan menggunakan lima pemain gantian dalam satu perlawanan dilanjutkan hingga 2022.
“Keputusan itu mengikuti analisis global mengenai kesan berterusan COVID-19 terhadap bola sepak,” kata Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB)dalam satu kenyataan.
#UPDATE Teams at the World Cup in Qatar will be able to use five substitutes per match after football's rule-making body on Friday extended the right until the end of 2022 pic.twitter.com/kbTWWiojma
— AFP News Agency (@AFP) May 28, 2021
Peraturan terbaharu ini meliputi kejohanan “dijadualkan untuk disempurnakan pada 31 Dis 2022” – termasuk Piala Dunia tetapi bukan untuk pertandingan domestik yang bermula pada 2022 dan berakhir pada 2023.
Pasukan boleh menggunakan lima pemain gantian dan bukannya tiga dalam peraturan 90 minit dan satu keenam dalam masa tambahan permainan kalah mati.
Undang-undang berkembang lebih jauh jika negara bermain dapat mara lebih jauh sehingga ke masa tambahan dalam kalah mati.
3. Pengadil Wanita
Untuk edisi kali ini sebanyak 36 orang pengadil akan digunakan di Piala Dunia 2022 yang dipilih oleh FIFA dari seluruh pelusuk dunia termasuklah pengadil wanita.
FIFA telah menyeneraikan dua orang pengadil masing-masing dari Argentina, Brazil, England dan Perancis — dan buat pertama kali dalam sejarah pertandingan, pengadil wanita akan merasmikan perlawanan di kejohanan utama lelaki.
FIFA World Cup Qatar 2022 Writes History of Women Referees. #QNA #FIFA_World_Cup #Qatar_2022#QNA_Celeberates_47th_Anniversary_of_Its_Founding https://t.co/kRVogy0Rio pic.twitter.com/6W73SgozgW
— Qatar News Agency (@QNAEnglish) May 26, 2022
Antara yang tersenarai ialah Stephanie Frappart dari Perancis, Rwanda Salima Mukansanga dan Yoshimi Yamashita dari Jepun, yang kesemuanya akan menjadi pengadil wanita pertama dilantik ke Piala Dunia lelaki.
Mereka akan disertai oleh tiga pembantu pengadil wanita, yang juga merupakan yang pertama di Piala Dunia.