FIFA Padam Post Iktiraf Messi Sebagai GOAT Selepas Diserang Fan Ronaldo

FIFA telah memadam post di laman media sosial rasmi mereka yang mengiktiraf Lionel Messi sebagai Greatest of All Time (GOAT atau KAMBING) selepas diserang secara gunho oleh peminat Cristiano Ronaldo.

Segala lampu limpah telah diberikan kepada Lionel Messi yang telah memimpin Argentina sehingga menjadi juara Piala Dunia 2022 selepas menyajikan perlawanan akhir yang penuh epik.

Peminat bola sepak sangat gembira melihat Lionel Messi akhirnya berjaya melengkapkan karier bola sepaknya dengan menjulang Piala Dunia dan digelar sebagai satu penamat yang sempurna lagi indah.

Harapan yang sama juga diletakkan kepada Cristiano Ronaldo, peminat bola sepak juga mahu melihat Cristiano Ronaldo menggapai perkara yang sama namun sudah takdir perkara itu tidak terjadi.

Ini kerana mereka berdua adalah pemain bola sepak terhebat dalam tempoh 20 tahun ini dan harapan ini diletakkan tanpa perlu menjadi fanboi Ronaldo atau Messi.

Namun Messi berjaya melakukannya dan pujian datang dari segenap penjuru dunia yang melimpah-limpah dan FIFA yang merupakan badan yang bertanggungjawab menganjurkan Piala Dunia juga tidak berkecuali.

“Perbahasan siapa KAMBING sebenar sudah selesai. Hadiah teragung kini menjadi sebahagian daripada koleksi. Legasi sudah lengkap.”

Ciapan dari FIFA di Twitter itu disertakan dengan foto Messi menjulang trofi Piala Dunia yang membawa makna FIFA telah mengiktiraf Messi sebagai KAMBING sebenar.

Pada ketika ini juga jutaan peminat bola sepak dunia tidak lagi mahu berdebat siapa KAMBING yang mutlak dan rata-rata pasti akan menamakan Lionel Messi.

Tetapi harus diingat Cristiano Ronaldo mempunyai fanboinya yang fanatik lagi tegar yang langsung tidak dapat menerima tindakan FIFA yang seolah-olah mengiktiraf Messi sebagai KAMBING.

Seperti pemain pujaan mereka yang setahun dua ini kerap tantrum di padang, kini peminat Ronaldo pula mengikut jejak yang sama dengan tantrum beramai-ramai dan melantun-lantuh kekoyakan jiwa mereka.

Mereka tidak berdiam diri lalu telah melakukan serangan ke bahagian komen ciapan Twitter FIFA itu dan memaksa FIFA memadamkan post tersebut atas sebab keamanan sejagat.

Mereka mengecam tindakan FIFA dan menuduh FIFA sebagai sebuah badan bola sepak dan terbesar di dunia bersikap berat sebelah dan tidak profesional.

“FIFA memadam tweet ini selepas dipanggil kerana berat sebelah dan menerima tindak balas. Akaun profesional organisasi bola sepak terbesar di dunia. Ia sentiasa menjadi Ronaldo vs sistem yang dicurangi.”

“Ini satu perbuatan menjijikkan dari FIFA. Masih tidak percaya FIFA mengeluarkan post seperti ini.”

“Ini sungguh berat sebelah dan kita tahu bahawa Piala Dunia ini telah diatur.”

Kecaman dan serangan itu sememangnya datang dari peminat sejati Cristiano Ronaldo dan kebanyakkan setuju serta tiada masalah dengan hantaran dari FIFA itu. Langsung tidak berat sebelah.

Mengisytiharkan Messi sebagai KAMBING sentiasa akan menimbulkan tindak balas. Perkara yang sama akan berlaku jika peranan itu diterbalikkan dan mereka menggelar Ronaldo sebagai KAMBING.

Ia bukan satu kejutan besar bahawa akan terjadinya serangan besar-besaran seperti itu dan juga bukan satu kejuatan apabila tweet berkenaan akhirnya dipadamkan.

Secara realitinya, perdebatan siapa KAMBING Ronaldo atau Messi boleh dikatakan tamat kerana Messi kini sudah diangkat sebaris bersama-sama dengan Pela dan Diego Maradona.

Di mata dunia Messi sememangnya salah seorang pemain bola sepak sepanjang zaman begitu juga dengan Ronaldo. Perdebatan terkini lebih berkisar siapa KAMBING sebenar antara Messi-Pele-Maradona.

Ronaldo yang memecahkan pelbagai rekod telah dipinggirkan kerana tidak mempunyai gelaran pemenang Piala Dunia.

BACA:  PSG Makan Hati Lihat Messi Turun Beraksi Bertemu Uruguay