Firmino Gelar Ramos Dengan Panggilan Bodoh Berikutan Komen Terhadap Salah

Penyerang Liverpool, Roberto Firmino menggelar Sergio Ramos sebagai ‘bodoh’ berikutan komen kapten Real Madrid itu berkenaan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah hujung bulan lalu.

Pemain pertahanan Sepanyol itu terlibat dalam dua insiden kontroversi dalam perlawanan tersebut yang mana salah satunya adalah beliau dituduh sengaja mencederakan pemain harapan Liverpool, Mohamed Salah.

Firmino memangil Ramos dengan gelaran bodoh kerana mengeluarkan kenyataan yang menggores hatinya

Salah dan Ramos saling berbelit tangan, menyebabkan kedua-dua pemain terjatuh ke lantai padang. Akibat daripada insiden itu, Salah mengalami kecederaan di bahagian bahu manakala Ramos tidak mengalami sebarang kecederaan.

Selain insiden dengan Salah, Ramos juga didakwa menyiku kepala penjaga gol Liverpool, Loris Karius, dan menyebabkan Karius jatuh terduduk kesakitan. Walaupun demikian, Ramos terlepas dari sebarang tindakan pengadil.

Tindakan Ramos menyiku Karius telah menyebabkan berlaku gegaran di bahagian kepala penjaga gol tersebut. Tidak lama selepas insiden itu, Karius melakukan kesilapan mudah dengan memberikan bola kepada Karim Benzema untuk jaringan pertama Real Madrid dalam perlawanan itu.

Ramos dakwa Salah yang cuba memegang tangan beliau terlebih dahulu, bukan sebaliknya seperti yang didakwa banyak pihak.

Ramos menjawab segala tohmahan buruk yang ditujukan kepadanya beberapa hari lalu dengan mengatakan Salah yang memegang tangan dia terlebih dahulu sebelum mereka sama-sama jatuh.

“Bloody Hell, banyak pihak telah memberikan perhatian terhadap perkara ini. Saya tidak mahu bercakap mengenai perkara tersebut kerana semua perkara telah diperbesarkan.” Ujar Ramos kepada AS

“Saya ingat dengan baik kejadian tersebut. Salah pegang lengan saya terlebih dahulu menyebabkan saya terjatuh ke sisi yang lain. Kecederaan Salah berlaku kepada tangan yang satu lagi dan ada pihak berkata saya menggunakan teknik judo ke atas Salah.”

“Selepas itu penjaga gol mereka berkata saya menyebabkan beliau pening kerana berlanggar dengannya. Saya bercakap dengan Salah melalui mesej selepas perlawanan, beliau seorang yang baik.”

“Beliau mungkin boleh bermain sekiranya diberikan suntikan pada rehat separuh masa. Saya pernah melakukannya. Apabila nama Ramos terlibat dalam sebarang insiden, orang akan mengingatinya.”

Firmino berpeluang membalas dendam jika Brazil bertemu Sepanyol di Piala Dunia nanti

“Mungkin sebab saya telah bermain dengan Real Madrid agak lama dan selalu memenangi trofi, jadi orang akan menilai perkara ini dari sudut yang berbeza.”

“Sekarang saya sedang menunggu Roberto Firmino berkata beliau mendapat demam kerana setitik peluh saya terkena beliau.”

Walaubagaimanapun, komen Ramos tidak begitu disenangi Firmino yang kini sedang bersiap untuk menghadapi aksi pemanas badan terakhir Brazil menentang Austria Ahad ini.

“Saya lebih suka untuk tidak membuat sebarang komen. Saya rasa Ramos berhak menyatakan pandangannya kerana beliau seorang juara. Tetapi bagi saya, beliau seorang yang bodoh kerana berkata demikian, tetapi tidak mengapa.”

BACA:  Pemain Muda Ini Jadi Pemain Pertama Sejak 1964 Berpindah Secara Terus Dari Liverpool Ke Manchester United