Pemain Muda Ini Jadi Pemain Pertama Sejak 1964 Berpindah Secara Terus Dari Liverpool Ke Manchester United

Dalam sejarah bola sepak, tidak ramai pemain yang berpindah sama ada secara terus atau tidak terus untuk dua seteru utama di England – Liverpool dan Manchester United.

Hal ini kerana dua kelab yang paling berjaya di England tersebut merupakan seteru yang sangat kuat sejak zaman berzaman dan permusuhan ini bukan bermula dalam era Liga Perdana, malah sejak zaman sebelum bola sepak dimainkan secara professional lagi.

Secara keseluruhan, hanya sembilan pemain yang telah berpindah secara terus antara kedua-dua kelab ini dengan yang terakhir merupakan Phil Chisnall pada tahun 1964, di mana dia telah meninggalkan pasukan Syaithon Merah dan menyertai kelab Merseyside tersebut, dengan nilai perpindahan sebanyak £25,000.

Sejak itu tiada lagi perpindahan secara terus antara pemain dari kedua-dua pasukan, dengan pemain seperti Michael Owen, Paul Ince dan Peter Beardsley – namun mereka telah singgah di kelab lain terlebih dahulu sebelum menyertai pasukan seteru kuat ini.

Suatu ketika dahulu, pertahanan United, Gabriel Heinze, telah meluahkan hasrat kepada pengurus ketika itu, Alex Ferguson, untuk menyertai Liverpool, tetapi tidak dibenarkan, lalu membuka jalan kepada pemain ini untuk berpindah ke Real Madrid.

Hari ini, seorang pemuda memecahkan rekod dan tradisi ini apabila dia meninggalkan Liverpool dan menyertai Manchester United.

Ethan Ennis yang berusia 16 tahun, telah mengesahkan perpindahan ini melalui satu gambar yang dimuatnaik di laman instagramnya yang memaparkan dia memegang jersi United di Old Trafford.

“Aku dengan gembiranya mengumumkan bahawa aku telah menurunkan tandatangan untuk @manchesterunited. Rasa bersuyukur dengan peluang ini dan tasabar rasanya nak mula.”

Tapi siapa Ethan Ennis ni? Power sangatkah dia ni? Adakah dia ni setaraf Leo Messi dan Safir Rahim?

Ennis bermain di posisi pemain tengah menyerang dan dia telah menolak kontrak professional yang ditawarkan oleh Liverpool selepas tampil cemerlang pada peringkat bawah 18 tahun di kelab tersebut.

Pada musim lalu, dalam membantu pasukan muda The Reds mara ke perlawanan akhir Piala FA Belia, dia telah menjaringkan lima gol dalam lapan perlawanan.

Pemain ini dikatakan mempunyai kemahiran yang fantastis dengan bola, boleh memecah belahkan pertahanan pasukan lawan dengan hantaran berbahaua dan juga telah terbukti setakat ini sebagai seorang penjaring gol walaupun bermain di posisi yang agak di belakang.

Seperti biasa, apabila ada satu bakat yang ditandatangani oleh kelab, maka penyokong secara automatiknya akan memuatnaik video aksi pemain tersebut di YouTube dan dalam kisah Ennis ini juga begitu.

Seorang penyokong telah memuatnaik video berdurasi selama tiga minit yang bertajuk;

“16 Year Old Ethan Ennis IS AN INSANE TALENT!! | Welcome To Manchester United.”

Atau dalam Bahasa Melayu;

“Berusia 16 tahun Ethan Ennis ADALAH BAKAT YANG GILA!! | Selamat datang ke Manchester United.”

Selepas tengok video ni, Ennis ni boleh dikatakan pemain yang agak berbakat.

Tapi tu lah, tak boleh nak kata yang budak ni akan jadi pemenang Ballon d’Or lagi sebab video tu hanya tunjukkan cebisan sedikit sahaja daripada aksi keseluruhan.

Kalau tunjuk video highlights macam ni, Bebe pun nampak power, kan?

Liverpool kini sedang berusaha untuk mendapatkan yuran pembangunan terhadap pemain ini, dengan kemungkinan besar kes ini akan dibawa ke tribunal dengan tiada persetujuan dapat dicapai kedua-dua belah kelab.

Walaupun kehilangan Ennis, Liverpool masih berjaya menambat tiga bakat muda yang istimewa mereka menerusi kontrak biasiswa tahun pertama dengan Kaide Gordon, Stefan Bajcetic dan Calum Scanlon – antara 10 pemain yang ditawarkan kontrak baharu.

Sebelum ini, United juga telah mendapatkan pemain daripada akademi seteru setempat mereka, Manchester City, selepas Charles McNeill telah berpindah ke laman merah di kota Manchester.

Dalam peringkat belia, McNeill dikatakan telah menjaringkan lebih 600 gol dan setakat ini masih belum nampak kelibat pemain muda ini dalam aturan pasukan utama United.

Mungkin tahun depan kot.

Sumber : GMS

BACA:  Premier League 2021/22: Burnley 0-1 Liverpool