Fowler Dedah Liverpool Kini Sudah Memiliki Sesuatu Yang Mereka Cari Selama Ini

Para penyokong Liverpool pada ketika ini sedang sangat bimbang tentang bagaimana prestasi Darwin Nunez bersama skuad Liverpool pada musim baharu nanti.

Melihat aksi tidak konsisten beliau bersama Liverpool pada aksi pra musim ini, ramai pihak yang mula bimbang tentang bagaimana kesudahan Nunez di Anfield.

Ketika ramai yang percaya beliau akan gagal, legenda Liverpool, Robbie Fowler tampil mendedahkan keyakinan beliau terhadap penandatanganan mega kelab itu.

Fowler percaya Nunez adalah pemain yang selama ini Jurgen Klopp cari dan beliau yakin bintang Uruguay itu akan bersinar di Anfield.

Bercakap kepada BBC Sport Merseyside, Fowler meluahkan rasa percaya beliau terhadap kehadiran Nunez dan menganggap bekas bintang Benfica itu sebagai pemain yang The Reds cari selama bertahun-tahun ini.

Fowler menyambung ucapan beliau dengan menganggap Liverpool sebenarnya sudah lama tidak memiliki pemain penyerang bernombor sembilan seperti Darwin Nunez.

Beliau menjelaskan Liverpool sudah lama tidak mempunyai pemain penyerang yang akan bermain di samping pertahanan lawan dan akan membuat larian dari belakang untuk masuk ke kawasan lawan.

Menandatangani pemain berprofil tinggi seperti Darwin Nunez dirasakan sebagai satu perubahan yang ketara untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Walaupun mereka sendiri berjaya menjaringkan gol yang sangat banyak sebelum ini, namun kedua-dua Roberto Firmino dan Sadio Mane sebenarnya beroperasi di posisi centre foward dengan sangat terhad.

Mereka berperanan lebih drop deep dan sering bermain di antara midfield dan jentera serangan serta tidak ada antara mereka yang diberikan kebebasan untuk bermain di zon tertentu.

Nunez dikatakan tidak akan berperanan seperti kesemua pemain penyerang yang ada dalam skuad Liverpool pada ketika ini, dengan Fowler yakin bekas bintang Benfica itu akan menjadi pemain penyerang utama di Anfield.

Pemain yang akan sentiasa bersedia untuk masuk ke kawasan lawan dan akan sentiasa beri ancaman kepada barisan pertahanan serta penjaga gol lawan.

Nunez dikatakan akan menjadi pemain yang akan sentiasa bersedia untuk membuat larian dari belakang pemain pertahanan setiap kali Liverpool melancarkan serangan.

Walau bagaimanapun, hal itu sebenarnya membuatkan ramai yang mempersoalkan tentang bagaimana impak perkara itu terhadap pemain penyerang lain yang bermain bersama Nunez.

Tidak pasti adakah perubahan taktikal akan berlaku dalam sistem kendalian Jurgen Klopp? Dan seandainya berlaku, adakah ia akan beri impak kepada persembahan pemain seperti Mohamed Salah, Luis Diaz dan Diogo Jota?

Hal itu sangat diragukan kerana persembahan pemain lain mungkin akan terjejas kerana mereka selepas ini perlu beri tumpuan kepada Darwin Nunez.

Kebebasan Salah, Diaz dan Jota untuk menjaringkan gol juga akan sangat terbatas kerana mereka sudah tentu akan diarahkan untuk mencari Nunez yang akan berada di dalam kotak penalti lawan.

Walau bagaimanapun, persembahan Diaz ketika aksi pra musim baru-baru ini tersangatlah meragukan dan kerana itu tak ramai yang berani menaruh kepercayaan kepadanya.

Beliau bahkan turut dianggap sebagai jelmaan semula Andy Carroll kerana sentuhan pertamanya yang sangat hambar dan penyudahnya yang luar biasa teruk.

Jurgen Klopp masih meletakkan kepercayaan kepada Darwin Nunez dan menganggap bintang Uruguay itu masih tak dapat rentak persembahan terbaiknya kerana beliau masih belum beraksi bersama kesebelasan utama skuad.

Klopp percaya yang Nunez akan mampu bersinar seandainya beliau dapat beraksi bersama skuad utama Liverpool dan hal itu hanya mampu disaksikan sebaik musim baharu nanti bermula.

Adakah beliau permata yang Liverpool cari selama ini? Atau beliau sebenarnya hanya Andy Carroll yang Liverpool rindui? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Klopp: Liverpool Tidak Akan Jual Pemain Kepada Seteru Pada Pertengahan Musim