Friedel Dedah Cara Untuk Liverpool Rampas Kejuaraan Liga Daripada Man City

Brad Friedel telah mendedahkan cara bagaimana untuk Liverpool merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris daripada Manchester City jika mereka berhasrat untuk menjadi juara musim hadapan.

Liverpool telah menamatkan musim 2021/22 yang penuh kegilaan hanya satu mata dibelakang Manchester City dalam musim yang telah dinobatkan sebagai salah satu yang terbaik dalam sejarah Premier League sepanjang zaman.

Manchester City dan Liverpool yang rancak dalam perpindahan musim panas ini bagi terus memperkasakan pasukan dilihat sekali lagi sebagai pasukan paling berpotensi untuk menjadi juara.

Walaupun Liverpool kehilangan Sadio Mane, kedua-dua pasukan telah meningkatkan serangan mereka, dengan Liverpool membawa masuk pemain Uruguay, Darwin Nunez, manakala Manchester City akhirnya memperoleh penyerang idaman setiap pasukan, Erling Haaland.

Darwin Nunez telah menjaringkan 34 gol musim lalu untuk Benfica dan ketiak ini sedang membuat persiapan untuk musim sulungnya bermain di bawah Jurgen Klopp.

Dia berharap untuk membawa prestasi menjaringkan golnya yang cemerlang ke Anfield apabila dia akan berdepan dengan beberapa penyerang terkemuka di negara ini untuk anugerah kasut emas.

Tetapi menurut Brad Friedel, sebenarnya bukan bahagian serangan yang perlu diberi tumpuan oleh Liverpool dan terpaling penting adalah bahagian tengah.

“Gelaran Liga Perdana adalah sukar untuk dimenangi, terutamanya apabila anda menentang pasukan seperti Manchester City yang diuruskan oleh Pep Guardiola, salah seorang pengurus terhebat sepanjang zaman.”

“Kemudian anda juga mempunyai Chelsea, Arsenal, Tottenham dan Manchester United yang merupakan kelab yang luar biasa dengan bajet yang amat besar juga.”

“Kemudian anda juga tahu sifat Liga Perdana, di mana anda boleh kalah kepada pasukan di bahagian bawah pada mana-mana hari tertentu – ia adalah liga paling kompetitif di dunia.

Bekas penjaga gol Tottenham itu telah menyatakan bahawa jika Liverpool dapat mengekalkan bahagian tengah ‘bebas kecederaan’ maka mereka akan ‘baik’.

Friedel menjangkakan Klopp akan ‘memberi tumpuan’ pada bahagian tengahnya tetapi ia akan memerlukan ‘pemain istimewa’ untuk memperbaiki apa yang mereka sudah ada.

“Mereka sangat dekat dan mereka sangat bagus. Jika Liverpool melalui sepanjang musim tanpa kecederaan dan tiada penggantungan di bahagian tengah maka mereka akan baik-baik saja. Tetapi itu biasanya tidak berlaku.”

“Sekarang Mane keluar dan Nunez masuk, saya rasa Jurgen Klopp dan kakitangannya akan memberi tumpuan kepada bahagian tengah, di situlah mereka akan mencari tetapi ia akan memerlukan pemain istimewa untuk masuk, kerana dia perlu lebih baik daripada apa yang mereka ada atau lebih muda dengan potensi untuk menjadi lebih baik.”

Brad Friedel juga menyatakan bawah sebenarnya dia atau mana-mana individu tidak perlu memberitahu Klopp situasi ini kerana Klopp sudah pasti tahu dan sedar.

“Saya tidak fikir Jurgen Klopp akan memerlukan peminat atau saya untuk memberitahunya perkara itu. Saya fikir itu adalah penilaian yang adil tentang keadaan semasa.”

“Jika mereka mengalami musim seperti beberapa tahun lalu di mana bahagian tengah mereka tiada seperti pernah terjadi kepada pertahanan mereka. , maka ia akan menjadi sukar bagi mereka. Perkara yang sama boleh berlaku kepada Manchester City atau Bayern Munich atau Real Madrid.”

Bagi Friedel Jurgen Klopp dan Pep Guardiola berada di tahap yang sama dan wang yang banyak dimiliki City tidak akan menjadikan kerja Pep lebih mudah.

“Pep dan Klopp adalah sama level. Mereka berdua mempunyai senario yang berbeza untuk ditangani. Hanya kerana anda mempunyai lebih banyak wang, itu tidak bermakna ia sentiasa lebih mudah.”

“Jika anda membeli pemain yang salah dengan sikap yang salah dan mereka mendapat lebih banyak wang, maka anda mempunyai lebih banyak masalah.”

Struktur kewangan kelab yang membezakan Klopp dan Pep di mana Liverpool terikat dengan struktur gaji dan tidak bagi City dan Klopp hanya memerlukan lebih masa berbanding Pep untuk membina pasukan.

“Saya rasa Jurgen Klopp memerlukan sedikit lagi masa pembinaan semula pasukan yang disebabkan oleh struktur kelab. Tetapi Pep menstruktur pasukannya hampir setiap minggu.”

“Saya fikir kedua-duanya adalah sama rata dan ia serupa dengan perbahasan Alisson/Ederson di mana anda boleh perdebatan untuk Pep atau untuk Klopp sepanjang hari dan tiada siapa yang salah.”

Sudah pasti Liverpool memerlukan pemain tengah berbakat dan bertaraf dunia kerana bahagian tengah Liverpool sebenarnya sudah sangat kuat jika tiada kecederaan melanda.

Seorang pemain tengah berbakat, muda, yang telah dikaitkan dengan pemenang Piala FA baru-baru ini ialah Jude Bellingham tetapi tidak dijangka mereka akan membuat perpindahan untuknya sehingga musim depan, dengan pemain berusia 18 tahun itu dijangka kekal di Borussia Dortmund.

BACA:  Salah Hampir Sertai Pasukan Seteru Sebelum Akhirnya Memilih Untuk Kekal Di Anfield