Friendly Match: Jerman 7-1 Latvia

Jerman menjaringkan lima gol pada babak pertama dalam perlawanan yang menyaksikan Latvia dibelasah 7-1 selepas tamat 90 minit waktu permainan.

Jerman menutup kempen pemanas badan mereka dengan cemerlang menjelang saingan European Championship (EURO) 2020 yang akan bermula minggu hadapan.

Manuel Neuer menjadi penjaga gol Jerman pertama yang mencapai 100 caps, Jerman bermula garang apabila terus menyerang kubu Latvia dengan serangan bertubi-tubi. sejak awal permainan.

Thomas Mueller dan Kai Havertz hampir hampir sahaja meletakkan Jerman dihapadan selepas 90 saat permainan berlangsung.

Pemenang Liga Juara-Juara Eropah bersama Chelsea, Kai Havertz kemudian bermain satu-dua yang sempurna dengan Robin Gosens yang meledak gol pertamanya diperingkat antarabangsa pada minit ke-19.

Gol dari Ilkay Gundogan dan Thomas Mueller hadir dengan pantas pada minit ke-21 dan 27 menjadikan kedudukan 3-0 lapan minit selepas jaringan pertama, gol pertama Thomas Muller selepas dipanggil kembali oleh pasukan Jerman.

Jerman yang seri 1-1 dengan Denmark minggu lalu ternyata ingin menebus kembali kekecewaan pulang awal di pusingan pertama Piala Dunia 2018.

Pada Piala Dunia 2018, Jerman hadir selaku penyandang juara apabila menjulang Piala Dunia 2014 di Brazil namun telah menunjuk aksi memalukan dan tersingkir awal di peringkat kumpulan.

Trio Bayern Munich Mats Hummels, Thomas Muller dan Jerome Boateng telah dikapak dalam satu pengumuman mengejut yang dibuat oleh Low.

Maka dengan perkataan mudah adalah Mats Hummels, Thomas Muller dan Jerome Boateng telah dibersarakan oleh Low bagi membuka lembaran baru untuk masa depan.

Demi kejayaan Jerman, Low bukan sahaja korek-korek cium kali ini malah menjilat balik ludahnya dengan memanggil semula Thomas Muller dan juga Mats Hummels.

Kai Havertz menjadikan kedudukan 4-0 pada minti ke-39 apabila rembatannya telah ditepis masuk ke gawang sendiri oleh penjaga gol Latvia, Roberts Ozols

Serge Gnabry juga mencetak nama selaku penjaring dengan menjaringkan gol kelima menyempurnakan hantaran silang Mats Hummels sejurus sebelum babak pertama tamat. Jerman 5-0 Latvia.

Timo Werner yang buta kayu dan sering melepaskan peluang besar nyata sudah insaf masuk menggantikan Kai Havertz pada minit ke-46.

Hanya empat minit sahaja diperlukan Timo Werner untuk menjadikan kedudukan 6-0. Adakah Werner benar-benar insaf?

Aleksejs Saveljevs menjaringkan gol saguhati Latvia pada minit ke-75 menyempurnakan umpanan Raimonds Krollis sebelum Leroy Sane melengkapkan kemenangan 7-1 Jerman.

Joachim Low yang akan meninggalkan skuad Jerman pabila tamat Euro 2020, Low sudah 15 tahun mengemudi Jerman menjadi pasukan yang digeruni dan sudah sampai masanya untuk berundur.

Joachim Low nyata berpuas hati dengan aksi yang ditunjukkan oleh anak buahnya dalam perlawanan ini:

“Kami melakukan banyak perkara betul hari ini. Kami telah berbincang banyak perkara beberapa hari lalu dan apa yang perlu kami perbaiki dan tingkatkan. Pada separuh masa pertama kami mempamerkan kepantasan dan kelajuan serta melakukan pressing yang bagus.”

“Penyudah kami kini jauh lebih baik, dan ini adalah masalah kami dalam beberapa bulan terakhir yang memberi kesukaran kepada hidup kami, Kami perlu menyudahkan peluang yang ada.”

“Sekarang kami perlu meningkatkan kelajuan dan menjaga intensiti permainan selama 90 minit dan segalanya akan menjadi lebih baik minggu hadapan.”

Jerman memulakan perlawanan kumpulan Euro 2020 menentang juara dunia Perancis di Munich pada 15 Jun. Mereka juga akan menentang penyandang juara Eropah Portugal dan Hungary dalam Kumpulan F.

Jerman Starting XI (3-4-3): 1. Neuer, 4. Ginter, 5. Hummels, 2. Rudiger, 6. Kimmich, 8. Kroos, 21. Gundogan, 20. Gosens, 7. Havertz, 25. Muller, 10. Gnabry

Subs: 9. Volland, 11. Werner, 12. Leno, 13. Hofmann, 14. Musiala, 15. Sule, 17. Neuhaus, 19. Sane, 22. Trapp, 23. Can, 24. Koch, 26. Gunter

BACA:  Boateng Kecam Pihak Yang Mengkritik Ozil Berikutan Prestasi Hambar Jerman