Friendly Match: Perancis 3-0 Wales

Wales memulakan persediaan akhir bagi menghadapi Euro 2020 dengan menentang pasukan yang bergelar juara dunia, tidak lain tidak bukan Perancis.

Aksi Karim Benzema yang kembali ke pangkuan skuad Perancis selepas 6 tahun disisihkan menjadi tumpuan untuk melihat impak yang akan diberi.

Ternyata Perancis terlalu OP (over powered) bagi Wales yang bersemangat walaupun tewas 3-0 dalam perlawanan yang berat sebelah.

Perlawanan ini menjadi berat sebelah selepas Wales terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Neco Williams telah dilayang kad merah pada minit ke-26.

Neco William telah melakukan satu aksi tidak masuk akal apabila cuba menjadi penjaga gol dengan menghadang percubaan Karim Benzema dengan kedua-dua belah tangan.

Pengadil tiada pilihan selain melayangkan kad merah dengan perbuatan sebegitu.

Nasib Wales nasib baik apabila sepakan penalti Karim Benzem berjaya ditepis oleh Danny Ward yang membuat bacaan yang tepat.

Karim Bezema kini merekodkan tiga kali gagal menjaringkan penalti dalam karier antarabangsa. Menentang Sweden (2014),Switzerland (2014) dan Wales (2021).

Ternyata kehilangan Neco William memberi kesan segera kepada Wales yang diserang secara bertubi-tubi oleh Perancis.

Akhirnya Kylian Mbappe membuka tirai jaringan yang pantas menyambar bola muntah hadangan Danny Ward hasil rembatan rendah Adrien Rabiot dengan gaya api syurga meragut lalang.

Gol kedua Perancis hadir sejurus selepas separuh masa kedua kembali bersambung apabila Antoine Griezman telah melencongkan bola dengan penuh menakjubkan.

Pada minit ke-79 Ousmane Dembele menjaringkan gol yang ketiga perlawanan selepas mudah menolak masuk bola rembatan Karim Benzema yang terkena tiang.

Ternyata gandingan trio Karim Benzema, Antoine Griezmann and Kylian Mbappe sangat berbisa tambahan pula Wales kurang seorang pemain.

France: Lloris; Pavard (Kounde 45), Varane, Kimpembe, Hernandez (Digne 45); Pogba (Coman 62), Tolisso (Sissoko 62), Rabiot; Griezmann (Ben Yedder 83), Benzema, Mbappe (Dembele 73)

Subs: Mandanda, Maignan, Lenglet, Dubois, Thuram

Wales: Danny Ward; Roberts, Mepham (B. Davies 59) Rodon, Gunter; Morrell (Colwill 83), N.Williams, Allen (Levitt 59), Wilson (Ramsey 59); Bale (Moore 59) James (Brooks 73)

Subs: Hennessy, Davies, T. Roberts, Norrington-Davies, J. Williams, Cabango,

BACA:  Griezmann Terkejut Namanya Tidak Disenarai Pendek Bagi Anugerah Ballon D'Or