FSG: Liverpool Untuk Dijual

liverpool jual

Fenway Sports Group atau Kumpulan Sukan Fenway (FSG) yang merupakan pemilik kepada kelab teragung dalam dunia bola sepak telah meletakkan Liverpool dalam status untuk dijual.

Setakat carian dilakukan di Shopee atau Lazada ataupun E-Bay serta Amazon FSG tidak lagi menyenaraikan jualan Liverpool secara atas talian.

Tahun lalu, Liverpool dilaporkan telah menolak bidaan yang bernilai Β£3 bilion dari pihak yang berpengkalan di Timur Tengah walaupun Liverpool mengalami kerugian Β£120 juta kerana wabak.

Menurut laporan daripada The Athletic, kertas kerja pembentangan jualan penuh kelab telah dihasilkan kepada pihak yang berminat membeli Liverpool.

Firma perbankan pelaburan global, sekuriti dan pengurusan pelaburan terkemuka Goldman Sachs dan Morgan Stanley telah dilantik untuk membantu proses tersebut.

Sebelum ini Fenway Sports Group (FSG) pernah mahu menjual Liverpool tetapi memutuskan untuk terus bersama Liverpool dan telah meraih kembali kegemilangan mereka.

Kumpulan itu memiliki Liverpool sejak Oktober 2010, apabila ia membeli kelab itu daripada George Gillett Jr. dan Tom Hicks.

Liverpool melantik Jurgen Klopp sebagai pengurus. Mereka memenangi kejuaraan Liga Perdana pertama mereka pada 2019-20, yang juga kejuaraan pertama mereka selama 30 tahun.

Mereka juga memenangi Piala FA, Piala Carabao dan Liga Juara-Juara. Kenyataan daripada FSG, yang juga memiliki Boston Red Sox, kepada The Athletic:

β€œTerdapat beberapa perubahan pemilikan dan khabar angin baru-baru ini mengenai perubahan pemilikan di kelab EPL dan tidak dapat tidak kami sering ditanya mengenai pemilikan Fenway Sports Group dalam Liverpool.”

β€œFSG sering menerima pernyataan minat daripada pihak ketiga yang ingin menjadi pemegang saham di Liverpool.”

β€œFSG telah berkata sebelum ini bahawa di bawah terma dan syarat yang betul kami akan mempertimbangkan pemegang saham baharu jika ia adalah untuk kepentingan terbaik Liverpool sebagai sebuah kelab.”

β€œFSG kekal komited sepenuhnya untuk kejayaan Liverpool, di dalam dan di luar padang.”

Semasa pemilikan FSG, Anfield telah diubah, dengan Stand Utama baharu bernilai Β£110 juta, manakala Anfield Road Stand sedang dibangunkan semula. Projek bernilai Β£80 juta itu akan disiapkan pada musim panas akan datang dan meningkatkan kapasiti kepada sekitar 61,000.

FSG juga telah mengawasi perpindahan kelab dari Melwood ke kemudahan latihan baharu yang bernilai Β£50 juta di Kirkby.

Liverpool secara dasarnya dimiliki oleh John W. Henry, yang merupakan salah seorang daripada dua pengasas bersama pengerusi Tom Werner.

FSG juga memiliki Red Sox, rangkaian televisyen NESN, 50 peratus pegangan dalam Roush Fenway Racing dan Fenway Sports Management.

FSG menjual 11 peratus kepentingan dalam syarikat itu dengan harga $750 juta (Β£655 juta) kepada RedBird Capital Partners tahun lepas dan kemudiannya membeli pegangan kawalan dalam pasukan hoki ais, Pittsburgh Penguins yang bermain di liga teratas iaitu NHL.

Terdapat unsur-unsur kontroversi mengenai pemilikan FSG terhadap kelab itu.

Pada 2019, mereka dikritik selepas kelab itu cuba mendaftar cap dagang nama Liverpool, dengan kumpulan penyokong Spirit of Shankly berkempen menentang tindakan itu.

Liverpool juga merupakan salah satu daripada enam pasukan Liga Perdana yang komited dengan kegagalan Liga Super Eropah tahun lepas.

Selepas protes, mereka menarik diri daripada projek itu. Henry meminta maaf secara terbuka kepada peminat.

Apabila Werner bercakap kepada The Athletic pada bulan Mei, dia menegaskan FSG tidak akan pergi ke mana-mana. Beliau berkata:

β€œYa, kami masih melihatnya sebagai projek jangka panjang. Kami dahagakan untuk memenangi lebih banyak trofi untuk kelab.”

Pengambilalihan terbaru pasukan utama Liga Perdana ialah pembelian Chelsea yang diketuai Todd Boehly, yang menelan belanja Β£2.5 bilion selepas pelaburan Arab Saudi mengambil alih Newcastle United penghujung tahun 2021.

Fenway Sports Group (FSG) tidak menolak untuk menjual Liverpool jika pembeli berpotensi memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh mereka dan berapa harganya masih lagi misteri setakat ini.

BACA:Β  Klopp: Tumpas Di Tangan Napoli Persediaan Terbaik Hadapi Manchester City