Kesatuan Pemain yang mewakili penyerang skuad wanita Sepanyol Jennifer Hermoso mahu menuntut keadilan untuk pemain itu selepas dicium di khalayak ramau oleh Presiden Kesatuan Bola Sepak Seluruh Sepanyol (RFEF), Luis Rubiales baru-baru ini.
Rubiales sudah pun melakukan permohonan maaf terhadap insiden tersebut yang berlaku ketika acara penyampaian medal Piala Dunia Wanita pada Ahad lalu.
Insiden tersebut telah mendapat kritikan antarabangsa termasuk daripada pihak kerajaan Sepanyol yang mendesak Rubiales sepatutnya meletak jawatan.
Hermoso yang turut tidak senang dengan tindakan Rubiales melalui satu kenyataan berkata Futpro dan agensinya TMJ akan bertindak bagi pihaknya untuk menyelesaikan masalah itu.
Le bisou du président de la fédération espagnole, Luis Rubiales sur la bouche de Jennifer Hermoso🇪🇸❌.
Jennifer Hermoso : 🗣️ "Eh eh mais je n'ai pas aimé le geste, ça ne me plaît pas." pic.twitter.com/Ldo41TATrt
— Sport Passion Info (@SportsPassionI1) August 20, 2023
Melalui satu kenyataan bersama oleh Futpro dan agensinya TMJ pada Rabu lalu, Hermoso berkata: “Pihak kesatuan Futpro dengan koordinasi daripada agensi saya TMJ akan mengendalikan kepentingan saya berkenaan insiden ini.”
Futpro dalam satu kenyataan turut mengesahkan perkara ini: “Kami sedang bekerja untuk memastikan tindakan tidak senonoh sedemikian tidak terlepas daripada hukuman. Perkara itu harus tidak terlepas pandang untuk diambil tindakan dan dijadikan contoh untuk melindungi pemain bola sepak wanita daripada perlakuan yang tidak sepatutnya.”
Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez turut menyifatkan tindakan oleh Rubiales sebagai tidak boleh diterima dan permohonan maaf turut tidak mencukupi.
Timbalan Perdana Menteri II Sepanyol, Yolando Diaz pula mahukan Rubiales lebih bertanggungjawab dengan meletak jawatan.
Liga F, iaitu pertandingan tertinggi bola sepak wanita di Sepanyol mahukan Rubiales berundur dan menyifatkan tindakan Presiden RFEF itu sebagai memalukan sukan dan negara selain bola sepak wanita di seluruh dunia.
“Mi sindicato FUTPRO, en coordinación con mi agencia TMJ se están encargando de defender mis intereses y ser los interlocutores sobre este asunto.” @Jennihermoso
Leer comunicado completo:https://t.co/MNY4yqLH7g#futpro #futfem pic.twitter.com/92SspR4FOt
— FUTPRO (@futpro_es) August 23, 2023
Sebagai tindak balas, RFEF dilaporkan akan mengadakan mesyuarat tergempar berkaitan perkara itu pada Jumaat akan datang.
Kesatuan Pemain Bola Sepak Profesional FIFA (Fifpro) turut mendesak siasatan dilakukan ke atas Rubiales kerana didakwa melanggar etika FIFA.
Rubiales sebelum ini turut mempertahankan dirinya melalui satu kenyataan permohonan maaf dan berkata: “Ia bukan perkara yang disengajakan pada ketika keterujaan sedang melanda. Saya melihat ia sebagai kelakuan semula jadi, tetapi di luar wujud pra sangka.
“Saya harus memohon maaf, belajar daripada kesilapan, dan memahami apabila anda bergelar presiden anda harus lebih berhati-hati.”