Gabriel Magalhaes Dibuang Padang Kerana Kedunguan Sendiri

Pemain centre-back Arsenal, Gabriel Magalhaes telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan sepanjang musim ini, namun beliau telah melakukan kesilapan paling dungu ketika aksi bertemu Man City malam semalam.

Arsenal berdepan kekalahan yang amat menyakitkan ketika beraksi bertemu pendahulu saingan Premier League, Manchester City di Etihad semalam.

Mengapa ia dianggap kekalahan yang menyakitkan? Ia kerana terlalu banyak keputusan kontroversi dalam perlawanan ini, dan Man City hanya berjaya mengesahkan kemenangan mereka selepas Rodri meledak gol di masa kecederaan.

Bukayo Saka berjaya menjaringkan gol yang cantik pada aksi babak pertama dalam perlawanan ini, untuk memastikan Gunners memimpin perlawanan.

Arsenal sememangnya cemerlang dalam perlawanan ini dengan mereka dilihat sangat dominan dan tidak keterlaluan untuk menganggap yang mereka berhak untuk menang.

Walau bagaimanapun, semuanya mula berubah pada aksi babak kedua perlawanan, selepas Granit Xhaka menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan pelawat kerana mengasari Bernardo Silva di dalam kotak penalti.

Riyad Mahrez cemerlang menyempurnakan sepakan penalti tersebut, untuk memadam gol pendahuluan Arsenal yang dijaringkan oleh Bukayo Saka.

Rodri muncul sebagai wira penyelamat Manchester City selepas gol minit akhir jaringan beliau berjaya membantu The Citizens untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan ini.

Terlalu banyak insiden panas dan kontroversi yang berlaku dalam perlawanan ini, namun yang paling disebut-sebut oleh para peminat adalah bagaimana dungunya Gabriel Magalhaes mengutip dua kad kuning dalam tempoh tiga minit.

Gabriel Magalhaes dibuang padang kerana tindakan dungu sendiri

Pemain kebangsaan Brazil itu menerima layangan kad kuning pertama ketika Man City dihadiahkan sepakan penalti, dengan beliau telah melakukan kerja paling tak berfaedah di dalam kotak penalti.

Entah apa yang ada dalam kepala otak beliau, Magalhaes memijak-mijak dan merosakkan bulatan (marking penalti) dan menerima kad kuning kerana tindakan dungu beliau itu.

Beliau mungkin mahu merosakkan laluan agar bola tersasar atau Mahrez mungkin boleh tergelincir di tempat di mana beliau memijak-mijak rumput di kawasan tersebut.

Namun apa yang beliau lakukan adalah beliau sekadar memijak dan merosakkan spot penalti itu dan beliau juga melakukannya secara terlalu terbuka hingga semua orang boleh melihatnya.

Tindakan beliau itu selayaknya dihukum dengan layangan kad kuning dan tidak cukup dengan itu, beberapa minit kemudian, beliau meluahkan emosinya dengan melakukan satu lagi tindakan dungu yang menyebabkan beliau segera di buang padang.

Beliau mengasari Gabriel Jesus di kawasan tengah padang dengan kekasaran yang tidak sepatutnya, dan dalam keadaan yang langsung tidak sepatutnya.

Kedudukan tidak begitu bahaya untuk kem Arsenal dan kerana itulah kekasaran yang beliau lakukan itu dianggap satu hal yang tak sepatutnya beliau lakukan.

Beliau juga tentu sedar tindakan beliau itu bakal menghadiahkan satu lagi kad kuning kepadanya, dan beliau sudahpun ada satu layangan kad kuning kerana melakukan kesilapan yang lebih bodoh dari itu.

Pengadil terus melayangkan kad kuning kedua, seterusnya mengeluarkan kad merah untuk menghantar Gabriel Magalhaes mandi awal.

Selepas tamat perlawanan, pemain kebangsaan Brazil itu meluahkan kekecewaan beliau kerana dilayangkan kad merah dengan memuat naik status di laman media sosial miliknya.

“Susah untuk menerimanya, tapi hanya tuhan yang tahu segalanya!”

“Bangga untuk menjadi sebahagian dari pasukan ini!! Semangat yang menakjubkan! Kami akan terus berjuang bersama, berjuang hingga ke akhirnya!! Untuk skuad ini, saya akan berikan segalanya sehingga saya mati!! Ayuh terus perbaiki kelemahan pada tahun 2022 ini.”

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta tidak bersama dengan anak-anak buahnya dalam perlawanan ini kerana beliau disahkan positif C0V-19 awal minggu baru-baru ini.

Pengurus dari Sepanyol itu hanya mampu menonton perlawanan tersebut dari rumahnya sahaja sambil berkomunikasi dengan para pemain menerusi jurulatih, Carlos Cuesta.

Pembantu pengurus, Albert Stuivenberg turut mendedahkan pandangan beliau tentang kedua-dua kad kuning yang diterima oleh Gabriel dengan beliau menyatakan bahawa:

“Yeah, sudah tentu, ketika kamu ada kad kuning kamu perlu kawal emosi kamu dan jadi lebih bijak.”

“Saya tak pasti dengan kad kuning pertama, saya dengar ada beberapa sebab berbeza, tapi jika kamu sudah ada kad kuning kamu memang perlu kawal emosi kamu.”

Ketika ditanya adakah beliau ada bercakap dengan Arteta, Stuivenberg menjawab bahawa:

“Ya, saya ada bercakap dengan dia dan dia ada perasaan yang sama, sangat kecewa.”

“Tapi tengok perkembangan seluruh pasukan, di mana kami bermula dan di mana kami sekarang, saya tanya sebelum ini, adakah kamu mampu bersaing dengan salah sebuah pasukan terhebat dunia, dia jawab ‘ya’.”

“Kami menunjukkan banyak hal yang menarik dan corak permainan yang kami mahukan, terutama pada aksi babak pertama.”

“Ia sangat mengecewakan untuk mengakhiri perlawanan ini dengan kosong mata, tapi Mikel Arteta sangat berbangga dengan persembahan mereka dan pada masa sama dia kecewa.”

Sumber: The Mirror

BACA:  Peminat Kelab Lain Mengekek Ketawa Dengar Analisis Peminat Arsenal Tentang Gabriel Jesus