Ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo telah dilabel sebagai hipokrit oleh pengguna media sosial gara-gara tindakannya yang mengalihkan botol Coca-Cola sebelum sidang media.
Lantaran reputasi besar yang ada pada Cristiano Ronaldo dan juga jenama besar pada minuman yang dialihkan maka telah mencetuskan kontroversi yang besar tanpa sengaja.
Jika disebuah negara yang terletak di Tenggara Asia, pemilik syarikat minuman itu sudah pasti berbangga dan gembira dengan kontroversi ini kerana bagi mereka
bad marketing is good marketing.
So Cristiano Ronaldo doesn't like Coke huh?
Well this is awkward…..
Guess the pay check stopped coming 😂 pic.twitter.com/hDRGbqmDmo
— JAKE BUCKLEY 🇦🇺 (@TheMasterBucks) June 15, 2021
Namun tidak bagi syarikat antarabangsa antrabangsa seperti Coca-Cola kerana kontroversi ini telah memberi imej serta impak negatif kepada syarikat dan jenama mereka.
Media Sepanyol, Marca, telah melaporkan dan membandingkan nilai saham syarikat minuman gergasi dunia tersebut sebelum dan selepas tindakan Ronaldo tersebut, dan akibatnya, nilai saham Coca Cola susut berbillion ringgit!
Menurut Marca, nilai pasaran Coca Cola telah menjunam daripada $242 billion kepada $238 billion – kejatuhan sebanyak 1.6% yang sangat ganas bagi syarikat tersebut.
Hanya kerana satu detik tindakan Ronaldo, syarikat gergasi mampu hilang $4 billion (RM16.5 billion) macam tu je. Gila!
Since Cristiano Ronaldo removed the two Coca-Cola bottles from his vicinity in favor of water, Coca-Cola have lost a total of $4 billion in value.https://t.co/4wtinuaUjV pic.twitter.com/IgiEefKbZa
— Zach Lowy (@ZachLowy) June 15, 2021
Jika Coca-Cola menerima impak sebegitu, Ronaldo tidak dapat mengelak dari impak negatif juga kerana dilabel sebagai hipokrit oleh penyiasat alam maya kalau kat Malaysia ni di panggil tentera bawang.
Penggalian dan penyiasatan mengikut garis masa telah dilakukan dan video lama Cristiano Ronaldo yang membintangi iklan Coca-Cola Jepun sempena Piala Dunia 2006 telah kembali menjadi tular.
Dalam iklan tahun 2006 itu Ronaldo telah melakukan beberapa skill dengan bola di dalam peti sejuk dan menggelecek di antara tin Coca Cola siap minum lagi.
Cristiano Ronaldo yang sangat menjaga kesihatan dan pemakanan dikatakan telah mengalihkan Coca-Cola kerana tidak sukakan minuman bikarbonat yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Difikirkan secara logik akal sebagai pemain bola sepak profesional sangat tidak kena untuk seorang ahli sukan mempromosikan minuman tidak sihat apatah lagi menjadi duta atau model produk tersebut.
Namun pada hakikatnya Ronaldo pernah membintangi iklan Coca-Cola Jepun pada 2006 dan dalam pada itu Ronaldo juga pernah muncul dalam iklan makanan segera.
Pada tahun 2006 juga menyaksikan nama Ronaldo digunakan Restoran makanan segera untuk iklan mereka sempena Piala Dunia 2006 yang berlangsung di Jerman.
Nama Ronaldo tertera sebagai ‘Ronaldo McDonald’ menggantikan nama maskot McDonald Ronald McDonald dalam satu iklan yang memaperkan kasut Ronald McDonald dengan tapak kasut bola.
Selain itu juga, Ronaldo telah menjadi muka kepada iklan Kentucky Fried Chicken (KFC) dengan memegang sebaldi ayam dengan muka yang membuatkan ramai kecur air liur.
Cristiano Ronaldo removed bottles of Coca-Cola during a #Euro2020 press conference, encouraging people to drink water instead. Fair play.
Doesn't mind big buckets of fried chicken, though. pic.twitter.com/HivtSlFKJp
— Paddy Power (@paddypower) June 15, 2021
Laman Twitter Paddy Power telah menganjing Ronaldo dengan menulis:
“Cristiano Ronaldo mengalihkan botol Coca-Cola semasa sidang media #Euro2020, mendorong orang untuk minum air kosong sebagai gantinya. Permainan yang adil.
Tidak kisah dengan sebaldi ayam goreng.”
Yeah Paddy, but everyone knows Ronaldo’s decent on the wings 🤷♂️ https://t.co/wKJ3RSh1m5
— KFC UK (@KFC_UKI) June 15, 2021
Laman Twitter rasmi KFC UK pula menyambut perlian itu dengan satu ciapan balas yang santai:
“Yeah Paddy, tetapi semua orang tahu bahawa Ronaldo boleh tahan sedap di sayap 🤷♂️”.
Syarikat pengeluar minuman tersebut juga mengambil pendekatan sama seperti KFC walaupun tidak kelakar dengan memberikan jawapan yang tenang dan tidak mahu terus menimbulkan persepsi negatif akan imej mereka.
“Semua orang mempunyai pilihan minuman maing-masing dan setiap insan mempunyai citarasa dan keperluan yang berbeza.”
“Pemain ditawarkan air, bersama Coca Cola dan Coca Cola Tanpa Gula, apabila datang ke sidang media.”
Ronaldo promoted Coca Cola, KFC and Mcd’s https://t.co/Gq1a8qRsK7 pic.twitter.com/0auy68NkqJ
— Madrid Fan (@cristiano_peak) June 15, 2021
Syarikat minuman gergasi Coca-Cola telah menjadi rakan minuman rasmi Kejohanan Eropah sejak tahun 1980-an lagi dan mereka telah berbelanja jutaan dollar untuk mendapatkan hak rasmi ini.
Kerana kisah silam Ronaldo yang mesra dengan minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan juga mempromosikan makanan segera yang kurang berkhasiat, Ronaldo digelar hipokrit.
Wayne Rooney telah mendedahkan satu cerita yang sangat menarik hati ketika mengenang kembali waktu beliau bersama Cristiano Ronaldo di Manchester United.
Wayne Rooney on his relationship with Ronaldo: “With Cristiano, when I first got to United we used to go to games and training together. I remember the night before a game stopping off at McDonald’s because he wanted a Big Mac.”
(1/2) #muzone [Times] pic.twitter.com/6wxUNlmYlX
— United Zone (@ManUnitedZone_) March 14, 2020
Penjaring terbanyak sepanjang zaman itu telah membelanja bekas rakan sepasukannya, Ronaldo McDonald’s pada malam sebelum hari perlawanan berlangsung.
Wayne Rooney telah membuka cerita Ronaldo dan McDonald. Kisah yang luar kebiasaan bagi pemain bola sepak.
“Bersama Ronaldo, ketika aku mula ke Manchester United kami selalu pergi ke perlawanan dan latihan bersama-sama.”
“Aku masih ingat satu malam sebelum hari perlawanan kami telah singgah di McDonald’s kerana Ronaldo mahukan Big Mac.”
Rooney: “He was trying to put weight on because he was so thin. I was driving the car, having to go through the drive-through to get him a Big Mac!” (2/2) #muzone [Times]
— United Zone (@ManUnitedZone_) March 14, 2020
Rooney mendedahkan sebab kenapa Ronaldo mahu makan Big Mac pada ketika itu adalah kerana Ronaldo sangat kurus. Baler.
“Ronaldo cuba untuk menambah berat badan kerana beliau terlalu kurus.”
“Aku yang memandu pada ketika itu terus pergi membuat pesanan di kaunter pandu lalu untuk mendapatkan Big Mac.”
Selepas memakan burger itu, gandingan Ronaldo dan Rooney telah menjelmakan tiga gelaran Premier League secara hatrik dan satu trofi Champions League.
Selepas itu, Ronaldo telah berhijrah ke Real Madrid dengan yuran perpindahan yang memecahkan rekod dunia pada ketika itu dan kini mejadi anti-coke.