Gara-Gara Memukul Wanita, Ryan Giggs Tidak Akan Uruskan Wales di Euro 2020

Wales tidak akan bersama pengurus, Ryan Giggs, dalam misi mereka untuk mengulangi keajaiban dalam Euro tahun ini, selepas pengurus yang juga lagenda Manchester United tersebut kini sedang berhadapan pertuduhan memukul dua orang wanita.

Dalam edisi Euro 2016, Wales beraksi cemerlang di bawah kendalian Chris Coleman di mana mereka berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum ditunjukkan jalan keluar oleh pasukan yang muncul juara, Portugal.

Walaubagaimanapun, persiapan kali ini dilihat agak bercelaru dengan kes yang dihadapi Giggs itu.

Untuk rekod, Giggs menjadi pengurus Wales sejak 2018 dan berjaya membawa mereka mengharungi pusingan kelayakan Euro dan layak ke pusingan akhir.

Pengurus berusia 47 tahun tersebut didakwa di mahkamah di atas kesalahan mendatangkan kecederaan badan terhadap bekas teman wanitanya, Kate Greville, 36 tahun, pada 1 November 2020, selain kesalahan mengawal dan memaksa Kate yang didakwa dilakukan sekitar Disember 2017 sehingga November 2020.

Pada masa yang sama, Giggs juga turut didakwa di atas kesalahan memukul adik Kate, Emma Greville, juga pada bulan November lalu.

Kate merupakan bekas pengurus hubungan awam Giggs, dan pernah dikaitkan sebagai punca perceraian Giggs dengan bekas isterinya sebelum ini.

Giggs dan Greville, ketika saat bahagia dan semuanya indah. Gamabr : The Sun

“Kami telah membenarkan Polis Manchester Raya untuk mendakwa Ryan Giggs dengan mensabitkannya dalam tingkah laku yang mengawal atau memaksa dan kekasaran yang mendatangkan kecederaan badan,” kata pihak Crown Prosecution Service, sebuah badan yang mengendalikan pendakwaan di England dan Wales.

Kalau di Malaysia, badan ni sama taraf dengan Jabatan Peguam Negara la kot. Pengurus Wales tersebut akan mula dibicarakan pada 24 Januari nanti. Dia difahamkan bahawa perbicaraan tersebut mungkin akan mengambil masa selama tiga minggu.

Pada masa yang sama, Giggs akan tampil untuk membuat rayuan di mahkamah pada 23 Julai nanti.

Giggs bagaimanapun tidak membuat sebarang penafian daripada pertuduhnan tersebut, tetapi berazam untuk membersihkan namanya yang tercemar.

Disebabkan kekalutan ini, Persatuan Bola Sepak Wales mengumumkan bahawa Robert Page akan mengambil alih tugas Giggs sebagai pengurus sepanjang kempen Euro nanti.

“FAW dengan ini mengesahkan bahawa Robert Page akan memikul tanggungjawab sebagai pengurus dalam kejohanan Euro 2020 pada musim panas nanti,” kenyataan FAW berbunyi.

“Satu mesyuarat lembaga FAW akan diadakan untuk membincangkan perkembangan ini dan kesannya terhadap persatuan serta pasukan kebangsaan.

“FAW tidak akan membuat sebarang kenyataan lanjut buat masa ini.”

FAW turut melantik Albert Stuivenberg sebagai pembantu kepada Page.

Ryan Giggs pula dalam satu kenyataannya mengatakan;

“Aku hormat sepenuhnya proses undang-undang ini dan faham betapa seriusnya pertuduhan tersebut. Aku tidak akan mengaku salah di mahkamah, dan akan membersihkan nama aku nanti.

“Aku juga mengucapkan selamat berjaya buat Robert Page, barisan kejurulatihan, pemain dan para penyokong dalam Euro di musim panas nanti.”

Robert Page, pengendali Wales di Euro nanti. Gamabr : TS

Wales diundi ke dalam kumpulan A di Euro, bersama-sama Switzerland, Turki dan juga Itali. Perlawanan pertama mereka adalah pada 12 Jun, menentang Switzerland.

Dalam perlawanan persahabatan sebagai persediaan menjelang Euro menentang Perancis pada hari Rabu, 2 Jun yang lalu, Wales dengan mudah dibelasah Perancis 3-0. Jaringan Perancis dihasilkan oleh Kylian Mbappe, Antoine Griezmann dan juga Ousmane Dembele, selepas penyerang yang sudah lama tidak dipanggl, Karim Benzema gagal menyudahkan tendangan penalti pada awal permainan.

Pasukan sekumpulan Wales, Itali pula tenang membelasah Republik Czech, 4-0, dalam perlawanan persahabatan pada 4 Jun, dengan gol dihasilkan oleh Ciro Immobile, Nicolo Barella, Lorenzo Insigne dan juga Domenico Berardi.

Lawan pertama mereka, Switzerland, tanpa segan silu menunjukkan taring awal mereka selepas berpesta gol 7-0 ke atas Liechtenstein dalam perlawanan persahabatan pada 3 Jun.

Wales bakal mempertaruhkan bintang mereka seperti Aaron Ramsey yang kini bermain untuk Juventus, Dan James(Manchester United, Tyler Roberts(Leeds) dan Gareth Bale(Real Madrid) untuk membawa pasukan naga merah ini ke puncak Eropah pada musim panas nanti.

Mampukah mereka? Tak, kot.

Sumber : Talksport

BACA:  EURO 2020: Wales 0-4 Denmark