Gareth Bale : Aku Akan Bermain Untuk Wales Sehingga Aku Berhenti Main Bola.”

Gareth Bale sentiasa menjadi perhatian umum, tak kiralah di mana berada atau apa sahaja yang dia lakukan. Terbaharu, Bale menjadi bahan sembang di media sosial apabila dia bertindak meninggalkan sesi temuramah selepas perlawanan yang menyaksikan pasukannya, Wales, ditunjukkan jalan keluar daripada Euro oleh Denmark semalam.

Bale bertindak sedemikian selepas wartawan bertanyakan adakah perlawanan tersebut merupakan perlawanan terakhir buat bekas bintang Real Madrid tersebut.

Wartawan pun satu. Orang tengah kecewa pasukan kalah, penat pun belum hilang. Boleh pula tanya soalan macam tu.

Tapi sebenarnya soalan wartawan tersebut ada asasnya. Sebelum kejohanan bermula, pemain berusia 31 tahun itu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudahpun ada perancangan sendiri tentang keberadaannya dalam skuad Wales, namun dia akan menunggu selepas Euro kerana takut menimbulkan kekalutan di dunia.

Bagaimanapun ketika bercakap kepada S4C – stesen televisyen Wales, Bale berkata dia akan terus bermain untuk pasukan Wales sehinggalah dia berhenti bermain bola nanti.

“Orang selalu tanya soalan bodoh. Aku suka main untuk Wales.

“Aku akan bermain untuk Wales sampai hari aku berhenti main bola.

“Kita pun baru je mulakan kempen kelayakan Piala Dunia dan kita kena ambil pengalaman tu.

“Aku rasa kita ada cara bermain yang baik dan kita pun main elok dan kita perlu untuk kekalkan keyakinan tu dengan tinggi, teruskan baik bola dan aku rasa kita akan layak ke Piala Dunia selepas ni.”

Denmark telah memberika kekalahan terbesar buat pasukan Wales di Johan Cruyff Arena pada hari Sabtu, sekaligus layakke pusingan suku akhir, dengan Kasper Dolberg menjaringkan satu gol dalam setiap separuh masa, dengan Joakim Maehle dan Martin Braighwaite juga berjaya muncul dalam senarai penjaring.

Pengurus Wales, Robert Page berkata, Bale telah melakukan perkara yang betu; dengan meninggalkan temubual di tepi padang dan melabelkan soalan tersebut sebagai tak cakna.

“Aku tahu kau ditanya semalam kalau perlawanan tu menjadi perlawanan yang terakhir untuk Wales dan kau cakap kau nak lagi satu…” antara ayat yang sempat dirakam sebelum Bale meninggalkan wartawan BBC.

“Seperti mana-mana pemain di bilik persalinan sekarang ni, dia sedang kecewa,” Page memberitahu kepada sekumpulan wartawan ketika sidang media selepas perlawanan.

“Kenapa dia perlu jawab soalan tentang masa depan dia? Bagi aku soalan tu sangat tak sensitif.

“Apa masalah kau bila tanya soalan tu dengan dia baru sahaja keluar padang selepas kalah? Emosi tengah panas, jadi dia buat perkara yang betul dengan tinggalkan temubual tu dan ambil masa untuk bertenang.”

Bale pada musim lalu telah menjaringkan 16 gol untuk Tottenham Hotspur dan sepatutnya akan kembali ke Real Madrid di mana kontraknya hanya akan tamat pada musim panas 2022.

Sebelum itu, penyerang tersebut juga mendakwa keputusan pengadil tidak memihak kepada Wales yang terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Harry Wilson dilayangkan kad merah.

Bale juga menegaskan bahawa terdapat kekasaran ke atas Kieffer Moore ketika Denmark mengatur gerakan dalam menjaringkan gol kedua sebaik selepas sepak mula separuh masa kedua – sekaligus menjadikan kerja Wales semakin sukar untuk mengejar kedudukan.

“Kalau kau main bola atas belakang orang, itu kekasaran.

“Aku rasa pengadil (Daniel Siebert dari Jerman) mungkin telah dipengaruhi oleh penonton,” ujar Bale.

Tapi secara keseluruhannya, Wales tampak seperti bermain di bawah kemampuan, selepas berjaya melakukan kejutan layak ke peringkat separuh akhir lima tahun lalu.

“Ini bukan perlawanan yang kita harapkan. Kita lepaskan gol dan perlawanan berubah sikit.

“Pada separuh masa kedua kita bocor lagi dan terus memusnahkan momentum kita,” tambah Bale lagi.

“Pemain semuanya kecewa dan marah tapi bagi aku baik kita keluar dan sepak bola dan menjering daripada duduk saja dan tak buat apa-apa.

“Kita terlepas satu peluang tapi apa yang kita tak boleh nafikan adalah usaha yang ditunjukkan dan itu adalah kelayakan minimum daripada pasukan.”

Berita : Sky Sports

BACA:  Sebab Mengapa Bale Tak Muncul Ketika Real Madrid Meraikan Kejuaraan La Liga