Gara Gara Persembahkan Banyak Aksi Tak Berguna, Arteta Out Berkumandang

Arsenal mencatatkan rekod baru sebagai pasukan EPL pertama di mana peminatnya melancarkan kempen Nyah Arteta, Arteta Out, Arteta Berambus, Arteta Keluar, apa sahaja sebutannya, konotasinya sama.

Sebelum bermula liga, Arsenal seperti biasa, berada di kedudukan teratas dalam carta, namun itu tidak menghalang peminat mereka mengadakan tunjuk perasaan di media sosial mahukan seorang lagi pengurus dari Sepanyol itu dipecat.

Arsenal tewas dengan mengejutkan di tangan pasukan dari Scotland, Hibernian. Mereka kalah 1-2 dalam aksi pershabatan yang dibuat untuk suka suka. Di mana mereka mengharapkan pasukan tersebut tempat mereka mengasah kuku. Malang sekali, aksi mereka tidak bermaya dan menunjukkan banyak aksi yang tak guna di dalam padang.

Daripada bolos kerana aksi kelakar penjaga gol, sehinggalah penalti tak masuk, itu menghiasi perlawanan semalam.

Bukan itu sahaja, lebih kelakar apabila mengenangkan Arteta menggunakan ramai pemain bintangnya seperti Aubameyang, Lacazette dan Partey dalam perlawanan ini.

Semua diarahkan mencurah keringat untuk menyelamatkan maruah pasukan mereka yang dibina hasil titik peluh Wenger.

Peminat mengamuk dengan aksi aksi tidah berguna ini. Lalu Arteta menjadi tempat melampiaskan amarah mereka sehingga ke tulang hitam.

Mana peminat tidak marah apabila penjaga gol mereka menyepak angin setelah memasang kekuda seperti nak membuat sepakan alah Stephen Chow.

Seterusnya Eddie Nketiah melacurkan lagi maruah Arsenal dengan percubaan yang mengaibkan seperti ini.

Sebelum ini Pepe berjanji dia akan merobek barisan lawan pada musim akan datang.

Namun Pepe semalam membuat kelakar lagi apabila gagal menyempurnakan penalti. Ini selepa sepakannya lemah dan lembik ibarat sepakan emak Nobita.

Lalu semua kesalahan itu diletakkan di bahu Arteta. Peminat mahu Arteta berambus. Mereka mahukan pengurus yang lebih bagus daripada Arteta walaupun sudah memberikan mereka Piala FA dan Perisai Kebajikan Masyarakat.

Peminat Arsenal harus berlapang dada. Kerana sekarang ini mereka masih dalam proses. Bak kata kata keramat Arteta: “Percayalah kepada proses”.

Arsenal merupakan kekal satu satunya pasukan yang ada piala EPL berwarna emas. Pencapaian yang tidak akan mampu diulangi mana mana pasukan lain.

BACA:  Unai Emery: VAR Diperlukan Untuk Membantu Wasit, Arsenal Datang Untuk Menimba Pengalaman