Gareth Southgate Dedah Alasan Mengapa Beliau Ketepikan Jadon Sancho

Gareth Southgate telah mendedahkan alasan sebenar mengapa beliau memilih untuk menyingkirkan Jadon Sancho dari senarai terbaru skuad England pilihannya.

Sancho telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama skuad setan merah sejak awal tahun baru-baru ini.

Beliau berjaya menjaringkan gol ketika beraksi bertemu Southampton dan Manchester City dan Sancho juga turut berjaya mencatatkan assists untuk gol jaringan Cristiano Ronaldo ketika bertemu Tottenham.

Walaupun beliau berjaya mempamerkan aksi persembahan yang menakjubkan sejak kebelakangan ini, namun Sancho masih gagal untuk mendapatkan tempat dalam skuad kebangsaan England.

Sebaliknya, Southgate lebih memilih pemain seperti Jack Grealish, Phil Foden, Raheem Sterling, Emile Smith Rowe dan Bukayo Saka berbanding beliau.

Gareth Southgate mendedahkan yang beliau yakin barisan pemain tersebut sebenarnya sedikit lebih berpotensi dan bagus berbanding Jadon Sancho.

​”Pemain serangan lain dalam skuad sepertinya sedikit mengatasi dia pada pandangan saya.”

Jelas Southgate.

“Jadon sejak beberapa minggu kebelakangan ini persembahan dia sudah meningkat tapi di posisi dia kita ada persaingan yang sengit untuk dapat tempat.”

Nama Sancho tidak disenaraikan ini tidaklah menjadi isu yang besar, dek kerana peminat lebih bengang melihat nama Harry Maguire ada dalam senarai skuad pilihan Gareth Southgate.

Tak masuk akal Maguire lebih dipilih untuk sertai skuad England berbanding Fikayo Tomori

Harry Maguire tak layak untuk dipanggil sertai skuad kebangsaan England, dek kerana aksi hambar yang beliau pamerkan sepanjang musim ini.

Ia merupakan dakwaan yang dilakukan oleh Darren Bent, yang turut mengakui bahawa bintang AC Milan, Fikayo Tomori lebih berhak untuk dipanggil oleh Gareth Southgate.

Pengurus skuad kebangsaan England, Gareth Southgate telah mengesahkan senarai 25 pemainnya untuk skuad The Three Liones, bagi menghadapi perlawanan persahabatan bertemu Switzerland dan Ivory Coast.

Maguire dipanggil untuk sertai skuad kebangsaan England, walaupun aksi dan persembahan yang beliau persembahkan sepanjang musim ini tersangatlah teruk.

Sementara itu, rakan sepasukan pemain centre-back berusia 29 tahun itu, Jadon Sancho dan Marcus Rashford telah digugurkan dari skuad 25 pemain pilihan Southgate.

Antara nama yang tidak disenaraikan tetapi ramai yang percaya beliau layak disenaraikan adalah bekas pemain pertahanan Chelsea, Fikayo Tomori.

Fikayo Tomori tidak dinafikan lagi ketika ini sedang menikmati karier yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama AC Milan di Itali.

Pemain centre-back berusia 24 tahun itu melengkapkan perpindahannya menyertai Milan pada musim panas lalu, selepas beliau sebelum itu menghabiskan masa selama enam bulan beraksi sebagai pemain pinjaman di San Siro.

Melihat persembahan mantap yang ditunjukkan oleh Tomori, Milan akhirnya memutuskan untuk mendapatkan khidmat beliau secara tetap, dengan membayar yuran perpindahan bernilai £25 juta kepada Chelsea.

Tomori pada musim ini telah membuat 30 penampilan dalam semua pertandingan, dengan beliau turut berjaya menjaringkan satu gol sepanjang tempoh tersebut.

Bent yang kini berusia 38 tahun itu menyatakan yang Maguire langsung tak beraksi dengan baik musim ini, dan beliau percaya perkara terakhir yang sepatutnya dilakukan oleh ketua pasukan United itu adalah beraksi bersama skuad kebangsaan England.

Bercakap kepada talkSPORT, bekas pemain kebangsaan England itu menyatakan bahawa:

“Harry Maguire, bagaimana dia boleh ada dalam skuad, saya pun tak tahu.”

“Gareth Southgate tak boleh pilih pemain berdasarkan rekod mereka tak pernah kecewakan dia.”

“Harry Maguire tak berprestasi pada ketika ini. Dia langsung tak berprestasi. Perkara terakhir yang dia mungkin dia boleh lakukan adalah bermain untuk England.”

“Dari sudut apa yang Maguire ni lebih bagus dari Fikayo Tomori? Tak ada.”

Southgate menegaskan yang beliau langsung tidak meragui Harry Maguire dan sememangnya mahu memastikan ketua pasukan Man Utd itu ada dalam skuad England.

Maguire merupakan pemain terpenting skuad kendalian Gareth Southgate ketika aksi Piala Dunia 2018 dan Euro 2020 pada musim panas lalu.

“Saya tak rasa pernah terlintas di fikiran kita semua untuk tak pilih Harry Maguire dalam skuad ini.”

Jelas Southgate ketika dalam satu sidang media.

“Dia merupakan pemain terpenting dalam kesebelasan utama kita yang bawa kita ke peringkat separuh akhir Piala Dunia dan perlawanan akhir Euro. Tidak diragukan lagi yang beliau merupakan salah seorang pemain centre-back terhebat kita.”

Walau Southgate memberi pujian menggunung kepada pemain centre-back beliau itu, namun harus diakui rata-rata penyokong sememangnya tidak mahu Maguire ada dalam skuad England pada ketika ini.

Aksi beliau bersama setan merah musim ini tersangatlah teruk dan tidak keterlaluan untuk katakan Maguire tak pernah tak lakukan kesilapan dalam mana-mana aksi beliau sepanjang musim ini.

England akan beraksi bertemu Switzerland di Wembley pada 26 Mac nanti sebelum mereka kemudiannya akan melayan kunjungan Ivory Coast pula pada 29 Mac nanti.

Mampukah Maguire membuktikan Gareth Southgate membuat keputusan yang tepat dengan memilihnya? Atau beliau akan conteng arang di muka pengurus England itu dengan aksi hambarnya di atas padang nanti?

Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ten Hag Intai Khidmat Anwar Ganti Antony Di Man Utd