Genap 25 Tahun Gol Ajaib Ronaldo Original, Reaksi Bobby Robson Menceritakan Segalanya

Ronaldo Luís Nazário de Lima atau Ronaldo Original sekarang dikenali sebagai pemilik bisnes dari Brazil, Presiden kelab La Liga, Real Valladolid dan seorang pesara bola sepak.

Kehebatan Ronaldo sebagai pemain penyerang menyebabkan beliau mendapat jolokan nama O Fenômeno “The Phenomenon” atau fenomena dan dinobatkan sebagai penyerang terbaik yang tiada galang ganti.

Dalam mana-mana senarai pemain terbaik sepanjang zaman untuk penyerang nama Ronaldo pasti mengisi tempat itu dan jarang tidak terpilih.

Tanggal 12 Oktober 1996 Ronaldo Original telah menjaringkan satu gol yang dianggap sebagai salah satu gol terbaik dalam sejarah bola sepak ketika perlawanan Barcelona menentang Compostela.

Sepanjang kariernya El Fenomeno telah mejaringkan banyak gol menarik samada bersama Cruzeiro, Barcelona, Inter Milan, Real Madrid, AC Milan, Corinthians atau pasukan Brazil.

Tetapi dalam banyak-banyak gol yang dijaringkan, gol ketika menentang Compostela pada 1996 antara yang terhangat di carta teratas. Dalam perlawanan ini Barca menang 5-1 dan Ronaldo menjaringkan 2 gol.

Ronaldo menerima bola dalam kawasan sendiri dan secara solo membawa bola ke kotak penalti lawan dan berjaya menewaskan pemain lawan dengan kepantasan dan kekuatan yang diadun dengan keseimbangan berserta skil secukup rasa.

Gol tersebut nyata membuatkan Sir Bobby Robson secara spontan memberikan reaksi yang tidak percaya dengan apa yang dilakukan oleh Ronaldo.

Terkaku dan terpaku seketika Sir Bobby Robson sebelum mengangkat tangan dan memegang kepala tanda tidak percaya dengan apa yang dilihat di padang.

Walaupun karier bola sepak beliau mengalami turun naik ekoran kecederaan yang teruk namun namanya tidak pernah jatuh sesuai benar dengan gelaran The Phenomenon.

Sepanjang kariernya Ronaldo telah dua kali dipilih sebagai pemain terbaik dunia dengan menjulan anugerah Ballon d’Or.

Bersama kelab Ronaldo telah menjaringkan 352 dalam 518 penampilan dan bersama Brazil 62 gol dijaringkan dalam 98 penampilan.

Kau bayangkan kalau, Ronaldo tidak cedera teruk berkali-kali macam mana pergi rekod beliau. Tu pun boleh menang dua kali pemain terbaik dunia.

Ronaldo Penah Menggunakan Nama Ronaldinho

Ronaldo Luis Nazario de Lima lebih dikenali sebagai Ronaldo merupakan legenda bola sepak Brazil yang sungguh disegani.

Akan tetapi, ketika di awal karier antarabangsanya bermula, beliau dipanggil dengan nama Ronaldinho.

Beliau dipanggil ‘R9’ kerana mudah untuk membezakannya dengan penyerang Juventus Cristiano Ronaldo.

Ronaldo Nazario merupakan seorang penyerang terhebat di zaman beliau dan tentunya beliau akan lebih hebat sekiranya tidak diganggu beberapa siri kecederaan yang serius.

Walau bagaimanapun, ketika beliau mula-mula membuat kemunculan untuk skuad kebangsaan Brazil, Ronaldo tidak dikenali dengan nama asalnya dan beliau memilih untuk memakai nama Ronaldinho di belakang jersinya.

Ketika berusia 17 tahun, beliau merupakan salah seorang pemain yang membantu Brazil menjuarai Piala Dunia pada tahun 1994 di United States.

Ketika itu beliau tidak begitu berperanan dalam skuad dan ketika itu beliau menggunakan nama Ronaldo Rodrigues de Jesus.

Sebelumnya beliau menggunakan nama Ronaldo dan ketika itu beliau diberi gelaran Ronaldao atau Big Ronaldo.

Dua tahun kemudian, hanya beberapa bulan sebelum beliau dinamakan sebagai FIFA World Player Of The Year untuk pertama kalinya, Ronaldo Nazario telah tersenarai untuk mewakili skuad Olimpik Brazil.

Ronaldo Nazario de Lima memakai jersi bernombor 18 ketika itu dan menggunakan nama Ronaldinho di belakang jersinya.

Ini kerana ketika itu pemain pertahanan Brazil, Ronaldo Guiaro telah menggunakan nama Ronaldo di belakang jersinya, jadi Nazario de Lima memilih untuk menggunakan nama Ronaldinho.

Ronaldinho atau Ronaldo ketika itu digandingkan dengan bintang Middlesbrough, Juninho Paulista yang memakai jersi bernombor 9.

Semasa kejohanan itu berlangsung, Ronaldo Nazario berjaya menjaringkan lima gol termasuk gol kemenangan ketika menewaskan Nigeria di peringkat kumpulan untuk membawa Brazil mara ke peringkat seterusnya.

Ronaldo Nazario dalam kejohanan itu berjaya membantu skuad Olimpik Brazil untuk memenangi pingat gangsa.

Dan sudah pastinya Ronaldo de Assis Moreira akan terus dikenang sebagai Ronaldinho yang asli walaupun ketika awal kariernya beliau menggunakan nama Ronaldinho Gaucho pada tahun 1999.

Beliau menggunakan nama itu oleh kerana wilayah asalnya di Brazil sama seperti Juninhos yang menggunakan nama Paulista dan Pernambucano.

Ronaldo Nazario pula sudah dianggap bintang sejak dari Piala Dunia 1998, namun Brazil tewas kepada Perancis dalam perlawanan akhir ketika itu.

Beliau kembali beraksi dengan lebih cemerlang pada Piala Dunia edisi seterusnya iaitu pada tahun 2002 dan membantu Brazil untuk muncul sebagai Juara.

Piala Dunia 2006 merupakan edisi terakhir Ronaldo Nazario beraksi dan beliau masih mampu untuk menjaringkan gol ketika itu.

BACA:  Thierry Henry Menegaskan Yang Hanya Ada Seorang Sahaja 'Ronaldo' Dalam Dunia Bola Sepak