Gerard Pique Kena Palau, Dan Tak Diundang Ke Majlis Makan Malam Reunion Bersama Messi

Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique tidak diundang sama sekali untuk sertai makan malam ‘reunion’ bersama Lionel Messi.

Beliau dilaporkan tidak diundang berkemungkinan kerana hubungannya dengan Messi yang sudah mulai retak sejak bintang Argentina itu sertai Paris Saint Germain.

Messi meninggalkan Barcelona untuk sertai Paris Saint Germain pada musim panas lalu, namun beliau masih gagal untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di Perancis.

Beliau setakat ini hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dari 12 penampilan dalam saingan Ligue 1 sepanjang musim ini.

Bintang Argentina itu kembali ke Barcelona pada awal minggu baru-baru ini dengan tujuan mahu makan malam bersama beberapa bekas rakan sepasukannya.

Hal itu sendiri sebenarnya sudah mencetuskan sensasi di internet kerana ramai yang percaya ia bunga-bunga untuk melihat Messi kembali ke Nou Camp.

Messi makan malam bersama Sergio Busquets, Jordi Alba dan keluarga masing-masing di sebuah restaurant mewah Jepun di bandar tersebut.

Secara kebetulan, ketua jurulatih Barcelona, Xavi turut berada di restaurant sama, namun beliau ke sana atas tujuan mahu meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-42.

Walau bagaimanapun, tiada tempat sama sekali untuk Gerard Pique ketika sesi makan malam tersebut, walaupun beliau merupakan antara sahabat Messi sejak zaman mereka berada di La Masia lagi.

Dari skuad akademi Barcelona, kedua-dua mereka kemudiannya menikmati pelbagai kejayaan bersama skuad utama Barca dan sudah tentu mereka sangat akrab sebelum ini.

Laporan di Sepanyol menyatakan yang kedua-dua mereka kini sudah bertegur sapa dan hubungan mereka juga mulai retak sejak sesi rundingan kontrak di Nou Camp pada tahun lalu.

Barcelona meminta para pemain senior untuk menerima cadangan pemotongan gaji pada musim panas lalu, dek kerana Barca sedang berpotensi untuk melanggar peraturan FFP La Liga.

Alba dan Busquets kedua-duanya segera bersetuju untuk menerima cadangan pemotongan gaji dalam usaha mereka untuk membantu kelab keluar dari masalah kewangan.

Apa yang pasti, kedua-dua mereka juga turut bersetuju untuk terima cadangan pemotongan gaji kerana mahu memastikan Messi boleh menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Pique sudah bersetuju untuk tandatangani kontrak baru bersama kelab pada tahun 2020 yang lalu, dan beliau kemudiannya turut bersetuju untuk terima cadangan pemotongan gaji pada Ogos tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Pique hanya menyatakan persetujuan beliau untuk menerima cadangan pemotongan gaji itu selepas Lionel Messi sudah sah menjadi pemain Paris Saint Germain.

Akhbar tempatan Sepanyol melaporkan yang Pique tidak diundang untuk sertai makan malam bersama Messi dan ia berkemungkinan berpunca dari hubungan mereka yang sudah retak.

Penulis Sepanyol, LIuis Canut mendakwa yang Messi sangat kecewa dengan Pique dan merasa dkhianati oleh pemain pertahanan Barcelona itu.

Messi benar-benar terkilan Pique hanya mahi menyelesaikan isu berkait kontraknya selepas tamat waktu yang ditetapkan.

Ketika bercakap kepada TV3, Canut mendedahkan bahawa:

“Dek kerana Pique terlalu lambat menandatangani perjanjian baru, ia beri impak yang teruk kepada Messi dan dia rasa kecewa.”

“Selain itu, dia juga rasa dikhianati oleh Pique kerana terlalu lambat untuk tandatangani kontrak baru dan menunggu hingga Messi sudah meninggalkan kelab.”

“Messi rasa yang Pique sepatutnya berusaha untuk bantu dia agar dia kekal dan tidak meninggalkan kelab.”

Selepas dari hal tersebut, Messi sememangnya secara terbuka pernah mendedahkan yang beliau tahu siapa orang yang paling tak mahu beliau kekal di Nou Camp, dan individu yang bintang Argentina itu maksudkan adalah Pique.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ronaldo Beri Amaran Pada PSG, Yang Messi Bukan Jaminan Menang Champions League