Gerard Pique Menganjing Real Madrid Berkait ‘Leak Audio’ Yang Tular

Gerard Pique telah melakukan satu hal yang mungkin akan membuatkan Presiden Real Madrid, Florentino Perez tak boleh tidur malam dan sakit hati.

Beliau menganjing Presiden Real Madrid selepas tularnya audio perbualan peribadi pengasas Galacticos itu.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, Perez yang ketika ini sedang menjadi Presiden Real Madrid buat kali ke-2 sering menjadi topik perbualan di kalangan peminat bola sepak.

Ia kerana tersebarnya audio perbualan peribadi lama yang mana beliau dalam audio itu telah mengutuk legenda dan staff kelab.

Audio itu bocor dan telah didedahkan kepada media yang kemudiannya turut mendedahkan hal tersebut kepada umum.

Kerana itulah nama beliau menjadi sebut-sebutan para peminat bola sepak yang membahaskan tentang sikap Perez terhadap legenda kelab.

Pertama sekali, Presiden yang kini berusia 74 tahun itu telah memanggil Iker Casillas dan Raul sebagai penipu, walaupun kedua-dua legenda itu telah banyak membantu kejayaan Los Blancos.

Beliau kemudiannya turut memanggil penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab, Cristiano Ronaldo bersama Jose Mourinho dengan gelaran tidak sepatutnya.

Perez menganggap Cristiano Ronaldo dan Jose Mourinho sebagai dua individu yang bangang menurut audio yang terdedah itu.

Pique yang memang mempunyai sikap lantang serta terkenal dengan kata-kata sinisnya itu telah memanfaatkan kesempatan yang ada untuk menganjing Presiden Real Madrid.

Pemain centre-back Barcelona itu meninggalkan komen di media sosial dengan membahaskan isu berkait audio yang bocor itu.

Pemenang Piala Dunia bersama Sepanyol itu meninggalkan beberapa komen di status milik El Chiringuito dengan bertanya mengapa mereka tidak memiliki audio.

Dalam status yang menjelaskan tentang berita Messi semakin hampir untuk menandatangani lanjutan kontrak bersama Barca, Pique meninggalkan komen dengan menyatakan:

“Dan bila agaknya kita boleh dapat audio tersebut?”

Dalam muat naik seterusnya, El Chiringuito seolah mengejek fakta yang menyatakan Messi akan menerima pengurangan gaji selepas menandatangani perjanjian baru bersama kelab.

Pique kemudiannya turut meninggalkan komen dalam muat naik tersebut dengan menyatakan:

“Duit, tapi kamu tak ada audio.”

Nampak? Bukan main seronok si Pique ni main balas-balas komen, dah macam netizen perangai dia.

Audio Perez memanggil Raul dan Cassilas sebagai penipu besar

Satu ribut kencang telah bertiup di ibu kota Sepanyol selepas satu rakaman audio presiden Real Madrid, Florentino Perez, yang mengatakan Iker Casillas dan Raul sebagai penipu besar.

Secara totalnya, Raul dan Casillas mempunyai jumlah 43 tahun mereka bersama kelab tersebut, membantu Real Madrid memenangi La Liga sebanyak tujuh kali.

Iker Casillas sememangnya legenda terhebat Real Madrid

Raul berpindah ke Schalke pada tahun 2010, selepas musim terakhirnya di ibu kota Sepanyol tersebut dibelenggu dengan masalah kecederaan.

Sepanjang bersama Real Madrid, beliau telah menjaringkan 300 gol dan turut bergelar sebagai penjaring terbanyak kelab sebelum kedatangan Cristiano Rolando.

Penjaga gol Casillas pula meninggalkan kelab selepas tidak menjadi pilihan Jose Mourinho dan dipaksa keluar oleh pengurus berbangsa Portugis tersebut selepas beraksi lebih 700 kali buat Real Madrid.

Dengan rekod menakjubkan sebegitu, kedua-dua pemain ini diangkat sebagai lagenda kelab oleh para penyokong.

Namun begitu, satu rakaman audio yang dirakam pada tahun 2006 telah timbul dan disebarkan di mana Perez mengecam kedua-dua pemain ini.

Difahamkan, rakaman tersebut dibuat kira-kira enam bulan selepas dia meletakkan jawatan sebagai presiden kelab buat kali pertama selepas dikritik bahawa dia terlalu meletakkan fokus kepada jenama berbanding kejayaan bola sepak.

“Dia bukan seorang penjaga gol buat Real Madrid. Memang bukan dan dia tak pernah jadi pun.

“Dia tu dah jadi satu kegagalan yang kita duk bela,”

Perez berkata tentang Casillas.

“Apa yang jadi adalah diorang tu (penyokong) suka sangat dengan dia, diorang sayang dia, diorang sembang dengan dia. Aku tak tahu lah kenapa diorang tu duk pertahan sangat dia tu

“Jadi, itu sorang daripada penipu besar, sorang lagi adalah Raul. Dua penipu terbesar dalam Real Madrid adalah mula-mula Raul, dan kedua Casillas.”

Menurut rekod, Perez memang marah terhadap Raul, yang dituduhnya ingin menghancurkan kelab, dan meletakkan penyerang tersebut sebagai punca dia meninggalkan kerusi presiden kelab.

“Zinedine Zidane adalah seorang yang bagus. Dan David Bekcham dan Ronado…tapi lepas tu ada orang lain yang cakap.. apa nama… Raul adalah seorang yang teruk,”

Ujar si Perez lagi.

“Dia rasa Madrid ni dia punya dan dia gunakan segala yang ada di Madrid, buat semua untuk kepentingan diri sendiri. Dia dengan ejen dia.

“Diorang tu lah punca kenapa Real Madrid main tak bagus [pada waktu itu].

“Weh, aku blah, antara sebabnya, dia lah. Dia tu seorang yang negatif, dia musnahkan Real Madrid.”

Selain itu, Perez turut menyatakan bahawa ada ramai lagi penjaga gol yang lagi bagus daripada Casillas.

“Kau boleh nampak yang ramai lagi penjaga gol yang lagi bagus daripada Cassilas.

“Kau memang boleh agak bila bila dia dengan makwe dia tak berapa nak elok, akal dia hilang.

“Dia tu macam budak..macam anjing kecil, boneka, macam budak-budak.”

Tersebarnya rakaman tersebut ternyata memalukan Perez memandangkan status Raul dan Casillas sebagai lagenda kelab dan negara.

Selepas tular rakaman tersebut, Perez membalas semula, menyatakan rakaman tersebut disebarkan untuk memalukannya selepas kegagalan merealisasikan Liga Super Eropah.

“Dengan tersebarnya berita di El Confidencial, di mana ada percakapan yang merujuk kepada aku, aku rasa patut untuk aku beri penjelasan,”

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Perez.

“Perbualan tersebut dirakam secara diam-diam oleh Encik Jose Antonio Abellan, yang telah cuba menjual rakaman tersebut sejak bertahun lalu tanpa berjaya.

“Mengejutkan la juga sekarang ni, walaupun benda tu dah lama berlalu, akhbar El Confidencial, laporkan pula hari ini.”

Perez sebelum ini dikecam teruk kerana menubuhkan Super League dengan mendakwa hasrat beliau adalah untuk menyelamatkan dunia bola sepak.

Namun selepas Super League terkubur, beliau mendakwa yang kelab tidak akan mampu untuk menandatangani Erling Haaland dan Kylian Mbappe kerana ESL sudah tiada.

Jadi jelas yang beliau menubuhkan Super League hanya kerana memikirkan kewangan dan bukanlah kerana mahu menaikkan martabat bola sepak.

Sumber: SB

BACA:  Real Madrid Hanya Bayar €30 Juta Untuk Pengganti Cristiano Ronaldo