Giroud: Perpindahan Ke Chelsea Bantu Lonjak Prestasi Bersama Perancis

Penyerang Chelsea, Olivier Giroud berkata tindakan beliau meninggalkan Arsenal pada jendela perpindahan Januari lalu merupakan faktor utama prestasinya berada pada tahap tertinggi menjelang Piala Dunia yang bakal bermula tidak lama lagi.

Giroud merupakan sebahagian daripada skuad 23 pemain yang dipanggil jurulatih Perancis, Didier Deschamps untuk menghadapi kejohanan bolasepak paling berprestij di Russia bulan hadapan. Deschamps memanggil 4 penyerang untuk menganggotai skuad Perancis tetapi Giroud dijangka bakal mengisi posisi penyerang utama pasukan bersama Antoine Griezmann.

Jirud percaya keputusan untuk meninggalkan Arsenal berjaya melonjakkan prestasi beliau. Ouch

Dalam perlawanan pemanas badan menentang Republik Ireland kelmarin, Giroud beraksi cemerlang membantu Perancis menang 2-0, dimana beliau berjaya menjaringkan gol pembukaan selepas berlaku kelam kabut di hadapan pintu gol Ireland. Satu lagi gol disumbangkan oleh pemain Lyon yang menjadi sasaran Liverpool, Nabil Fekir.

Di peringkat kelab pula, Giroud memainkan peranan penting dalam membantu Chelsea menewaskan Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA tempoh hari, sekali gus mengakhiri musim ini dengan sesuatu yang boleh diraikan.

Dalam satu temuramah bersama ESPN, Giroud telah ditanya sama ada prestasi cemerlang yang dipamerkan beliau ketika ini bersama Perancis berpunca daripada tindakan beliau meninggalkan Arsenal Januari lalu.

“Saya perlu membuktikan kembali kemampuan saya di Chelsea. Saya sering kali bernasib baik dalam hal membuat keputusan, dimana kebanyakannya adalah keputusan yang tepat. Walaupun demikian, bolasepak bukan hanya mengenai membuat keputusan yang tepat sahaja.”

Dalam ramai-ramai penyerang yang Perancis bawa, Jirud tetap menjadi pilihan no.1 Didier Deschamps

“Anda perlu membuktikan kemampuan anda juga. Saya diberi peluang untuk mempamerkan kemampuan saya dan saya sangat gembira mendapat peluang tersebut. Karier saya semakin berkembang di peringkat kelab sekarang.”

“Saya berasa baik di Chelsea dan tindakan menyertai Chelsea merupakan cabaran baru yang perlu saya ambil bagi mengembangkan karier bolasepak saya, termasuk juga untuk beraksi di Piala Dunia.”

“Saya berjaya mempamerkan prestasi yang baik bersama Chelsea dan ia banyak membantu meningkatkan lagi keyakinan saya. Saya perlu berada di tahap yang baik untuk bermain dengan Perancis.”

Jirud cepat menyesuaikan diri di Chelsea

Giroud mempamerkan kekuatan beliau ketika menjaringkan gol pembukaan Perancis menentang Republik Ireland kelmarin. Beliau berjaya memenangi bola di udara dan menanduk ke arah gol tetapi ditepis penjaga gol Ireland. Walaugaimanapun, Giroud merupakan pemain paling pantas bertindak dengan menolak masuk bola muntah tersebut ke dalam gawang.

Gol tersebut merupakan  gol ke-31 beliau di peringkat antarabangsa dari 72 perlawanan dan kini beliau menyamai jumlah jaringan legenda Perancis, Zinedine Zidane di kedudukan ke-4 dalam senarai penjaring terbanyak Perancis sepanjang zaman.

“Saya sangat bangga dengan pencapaian tersebut. Zizou merupakan legenda bolasepak Perancis dan dari segi pencapaian peribadi, saya sangat puas dengan rekod tersebut.”

BACA:  Fabregas Sedih Melihat Reputasi Arsene Wenger Tercemar