Gol Tiki Taka Al Sadd Bukti Xavi Layak Jadi Pengurus Barcelona

Xavi Hernandez boleh diangkat sebagai antara pemain tengah terbaik dunia ketika dia bermain untuk Barcelona dan pasukan kebangsaan Sepanyol dan dia telah merasai semua piala yang pasukannya sertai.

La Liga, Copa Del Rey, Liga Juara-Juara UEFA, Piala Dunia Kelab – senarai piala yang dijulangnya bersama Barcelona, manakala sepanjang dia menabur bakti bersama Sepanyol, Xavi telah berjaya menjulang Piala Dunia 2010 dan Kejohanan Eropah 2008 dan 2012.

Selepas meninggalkan kelab, kepulangannya sebagai jurulatih memang sangat dinantikan oleh para penyokong.

Bersama Al-Saad, Xavi telah berjaya menerapkan permainan tiki-taka mirip ketika dia bermain di bawah kendalian Pep Guardiola. Pada musim ini, setakat tujuh perlawanan Qatar Stars League, pasukannya sedang mendahului liga dengan memenangi kesemua perlawanan dan menjaringkan 29 gol!

Bekas rakan sepasukan Xavi, Andres Iniesta, sebelum ini telah menyatakan bahawa Xavi sudah bersedia untuk kembali ke Nou Camp dan memacu kebangkitan La Blaugrana.

Ketika ini juga nama Xavi juga telah berada dalam senarai teratas untuk menggantikan Ronaldo Koeman yang dipecat sejam selepas kekalahan kepada Rayo Vallecano di La Liga.

Kelab gergasi La Liga itu telah mengambil langkah kawalan dan pencegahan kerosakan lebih awal bagi membina kembali pasukan dengan mencari pengurus baru.

Khabar angin telah bertiup dengan kencang bahawa Xavi telah pun dihubungi oleh Barcelona dan setakat ini tiada pengumuman rasmi dibuat.

Tiki Taka Bersama Al Sadd

Xavi dengan jayanya telah menyerapkan teknik permainan tiki-taka kedalam skuad kendaliannya, Al Sadd, dan ianya membuktikan beliau sudah bersedia untuk kembali ke Nou Camp sebagai pengurus.

Legenda Sepanyol itu sebelum ini sering dikaitkan dengan kepulangan semula ke Nou Camp sebagai pengurus, dan beliau sendiri menyatakan bahawa hal itu akan terjadi tidak lama lagi pada awal tahun 2020.

Beliau memutuskan untuk kekal dalam saingan liga utama Qatar pada tahun lalu dan aksi tiki taka telah disajikan untuk gol keempat ketika Al Sadd menang 4-1.

Namun, perkara paling menarik untuk dibincangkan adalah gol keempat skuadnya, yang mana jaringan tersebut tak ubah seperti taktikal Pep Guardiola ketika bersama Barca.

Gerakan hantaran yang kemas, cantik dan teratur dari kawasan pertahanan sehingga ke posisi serangan dengan trick yang sempurna dan berjaya disudahi dengan jaringan yang sangat menarik.

Gerakan tersebut ternyata gagal dihalang dan disekat oleh barisan pemain Baghdad Bounedjah hingga gawang gol mereka dibolosi oleh Al Sadd.

Saingan Qatar Stars League mempunyai kualiti yang lebih rendah dari La Liga secara keseluruhannya, namun, Xavi mampu untuk menguruskan pasukan beliau seperti itu, pastinya bakal menggembirakan para peminat Barcelona.

Para peminat gergasi Catalan itu merasakan pasukan mereka kini sudah kehilangan identiti dan melihat legenda kelab mereka berjaya membawa tiki taka bersama Al Sadd pastinya membuat mereka semakin teruja untuk menyambut kepulangan semula Xavi ke Nou Camp.

Beberapa musim lalu, Xavi dikatakan telah menolak lamaran Barcelona kerana belum bersedia untuk memegang tanggungjawab yang besar itu dan Ronald Koeman yang juga legenda kelab telah dilantik sebagai pengurus.

Peminat turut memberi reaksi terhadap gol keempat Al Sadd itu dan mereka sangat berharap agar Xavi akan dipanggil segera untuk mengurus Barcelona.

Xavi sebelum ini telah beraksi bersama Barcelona selama tempoh hampir 17 tahun dan beliau mempunyai DNA yang dicari oleh peminat untuk membawa Barca kembali ke landasan sebenar.

“Saya gembira dapat pengalaman dalam menjadi jurulatih dan terus mencabar diri saya, tapi sudah tentu ianya akan menjadi keutamaan saya untuk mengurus Barca satu hari nanti.”

Jelasnya kepada El Pais.

“Saya mahukan skuad impian, dengan Jordi Cruyff, Carles Puyol dan beberapa pemain sedia ada sekarang.”

“Saya mahu membina satu skuad dengan orang-orang penting yang mengenali kelab, orang yang saya percaya dan akan setia bersama saya.”

Kini kekosongan sekali lagi ada di Barcelona untuk Xavi membuktikan bahawa beliau sememangnya layak untuk mengembalikan kegemilangan Barcelona atau sekadar mengikut jejak Ole Gunnar Solskjaer atau Frank Lampard.

Koleksi video permainan Tiki Taka Al Sadd di bawah bimbingan Xavi.

BACA:  Keunikan Maestro Tengah Barcelona, Sergio Busquests Tiada Tandingan