Graham Potter Happy Sangat Tengok Chelsea Main Cantik, Tanda 1 Langkah Ke Hadapan

Pengurus Chelsea menghamburkan kata kata pujian penuh ikhlas kepada pasukannya. Kerana menurutnya, pasukan Chelsea benar benar menghiburkan hatinya yang melihat di tepi padang.

Chelsea tersingkir daripada Piala Carabao selepas kalah 2-0 di tangan Manchester City di Etihad.

Manchester City meningkatkan tekanan ke atas Graham Potter dengan kemenangan 2-0 ke atas Chelsea untuk mara ke pusingan 16 terakhir Piala Liga pada hari Rabu.

Perlawanan kali ini merupakan perlawanan tumpuan untuk aksi Piala Carabao. Ianya menemukan 2 gergasi Liga Perdana Inggeris.

Dalam keputusan lain, The Gunners dikalahkan 3-1 di tempat sendiri oleh Brighton, manakala Spurs bersusah payah untuk tewas 2-0 di Nottingham Forest.

Juara bertahan Liverpool juga terselamat daripada keseraman dan kengerian kerana mereka memerlukan magis sepakan penalti untuk menewaskan Derby dari Liga Satu selepas seri 0-0 di Anfield.

Man City memenangi pertarungan dua pasukan di Etihad apabila dua gol dalam lima minit separuh masa kedua dari Riyad Mahrez dan Julian Alvarez meletakkan anak buah Pep Guardiola itu mara ke pusingan seterusnya.

Mahrez melencongkan sepakan percuma cemerlang dari tepi kotak untuk memecahkan kebuntuan selepas 45 minit pertama yang sukar.

Alvarez kemudian memanfaatkan peluang lain dengan menjaringkan gol ketiganya musim ini.

“Julian adalah pemain yang luar biasa,” kata Guardiola.

“Sudah tentu dia perlu melawan mungkin penyerang terbaik di dunia, Erling, tetapi Julian menunjukkan banyak perkara yang dia boleh lakukan.”

Graham Potter pula memuji muji prestasi pasukannya yang menurutnya sudah menunjukkan kepada peminat bahawa mereka benar benar banyak berubah kepada kebaikan pada ketika ini.

Graham Potter gembira dengan ciptaan peluang yang banyak dihadirkan Chelsea. Dia juga memberikan pujian ke atas semangat melawan para pemainnya. Di mana Potter menyifatkan para pemainnya sudah melakukan apa yang termampu dengan berusngguh sungguh.

Cuma agak malang kerana gagal untuk menjadi pemenang dalam perlawanan ini. Secara keseluruhan, Chelsea sudah bermain bola sepak yang cantik dan menghiburkan hati Graham Potter.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, pakar taktikal itu berkata: “Saya sangat suka dengan persembahan pasukan kami hari ini. Kami mencipta beberapa peluang gol yang bagus.”

“Pada pandangan saya, kami bermain bola sepak yang sangat bagus. Kami menyerang dengan kejelasan dan idea yang bagus. Dan, ya! pemain pemain sudah memberikan segalanya.”

“Sebab tu kami kecewa apabila kalah, itu sudah pasti.”

“Namun kami sudah melangkah selangkah ke hadapan dari segi persembahan di atas padang.”

“Pada separuh masa pertama kami mencipta beberapa peluang keemasan dengan Christian dan Lewis seingat saya. Dan pada separuh masa kedua pun kami ada beberapa peluang yang bagus.”

Akhir sekali Potter menyatakan bahawa mereka baik baik sahaja dengan kekalahan kali ini kerana misi utama mereka adalah untuk meningkatkan lagi beberapa aspek permainan mereka.

Graham Potter menambah: “Jadi, ianya baik baik sahaja. Kami ada perkara yang kami mahu tingkatkan lagi.”

“Dan sekali lagi, dari segi cara kami mahu bermain, macamana ianya kelihatan di atas padang. Saya boleh katakan, aksi pasukan kami kali ini jauh lebih baik.”

Chelsea sudah pun tersingkir 1 pertandingan musim ini. Mereka masih ada misi untuk menjuarai EPL dan UCL.

Graham Potter mulai mendapat kritikan daripada segelintir peminat Chelsea yang mempersoalkan kredibiliti pengurus itu menguruskan pasukan sebesar Chelsea.

Potter dilantik menggantikan Thomas Tuchel beberapa bila lalu.

BACA:  Senarai Kelemahan Utama Yang Ada Pada Liverpool, Chelsea dan Manchester City