Griezmann Mahu ‘Tidur’ Bersama Trofi Piala Dunia Selepas Bantu Tumbangkan Croatia

Penyerang antarabangsa Perancis, Antoine Griezmann bercadang mahu membawa balik trofi Piala Dunia ke biliknya selepas memainkan peranan penting dalam membantu Perancis merangkul Piala Dunia buat kali ke-2 dalam sejarah.

Griezmann menginspirasikan skuad Perancis dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2018 dengan menyempurnakan satu sepakan penalti disamping mencatatkan dua assists bagi dua gol Perancis yang lain. Perancis memenangi Piala Dunia buat kali ke-2 dengan menewaskan Croatia 4-2 di Stadium Luzhniki.

Pemain Atletico Marid ini telah menjaringkan 11 gol dan membuat bantuan gol dalam 9 perlawanan pusingan kalah mati di kejohanan utama (Piala Dunia dan Euro) untuk Perancis lebih banyak dari mana-mana pemain Perancis dalam tempoh 50 tahun dihadapan Zidane(8) dan Platini(6)

Griezmann terlampau gembira sehingga mahu membawa pulang trofi Piala Dunia ke biliknya. Perkara yang sama juga pernah berlaku di Malaysia tidak lama dahulu

Perlawanan itu dihadiri beberapa tetamu VIP antaranya adalah Presiden Russia, Vladimir Putin dan juga presiden kedua-dua negara bertanding, Emmanuel Macron (Perancis) dan Kolinda Grabar-Kitarović (Croatia).

Skuad Perancis dijangka tiba di Perancis hari ini dan Griezmann sudah merangka rancangan bagaimana untuk meraikan pencapaian cemerlang tersebut.

“Saya tidak tahu dimana saya berada sekarang ! Saya sangat gembira.”

“Croatia bermain dengan sangat baik. Ia perlawanan yang sukar buat kami kerana kami bermula agak perlahan.”

Gua champion la !

“Kami berjaya mencipta perbezaan sedikit demi sedikit menerusi counter attack. Kami sudah tidak sabar untuk membawa pulang trofi ini ke Perancis. Saya sangat gembira kerana dapat menjaringkan gol dalam perlawanan akhir.”

“Saya teragak-agak untuk melakukan panenka ketika mengambil penalti tersebut. Saya akan tidur dengan trofi ini !”

Dalam perlawanan yang sarat dengan gol, Perancis terlebih dahulu membuka jaringan menerusi gol sendiri daripada Mario Mandzukic yang tertanduk bola ke gawang Croatia sendiri berikutan sepakan percuma yang diambil Griezmann.

Kelebihan Perancis tidak berkekalan lama kerana pemain sayap Inter Milan, Ivan Perisic berjaya menyamakan kedudukan 10 minit berselang. Ketika separuh masa pertama hampir tamat, Perisic menjadi ‘hero to zero’ apabila bola terkena tangan beliau dalam kotak penalti.

Pengadil perlawanan, Nestor Pitana mengambil masa yang agak lama kerana merujuk VAR sebelum memberikan penalti kepada Perancis. Griezmann meneruskan rekod bersih penalti beliau di Piala Dunia dengan menjaringkan gol kedua Perancis dalam perlawanan tersebut.

Croatia memulakan separuh masa kedua dengan garang tetapi barisan pertahanan Perancis teguh bertahan. Croatia tersentak apabila Paul Pogba berjaya merembat deras bola menewaskan Subasic untuk gol ke-3 Perancis pada minit ke-59.

Ref bingung dan terpaksa merujuk VAR sebelum hadiahkan Perancis penalti

Tidak lama selepas itu, kali ini giliran Kylian Mbappe pula mencipta nama selaku penjaring apabila merembat bola dari luar kotak penalti untuk gol ke-4 Perancis. Kapten Perancis, Hugo Lloris memberi harapan palsu kepada Croatia dengan melakukan aksi ‘Karius’ pada minit ke-69 untuk gol ke-2 Croatia yang bijak diambil kesempatan oleh Mandzukic.

Perancis mengeluarkan Olivier Giroud tidak lama kemudian dan tiada lagi tambahan gol untuk kedua-dua pasukan. Sesungguhnya Giroud adalah hero sebenar Perancis walaupun gagal mencatatkan sebarang gol di Russia.

BACA:  Deschamps Kritik Penyokong Perancis Yang Mengecam Pogba