Guardiola Intai Peluang Pancing Mitoma Sebagai Pengganti Mahrez

Manchester City dilaporkan melihat Kaoru Mitoma sebagai pengganti kepada Riyad Mahrez.

Mahrez beraksi selama lima musim bersama City namun memilih untuk menyertai kelab Saudi Pro League, Al Ahli dengan yuran perpindahan £30 juta pada bulan lalu.

Berjaya meraih gelaran treble pada musim lalu, City sudah pun menyenarai pendekkan bintang Crystal Palace Michael Olise, dan pemain sayap Renne Jeremy Doku sebagai pemain berpotensi mengisi kekosongan ditinggalkan bintang Algeria itu.

Dan laporan terkini dari UK turut mengaitkan pemain sayap sensasi Brighton dan Jepun, Kaoru Mitoma yang dikatakan berjaya menarik perhatian Pep Guardiola.

Pemain berusia 26 tahun itu mencuri tumpuan pada musim lalu apabila menjaringkan 7 gol daripada 24 penampilan.

Mitoma menyertai Brighton pada Ogos 2021 sebelum dipinjamkan ke kelab Belgium, Union St Gilloise selama semusim.

Mitoma yang merupakan tunjang utama skuad Jepun di Piala Dunia di Qatar kemudiannya membantu skuad kendalian Roberto de Zerbi layak ke Eropah pada musim lalu.

Menurut laporan pemain itu masih mempunyai kontrak selama dua tahun bersama Brighton.

Dan selepas kehilangan pemain tengah Alexis Mac Allister kepada Liverpool dan penjaga gil Robert Zanchez kepada Chelsea, sudah pasti ia amat sukar untuk melihat Brighton terus membenarkan pemain terbaik mereka pergi.

Malah pada masa ini Brighton sudah menolak tiga bidaan daripada Chelsea yang mahu mendapatkan Moises Caicedo.

Man City pula baru sahaja melengkapkan perpindahan pemain pertahanan Josko Gvardiol dengan nilai £78 juta daripada kelab Bundesliga, RB Leipzig.

Pemain itu turut ditawarkan kontrak selama lima tahun dan pemain kedua yang dibawa masuk oleh City pada musim panas ini itu akan memakai jersi No.24.

BACA:  Peminat Man United Anggap Treble Mereka Teragung Bukannya Treble Menipu Macam City