Pelumba Moto2 Malaysia, Hafizh ‘El Pescao’ Syahrin akan memulakan perlumbaan di hari ahad dari petak ke-4(P4) selepas menamatkan pusingan kelayakan dengan catatan 2 minit 2.145 saat.
Perlumbaan MotoGP di Automotodrom Brno, Czech ini menjadi pencapaian paling cemerlang Hafizh Syahrin dipusingan kelayakan untuk musim ini.
🅿️4⃣ @Hafizh_pescao55
🅿️1⃣5⃣ @aroncanet44 @openbank_es pic.twitter.com/BBCDLafBrL— Aspar Team MotoGP (@AsparTeam) August 8, 2020
Bercakap kepada Harian Metro El Pescao mengakui kejayaan ini diraih kerana perubahan ‘setup’yang dilakukan pasukannya ke atas jentera selepas sesi ujian bebas.
Dengan setup baru ini, prestasi jentera dapat dipertingkatkan dan cemerlang pada pusingan kelayakan.
“Alhamdulillah kami berjaya meraih P4, kami sudah menunjukkan peningkatan sejak hari pertama. Kami mengadakan sesi perbincangan yang agak lama semalam dan akhirnya berjaya mengubah jentera ini jadi lain dari yang lain.”
Ready…
set…
Good luck @aroncanet44 @Hafizh_pescao55!! pic.twitter.com/ofKPZHuFJa
— Aspar Team MotoGP (@AsparTeam) August 8, 2020
Untuk perlumbaan esok Hafizh Syahrin akan memberikan yang terbaik dan menyasarkan kedudukan lima terbaik.
“Esok pada hari perlumbaan kami akan cuba yang terbaik dan kepantasan antara kami semua lebih kurang. Saya harap tidak melakukan kesilapan, fokus dan memberikan yang terbaik. Sasaran kami adalah meraih kedudukan lima terbaik tapi kalau dapat menaiki podium ia adalah bonus.”
Pole position atau petak pertama telah diraih oleh pelumba Amerika Syarikat, Joe Roberts dari pasukan Tennor American Racing dengan catatan 2 minit 1.692 saat.
Congratulations @Joerobertsracer! 🥇
Quickest man all weekend @SamLowes22 joins him on the front row with #AndaluciaGP winner @eneabastianini in P3! 👏#CzechGP 🇨🇿 | #Moto2 pic.twitter.com/TeeyFYJSAN
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) August 8, 2020
1. Joe Roberts – 2:01.692
2. Sam Lowes – 2:01.822
3. Enea Bastiani – 2:01.881
4. Hafizh Syahrin – 2:02.145
Masa yang dicatatkan oleh Joe Roberts nyata sukar untuk dikejar dan disaingi oleh pelumba lain dan meraih pole position kedua dalam kariernya.
It's a second-ever pole position for @Joerobertsracer! 🥇
The demons and struggles of Jerez have well and truly been done away with! 👊#CzechGP 🇨🇿 | #Moto2 pic.twitter.com/P7vTQ5kN2i
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) August 8, 2020
Sementara itu, Johan Zarco telah meraih pole position dalam pusingan kelayakan MotoGP dengan catatan masa 1 minit 55.687 saat.
Johan Zarco seakan semakin bersebati dengan jentera Ducatinya dan mula mendapat rentak seperti dulu.
Ini merupakan pole position pertama Zarco sejak MotoGP Malaysia 2018 dan pole position pertama Ducati sejak MotoGP Motegi juga pada musim 2018.
A sweet moment for @JohannZarco1! 🇫🇷
His first pole since Malaysia 2018, and Ducati's first since Motegi the same season! 😎#CzechGP 🇨🇿 pic.twitter.com/cWykYtfGcf
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) August 8, 2020
Tempat kedua dan ketiga pula diisi oleh pelumba Yamaha SRT, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.
Sementara itu lagenda hidup MotoGP, Valentino Rossi akan memulakan perlumbaan esok ditangga ke-10 dan mungkin masih bergelut dengan masalah tayar.
ALLEZ ALLEZ! 🇫🇷@JohannZarco1 pips @FabioQ20 for pole position in a French 1-2 ahead of @FrankyMorbido12! ⏱️@MonsterEnergy | #CzechGP 🇨🇿 pic.twitter.com/JOgF87FUL8
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) August 8, 2020
Dalam sesi latihan bebas Rossi telah gagal mencatatkan masa yang baik dan menyalahkan permukaan litar berlubang dan tidak rata serta masalah cengkaman tayar.
Ini bukanlah pertama kali The Doctor bergaduh dengan tayar dan agak terseksa dengan masalah itu.