Hampir 2 Juta Rakyat Inggeris Mahu Menteri Guna Kuasa Parlimen Usir Haaland

Satu petisyen dibuat oleh rakyat Inggeris untuk mengusir Erling Haaland dari tanah mereka. Ianya kerana mereka merasakan bahawa Haaland bukan manusia tetapi robot.

Lantas mereka mahu pemain itu segera meninggalkan Manchester City.

Pengurus legenda Manchester City, Josep Pep Guardiola, hanya memberikan reaksi ketawa sebaik sahaja mendengar petisyen untuk mengusir Erling Haaland.

Dalam sesi sidang media sebelum perlawanan menentang Southampton, wartawan yang menemu bual Pep Guardiola turut menyebut petisyen berkenaan Erling Haaland.

Erling Haaland mampu menjaringkan 20 gol dan 13 perlawanan dalam semua pertandingan untuk Manchester City.

Rekod ini membuatkan Erling Haaland digelar bak mesin atau robot kerana kebolehan menjaringkan gol yang tidak munasabah.

Justeru, penyokong kelab saingan turut membuat dua petisyen yang mengandungi hasrat untuk memecat Haaland daripada Liga Perdana.

Kira kira hampir 2 juta rakyat Inggeris sudah menandatangani petisyen itu.

Petisyen itu sudah tentu hanyalah gurauan dan Pep Guardiola membalas dengan nada yang sama.

“Saya tahu petisyen itu hanya gurauan, tetapi saya akui ia satu gurauan yang bagus,” kata Guardiola kepada Mirror.

Bagaimanapun, Pep Guardiola turut mengakui Haaland sememangnya pemain yang mempunyai prestasi luar biasa musim ini.

Pep Guardiola sendiri tidak terkejut dengan ketajaman Haaland seperti yang diluahkan pelbagai pihak.

Menurut Guardiola, prestasi cemerlang Haaland ketika ini boleh dijelaskan secara khusus.

Rekod Haaland adalah hasil daripada kehebatan individu dan kualiti rakan sepasukan di sekitarnya.

“Haaland mempunyai kepekaan yang tinggi sebagai pemain bola sepak dengan mempamerkan reaksi semula jadi apabila dia melihat bola,” kata Guardiola.

“Pemain seperti ini tidak dilatih oleh pengurus tetapi mempunyai kebolehan semula jadi,” tambah Guardiola.

haaland dedah

Guardiola juga menegaskan bahawa dia berterima kasih kerana Haaland mahu memilih pasukannya walaupun beberapa kelab lain meminatinya.

Guardiola juga berjanji untuk menyediakan persekitaran yang terbaik untuk menyokong penyerang itu.

Begitu syulit untuk mengawal Haaland ketika ini. Dia malah sudah mencetak 3 hatrik EPL hanya dalam 8 perlawanan liga pertamanya bersama kelab Manchester City.

Haaland mungkin akan mennjadi senjata sebenar City untuk menjulang UCL musim ini.

BACA:  Pep Guardiola Percaya Seluruh England Kini Mengharap Liverpool Menjuarai Liga Berbanding City