Hantaran Membelah Padang Bale Mencari Ramsey Yang Sungguh Menakjubkan

Hantaran membelah padang Gareth Bale mencari Aaron Ramsey ketika aksi bertemu Turki berjaya memukau peminat seluruh dunia.

Ia merupakan kombinasi assists dan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan dari kedua-dua bintang Wales itu.

Bintang Real Madrid itu awalnya gagal memberikan impak pada skuad kebangsaan Wales ketika aksi perlawanan pertama kumpulan A bertemu Switzerland.

Bale jelas tidak menunjukkan tahap persembahan terbaiknya ketika itu selepas hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 sahaja.

Walau bagaimanapun, beliau berjaya memberikan impak yang sangat positif ketika aksi perlawanan bertemu Turki yang dilangsungkan di Baku awal pagi tadi.

Gareth Bale berjaya melakukan hantaran membelah padang yang super cantik dan padu dari tengah padang mencari Aaron Ramsey yang berada dalam kotak penalti Turki.

Ramsey yang bijak bergerak melepasi pemain pertahanan untuk memenangi bola hantaran Bale dengan tenang mendada bola terlebih dahulu sebelum melepaskan rembatan padu menewaskan Ugurcan Cakir.

Vision yang ditunjukkan oleh Bale dengan ketepatan hantarannya sungguh luar biasa menakjubkan dan para peminat begitu kagum melihat hantaran tersebut.

Bale cemerlang mencatatkan dua assists dalam perlawanan ini dan ia bermaksud Bale secara tidak langsung telah terlibat dalam separuh dari gol yang berjaya dijaringkan oleh Wales dalam kejohanan tahun ini.

Para peminat kemudiannya memberikan pujian yang menggunung kepada Gareth Bale atas kepaduan bola hantaran beliau.

“Macam mana Tottenham Hotspur boleh mensia-siakan pemain macam ni? Pengalaman dia sebenarnya sangat berguna.”

“Benarlah ramai yang kata Bale pemain yang paling tak dihargai oleh peminat Real Madrid. Pemain sehebat ini pun tak di pedulikan.”

“Kualiti hantaran itu bukan mudah untuk dilakukan, jarak jauh, hantaran tepat, Bale memang luar biasa.”

“Sebabkan hantaran ini, dan assists keduanya, semua orang akan maafkan dia sebab tak berjaya sempurnakan sepakan penalti.”

Assists kedua Bale untuk Connor Roberts turut mencuri tumpuan peminat dengan melihat bagaimana beliau membawa bola di atas garisan gol sebelum membuat hantaran ke dalam kotak penalti.

Kualiti kawalan bola yang sungguh menakjubkan ditunjukkan oleh Bale dengan menari-nari di atas garisan sambil melepasi pemain lawan dan membuat hantaran tepat menemui rakan sepasukannya.

Selain dua assists yang cantik dan menakjubkan itu, Bale sayangnya terlepas peluang untuk menjaringkan gol dengan beliau mensia-siakan sepakan penalti yang dimenangi olehnya sendiri.

Beliau ketika itu telah dijatuhkan oleh Mehmet Zeki betul-betul di atas garisan kotak penalti, dengan pengadil perlawanan, Artur Soares Dias terus menghadiahkan Bale sepakan penalti.

Sayangnya beliau gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut, namun Bale mampu menarik nafas lega kerana beliau punca kepada terhasilnya kedua-dua gol kemenangan Wales dalam perlawanan ini.

Bale pada musim lalu telah menghabiskan masanya untuk beraksi bersama Tottenham Hotspur sebagai pemain pinjaman.

Beliau sering diketepikan ketika beraksi di bawah kendalian Jose Mourinho, namun begitu, Bale tetap mampu menjaringkan 11 gol dari 20 penampilan dalam aksi saingan liga.

Kemenangan menewaskan Turki meletakkan Wales di kedudukan yang lebih baik dalam kumpulan A.

Mereka selepas ini akan berdepan dengan pendahulu kumpulan yang berjaya mencatatkan dua kemenangan awal sebelum ini, Itali yang berjaya menewaskan Turki dan Switzerland.

Skuad kendalian Roberto Mancini itu selesa menewaskan Switzerland 3-0 dan mereka sebelum ini juga berjaya menewaskan Turki dengan jaringan yang sama.

Peluang untuk Wales mara ke peringkat seterusnya masih terbuka dan mereka dilihat berpeluang cerah untuk mengikuti jejak Itali mara ke pusingan 16 terbaik.

BACA:  Bale Bakal Sertai Pasukan kerdil Secara Percuma? Vincent Tan Yang Teruja?