Kerana Menunggu Liverpool Jadi Juara, Penyokong Ini Tidak Potong Rambut Sejak 2003

Uke Krasniqi tiada pertalian langsung dengan Liridon Krasniqi tetapi beliau seorang penyokong tegar bakal juara, Liverpool yang ‘bernazar’ sejak tahun 2003 lagi tidak akan memotong rambutnya sehinggalah Liverpool bergelar juara. Allahu!

Inilah kisah seorang penyokong Liverpool yang 11 tahun tidak potong rambut hanya kerana menunggu Liverpool muncul juara tetapi tempoh 11 tahun itu pada tahun 2014.

Pada tahun ini maka masuk tahun ke-17 rambut Uke ini tidak dipotong.

2014 Genap 11 Tahun Uke Krasniqi Tidak Memotong Rambut

Setiap kali kekalahan atau keserian Liverpool maka akan adalah pengomen yang akan menepek gambar berita mengenai Uke Krasniqi ini. Oleh kerana kekerapan tepekan itu maka penulis terpanggil untuk mencari siapakah lelaki itu.

Uke Krasniqi berasal dari Kosovo telah ‘bernazar’ tatkala bergurau dengan rakan tidak akan memotong rambut sehinggalah Liverpool muncul juara Liga Perdana Inggeris.

Impian Uke ini seperti impian penulis mahu melihat Malaysia ke Piala Dunia.

“Sejak 2003 secara tidak sengaja aku telah menyimpan rambut dan membiarkannya memanjang seperti mana panjangnya tempoh Liverpool untuk menjulang kejuaraan liga.

Pada 2014 genap 11 tahun usia rambutnya tatkala ketika itu Liverpool di bawah Brendan Rodgers kelihatan di landasan terbaik untuk meraih kejuaraan dan hasrat Uke untuk memotong rambut juga hampir menjadi kenytaan.

Uke dengan yakin serta tanpa malu setelah di doktrin dengan falsafah ‘This is our Year’ berkata :

“Setakat ini Liverpool telah memenangi semua gelaran kecuali gelaran liga. Sekarang kami semakin hampir” Jelas Uke Krasniqi pada tahun 2014.

Keyakinan dan kepercayaan khurafat Uke Krasniqi bahawa Liverpool bakal muncul juara pada 2014 sangatlah tinggi sehingga beliau telah membuat tempahan dengan kedai gunting untuk memotong rambut.

Kesian tukang gunting tu duk tunggu sampai 2020 tak datang-datang lagi.

Entah bagaimana perasaan Uke ni mahu melihat Gerrard menjulang piala tetapi takdir telah tertulis Gerrard tergelincir semasa berjuang menjadi juara.

Nasib Rambut Uke Krasniqi Tahun 2020

Jika benar Uke masih tidak memotong rambutnya sehingga kini maka sudah masuk 17 tahun beliau membela rambutnya dah boleh amek SPM dah rambut si Uke ni.

Dari carian yang dilakukan penulis, maka terjumpalah satu akaun muka buku yang penulis percayai milik Uke Krasniqi. Entah dah dipotong ke belum rambutnya kerana gambar terbaru kebanyakannya rambut diikat rapi.

Liverpool Juara Premier League Akhirnya!

Tanggal 26 Jun 2020 menyaksikan tertewasnya pencabar Liverpool, Manchester City di kaki Chelsea di Stamford Bridge dengan kepetusan dua berbalas satu.

Dengan baki tujuh perlawanan lagi Liverpool secara rasmi dinobatkan sebagai juara dengan kelebihan 23 mata dan tidak lagi mampu dikejar.

Maka berpesta sakanlah penyokong Liverpool meraikan kejuaraan liga yang pertama dalam tempoh 30 tahun. Penantian satu penyeksaan tapi pahit kan manis akhirnya.

Segala cerita dibuka betapa sejatinya sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan mereka yang bergelar Liverpool.

Ada yang umur belum mencecah 30 tahun sudah mendabik dada bahawa mereka sudah menunggu 30 tahun. Nampak melampau bukan tapi lantak la pasukan beliau menjadi juara.

Berbalik kepada penantian 17 tahun Uke Krasniqi untuk memotong rambut belum dapat dipastikan lagi kerana akaun Facebooknya telah ditetapkan pada tetapan privasi.

Hantaran terakhir pada Jun tahun 2019 beliau masih berambut panjang. Ciapan terbaru di Twitter juga menunjukkan tanda-tanda beliau memotong rambut.

Jika anda ada maklumat terkini mengenai rambut Uke Krasniqi silalah berkongsi di ruangan komen.

BACA:  Klopp: Liverpool Tidak Akan Jual Pemain Kepada Seteru Pada Pertengahan Musim