Hearts Memohon Maaf Selepas Terpalit Dengan Isu Perkauman Terhadap Bekas Pemain

Kelab Scotland, Hearts meminta maaf terhadap bekas pemainnya, Isma Goncalves selepas pemain tersebut mendakwa ejeken perkauman menjadi punca utama beliau mengambil keputusan untuk berpindah pada tirai perpindahana Januari lalu.

Pemain berusia 26 tahun ini berpindah ke sebuah kelab di Uzbekistan, Pakhtakor Tashkent dengan yuran perpindahan berjumlah £350,000.

Hearts kesal dengan apa yang berlaku dan mahu meminta maaf atas apa yang telah berlaku

Dalam satu temubual bersama  Edinburgh Evening News, Goncalves mendakwa beliau amat terkesan dengan ejeken perkauman daripada segelintir peminat terhadap beliau dan keluarganya.

Selepas pendedahan tersebut, Hearts telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi untuk memberi sokongan kepada bekas pemain mereka itu.

“Pihak kelab akan menghubungi Isma bagi memintaa maaf atas apa yang telah dilalui beliau dan keluarganya.”

“Pihak kelab tidak menyedari kejadian sebegini telah berlaku tetapi kami akan mengambil tindakan proaktif bagi memastikan para pemain dan keluarga dapat melaporkan insiden sedemikian rupa kepada kami dengan pantas dan mudah.”

“Salah satu perkara yang amat dipandang tinggi kelab adalah kami merupakan kelab yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Kami akan mengambil beberapa pendekatan untuk memastikan pemain dan keluarga bebas daripada sebarang perasaan prejudis,”

Masalah utama bagi pemain berkulit hitam di Eropah adalah masalah perkauman yang tidak pernah habis

Goncalves dilahirkan di Guinea-Bissau tetapi memulakan karier remajanya di Portugal. Beliau menyertai Hearts pada Januari 2017 selepas meninggalkan Anorthosis Famagusta yang berpengkalan di Cyprus.

Goncalves berjaya menjaringkan 15 gol sepanjang 42 penampilannya bersama Hearts. Beliau mengakui hatinya berat untuk meninggalkan kelab tersebut tetapi merasakan keputusan tersebut perlu diambil demi keluarganya.

“Saya tidak mahu meninggalkan Hearts pada mulanya, tetapi masalahnya keluarga saya tidak lagi menghadiri perlawanan. Terdapat sebilangan peminat melakukan ejeken perkauman terhadap saya di stadium dan keluarga saya tidak gembira dengan perkara tersebut.”

“Ia hanya melibatkan minoriti sahaja, tetapi perkara buruk daripada golongan minoriti mampu memberikan impak yang besar kepada kami sekeluarga. Keluarga saya sepatutnya dapat pergi ke stadium dengan perasaan yang selesa.”

BACA:  Friendly Match: Belanda 2-2 Scotland