Fabrizio Romano telah menghere we go kan! berita pemain tengah Chelsea dari Itali, Jorginho ke kelab musuh seLondon mereka, Arsenal dalam jam-jam terakhir selepas jendela perpindahan di tutup.
Jika frasa Here We Go! diungkapkan oleh Fabrizio Romano bermakna perpindahan hampir pasti terjadi di mana pengumuman rasmi akan dibuat selepas menjalani ujian perubatan, kecuali kes Danjuma disailang Spurs dari Everton.
Perpindahan ini telah diselepaikan dengan pantas tanpa permainan tarik tali yang berpanjangan selepas Arsenal buat pertama kali menghubungi Chelsea untuk mendapatkan pemain itu semalam.
Perpindahan Jorginho ini melibatkan yuran perpindahan bernilai £12 juta dengan kontrak selama 18 bulan dengan pilihan lanjutan selama setahun jika terbukti masih power.
Jorginho to Arsenal, here we go! Deal agreed on £12m fee, Chelsea accept conditions and documents are being prepared 🚨⚪️🔴 #AFC
Personal terms agreed, contract until 2024 with option further year.
First contact revealed yesterday night — medical booked.
Arteta, key factor. pic.twitter.com/JHm1rMTzxw
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 31, 2023
“Jorginho ke Arsenal, mari kita pergi! Perjanjian bersetuju dengan bayaran £12 juta, Chelsea menerima syarat dan dokumen sedang disediakan 🚨⚪️🔴 #AFC”
“Terma peribadi dipersetujui, kontrak sehingga 2024 dengan pilihan lanjutan tahun seterusnya.”
“Hubungan pertama didedahkan malam semalam — perubatan ditempah.”
“Arteta, faktor utama.”
🚨 Arsenal have agreed deal with Chelsea to sign Jorginho. Worth £12m & personal terms in place on contract to summer 2024 + option to extend by 1yr. Expected at #AFC training ground today to undergo medical + complete #DeadlineDay move @TheAthleticFC #CFC https://t.co/6fK3jlyB8J
— David Ornstein (@David_Ornstein) January 31, 2023
Jorginho boleh menjadi pemain tambahan yang berguna untuk memberikan Arsenal lebih kekuatan di bahagian tengah, dengan Mikel Arteta kekurangan pilihan di belakang Thomas Partey dan Granit Xhaka.
Walaupun Moises Caicedo adalah keutamaan Arsenal, nampaknya pendirian Brighton untuk mengekalkan pemain itu terbukti terlalu kuat, dan mereka telah beralih kepada Jorginho sebagai alternatif.
Jorginho baru berusia 31 tahun dan pastinya pengalaman serta kemahiran yang dimiliki pemain itu akan menambahkan lagi sengat bahagian tengah Arsenal yang memburu gelaran juara Premier League.
Jorginho merupakan rakyat Brazil yang telah ditakdirkan menjadi hero pasukan Itali apabila membawa Azurri menjuarai kejuaraan Eropah, EURO 2022 dengan menewaskan England.
🏆 Champions League
🏆 European Championship
🥇 UEFA Men's Player of the Year
❓ Ballon d'OrRemember when Jorginho was too slow for the Premier League? 🥴 pic.twitter.com/PSt311zlce
— GOAL (@goal) September 2, 2021
Tahun 2021 merupakan kemuncak kepada karier Jorginho bersama Chelsea dan juga Itali dan telah disebut-sebut sebagai calon juara Ballon d’Or namun kecundang jua akhirnya.
Tidak dinafikan, Jorginho merupakan antara pemain yang paling gembira sepanjang 2021 dengan beliau berjaya membantu kelab dan negaranya untuk memenangi kejuaraan Eropah.
Pemain midfield Chelsea itu merupakan antara nadi penting selain Kante yang berjaya membantu Chelsea menjuarai saingan Champions League.
Beliau juga melakukan hal yang sama ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Itali di kejohanan Euro 2020 dengan membantu skuad kebangsaannya untuk membawa pulang kejuaraan terbesar Eropah itu.
Selepas membantu Itali muncul sebagai Juara Eropah, beliau berjaya membantu The Blues untuk memenangi UEFA Super Cup dengan menewaskan Villarreal.
Jorginho merupakan antara pemain midfield yang paling teknikal dan juga dianggap terbaik dari segi sumbangan beliau di atas padang. Kena cara tahu guna dapat Jorginho yang padu.