“Here We Go” – Ten Hag Akhirnya Berjaya Dapatkan Onana

Wartawan terkemuka dunia perpindahan bola sepak Fabrizio Romano akhirnya berkata: “Here We Go!” dan mengesahkan perpindahan penjaga gol Andre Onana ke Old Trafford.

Melalui ciapan di Twitter, Onana mengesahkan Inter Milan dan Manchester United akhirnya mencapai kata sepakat mengenai stuktur yuran perpindahan berkainan penjaga gol antarabangsa Cameroon itu.

United kini dilaporkan sedang menyiapkan Visa untuk Onana terbang bersama skuad United ke Amerika Syarikat untuk jelajah pra musim.

Penjaga gol berusia 27 tahun itu kemudiannya dijadualkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menandatangani kontrak yang sudah dipersetujui – sebelum menyertai skuad Unted.

“Andre Onana ke Manchester United, akhirnya here we go!”, Tulis Fabrizio Romano melalui ciapannya.

“Kedua-dua kelab semakin hampir untuk bersetuju [rundingan] kemudian Onana akan diterbangkan untuk pemeriksaan kesihatan dan menandatangani kontrak [bersama United].

“Man Utd akan mendapatkan VISA untuk Onana terbang ke USA. Ten Hag akhirnya mendapatkan penjaga gol baharu yang dia mahukan.”

Manchester United sudah lama mengejar Onana. Malah sebelum ini beberapa bidaan untuk pemain itu telah ditolak Inter yang menuntut £51 juta untuk melepaskan penjaga gol berusia 27 tahun itu.

Akhirnya kedua-dua kelab mencapai kata sepakat untuk jumlah yang perlu dibayar dan Onana akan diumumkan sebagai rekrut kedua kelab itu dalam masa terdekat, selepas Mason Mount dibawa masuk dari Chelsea dengan nilai £60 juta.

Onana bukanlah penjaga gol asing untuk Erik ten Hag. Penjaga gol antarabangsa Cameroon itu sebelum ini pernah bekerjasama dengan Ten Hag ketika kedua-duanya masih bersama Ajax, dan melakukan 145 penampilan di bawah kendalian pengendali dari Belanda itu.

BACA:  Cubaan Bayern Munich Dapatkan Khidmat De Gea Tidak Menjadi Kenyataan Selepas Dibantah Tuchel