Terdapat laporan mengejutkan dari media Sepanyol, yang mendakwa bahawa hubungan Cristiano Ronaldo dengan pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick kini sudah benar-benar retak.
Laporan dari AS mendakwa bahawa pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu tidak fikir yang Ralf Rangnick ada kemampuan untuk mengendalikan setan merah.
Bahkan bukan hanya Cristiano Ronaldo seorang sahaja yang berkongsi perasaan tersebut, dengan ada lagi beberapa bintang besar lain dalam skuad yang turut merasakan hal yang sama.
Manchester United star Cristiano Ronaldo and interim manager Ralf Rangnick are reportedly at loggerheads with their relationship being deemed 'fractious'. https://t.co/7MiLBIxFFo
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) February 14, 2022
Tambahan pula, laporan tersebut turut mendakwa yang hubungan kedua-dua Ronaldo dan Rangnick semakin parah pada Jumaat lalu, ketika pengurus interim kelab itu mendakwa yang bintang Portugal itu tidak beraksi dengan baik di hadapan gol.
Pemain berusia 37 tahun itu gagal untuk menjaringkan sebarang gol sejak enam perlawanan terakhirnya, dengan Ralf Rangnick turut mengetepikan beliau dari senarai kesebelasan utama ketika aksi bertemu Burnley.
Ini bukanlah kali pertama hal-hal dalam kain di Old Trafford terdedah kepada media dan umum, dengan seminggu yang lalu, kecoh di media sosial bahawa pemain Man Utd menggelar pembantu Ralf Rangnick, Chris Armas sebagai ‘Ted Lasso’.
Ketika ditanya tentang para pemain sedang rasa tak gembira, legenda United Gary Neville menyatakan yang beliau langsung tak ada rasa simpati.
“Saya masih ingat ketika saya menyertai Sky dan kami ada Champions League pada awal tahun, dan saya pergi ke Napoli untuk analisis perlawanan melibatkan Chelsea.”
Jelas beliau di podcast miliknya.
“Ia adalah ketika Andre Villas-Boas merupakan pengurus mereka dan dia ketepikan pemain seperti Frank Lampard, Michael Essien, Ashley Cole, empat ke lima pemain utama.”
“Saya masih ingat duduk di sana pada waktu makan tengah hari dengan team saya dan mereka semua dapat mesej maklumat Chelsea bocor dan pengurus akan dipecat, saya duduk situ dan fikir, ‘adakah hal ini benar-benar berlaku?”
“Ejen pemain dan PR kelab sedang beritahu media pada hari perlawanan tentang apa yang sedang berlaku dalam kelab, dan itu merupakan kali pertama saya nampak semua itu dan tahu ia memang berlaku. Ia benar-benar buat saya tak selesa.”
“Itulah apa yang berlaku di Manchester United sekarang, mereka sedang lalui itu, PR team, ejen pemain dan team marketing, semua melindungi pemain masing-masing.”
“Tapi apa mereka lakukan mereka tak sedar yang ia teruk, ketika mereka pergi kepada media dan semua media itu pergi kepada kami, jadi kami tahu siapa yang dedah. Realiti adalah kami tak suka itu, tapi kami tahu siapa dia.”
“Saya rasa ia adalah hal yang tak menghormati kelab, saya tak nampak apa yang lawak dengan mereka semua menggelar pembantu Ralf Rangnick sebagai Ted Lasso dan bukan hanya biadap, saya rasa ia menjijikkan.”
A new report has claimed that Cristiano Ronaldo and Ralf Rangnick's relationship at Manchester United is totally fractured pic.twitter.com/Qw9mjjqTOs
— Naija (@Naija_PR) February 14, 2022
“Itu semua yang membuatkan saya berfikir bahawa mereka semua biadap.”
Ralf Rangnick akan melepaskan jawatan beliau sebagai pengurus kelab pada Mei nanti sebelum beliau memulakan tugas sebagai penasihat kelab.
Sportsmail melaporkan yang pengurus dari Jerman itu mahukan Erik Ten Hag yang dilantik sebagai pengurus baru Manchester United.
Walau bagaimanapun, ada laporan yang menyatakan bahawa para pemain lebih memilih pengurus PSG, Mauricio Pochettino sebagai pengurus baharu mereka.
Ralf Rangnick is right about Manchester United’s transfer priorities with Cristiano Ronaldo form #mufc https://t.co/gEUO78LPzY
— Man United News (@ManUtdMEN) February 13, 2022
Mampukah perlantikan pengurus baru nanti menyelamatkan keadaan di Old Trafford? Pulihkan keharmonian bilik persalinan dan perbaiki aksi di atas padang? Bincangkan diruangan komen.
Sumber: SPORTbible