Hugo Lloris Tidak Akan Pakai Lilitan Pelangi Di Piala Dunia

Ketua pasukan yang merangkap penjaga gol Perancis, Hugo Lloris telah memberi bayangan awal bahawa dia tidak akan memakai lilitan kapten berwarna pelangi di Piala Dunia 2022, Qatar.

Warna pelangi pada suatu ketika dahulu melambangkan satu keindahan serta keceriaan penuh warna-warni kini menjadi lambang kepada sekumpulan manusia yang merasakan mereka tersakiti.

Kumpulan manusia yang tesakiti ini merupakan antara kumpulan yang lantang menentang Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia kerana undang-undang di Qatar menafikan kewujudan mereka.

Kapten Perancis itu memilih untuk mengikut peraturan yang ditetapkan FIFA dan FA Perancis walaupun mempunyai pendapat sendiri dalam isu tersebut.

“Sebelum kita memulakan apa-apa, kita memerlukan persetujuan FIFA, persetujuan persekutuan [Perancis].”

“Sudah tentu, saya mempunyai pendapat peribadi saya mengenai topik itu. Dan ia agak hampir sama dengan presiden [persekutuan Perancis].”

Noël Le Graët, presiden FA Perancis, sebelum ini berkata beliau lebih suka pemain tidak memakainya kerana menghormati kepercayaan dan adat tempatan.

Lloris menjelaskan bahawa dia lebih suka untuk menghormati pertaturan dan budaya tuan rumah:

“Apabila kami berada di Perancis, apabila kami mengalu-alukan orang asing, kami sering mahu mereka mematuhi peraturan kami, menghormati budaya kami, dan saya akan melakukan perkara yang sama apabila saya pergi ke Qatar, secara ringkas.”

“Saya boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan idea mereka, tetapi saya perlu menunjukkan rasa hormat.”

Hugo Lloris berkata terlalu banyak tekanan dikenakan ke atas pemain dari mereka-mereka yang membantah Qatar. Bagi Lloris pemain sepatutnya hanya fokus kepada bola sepak kerana mereka adalah seorang atlit dan bukannya seorang ahli politik.

Kapten Perancis itu berkata:

“Sejujurnya, saya bersetuju [dengan sentimen FIFA], terdapat terlalu banyak tekanan ke atas pemain. Kami berada di bahagian bawah diikat dengan rantai.”

“Jika anda perlu memberi tekanan, pertama sekali ia mestilah 10 tahun lalu. Sekarang sudah terlambat.”

“Anda perlu memahami bahawa untuk pemain peluang ini berlaku setiap empat tahun dan anda mahu setiap peluang untuk berjaya.”

“Fokus mesti di atas padang. Selebihnya adalah untuk ahli politik. Kami adalah atlet.”

Komen Lloris dibuat sejurus selepas ketua FIFA Gianni Infantino dan Fatma Samoura menghantar surat kepada semua 32 negara Piala Dunia merayu agar mereka berpegang kepada bola sepak.

Presiden FIFA, Infantino dan setiausaha agung Samoura menandatangani surat yang dihantar kepada semua negara yang mengambil bahagian.

Kandungan surat itu meminta semua yang terlibat menikmati pesta bola sepak daripada terlibat dengan isu-isu yang menyelubungi kejohanan setakat ini.

Petikan dari surat itu berbunyi:

“Semua orang dialu-alukan tanpa mengira asal usul, latar belakang, agama, jantina, orientasi seksual atau kewarganegaraan.”

Lloris bagaimanapun setuju bahawa mereka akan bersuara berkaitan hak asasi manusia yang melibatkan diskriminasi buruh asing sepanjang pembinaan kompleks Piala Dunia Qatar.

“Kami tidak boleh kekal tidak sensitif terhadap isu ini,” kata penjaga gol Tottenham itu.

“Ia akan dilakukan dalam beberapa hari, atau jam, kita akan lihat.”

Seperti biasa, tindakan Lloris yang membayangkan bahawa dia tak akan memakai lilitan pelangi ini mendapat kecaman ramai pihak yang memperjuangkan kebebasan hubungan jantina.

Mereka menuduh Lloris sebagai pengecut dan tidak layak menjadi kapten.

Namun komen daripada peminat di Qatar pula mengucapkan terima kasih kepada Lloris kerana menghormati mereka, walaupun Lloris merupakan juara dunia 2018 bersama Perancis.

Hanya isu kemanusiaan dan penindasan terhadap pekerja asing yang logik disuarakan dan isu-isu lain tidak patut dimainkan kerana undang-undang Qatar dan kebanyakkan negara Asia melarang perbuatan itu.

Sesungguhnya nat dan bolt telah dicipta berpasangan apabila dipasang akan menjadi ketat, sendat dan padat.

nat dan nat atau bolt dan bolt boleh duduk bersama-sama namun bukan untuk berpasangan walaupun dipateri ia sudah jelas telah mengubah asal-usul penciptaannya.

BACA:  Maghribi Pasukan Afrika Pertama Mara Ke Separuh Akhir Piala Dunia.