Pasukan Tim Nasional (TIMNAS) sepak bola Indonesia telah mengikut jejak Malaysia apabila turut layak ke Piala Asia 2023 selepas berpesta gol membelasah Nepal dengan tujuh gol tanpa balas dan belas.
Indonesia berada dalam kumpulan A yang agak keras di pusingan kelayakan Piala Asia 2023 bersama-sama Jordan, Kuwait dan Nepal di mana Kuwait menjadi tuan rumah pusingan kelayakan ini.
Indonesia bermula langkah kanan apabila menewaskan tuan rumah Kuwait pada perlawanan pembukaan dengan jaringan 2-1 dalam aksi yang menyaksikan Sang Garuda melakukan kebangkitan selepas ketinggalan.
Indonesia kemudian tewas kepada Jordan dengan jaringan tipis 1-0 dan perlu menunggu diperlawanan terakhir bagi merebut 5 tempat naib juara terbaik untuk mara.
Indonesia's journey in the Asian Cup Qualification in Kuwait:
Kuwait 1-2 Indonesia
Indonesia 0-1 Jordan
Indonesia 7-0 NepalIncredible results. Amazing team. Historic.#ACQ2023 pic.twitter.com/QslmHd33m0
— footballIndonesia (@footballinanews) June 14, 2022
Nepal ternyata bukan tandingan Indonesia dan kemenangan tujuh gol ini melonjakkan Indonesia ke tangga kedua selaku pasukan naib juara terbaik.
Perlawanan antara Indonesia dan Nepal ini berlangsung di Stadium Antarabangsa Jaber Al-Ahmad, Jordan.
Indonesia mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Dimas Drajad dan Witan Sulaeman.
Separuh masa kedua berjalan lebih lancar untuk Indonesia, terutama Nepal sudah bermain dengan 10 pemain selepas ketinggalan satu gol.
Fachruddin Aryanto, Saddil Ramdani, Elkan Baggott, Witan, Marselino Ferdinand mencetak nama selaku penjaring dengan tambahan lima gol.
⏰ FT | 🇮🇩 @PSSI 7️⃣-0️⃣ Nepal 🇳🇵
Indonesia confirm qualification with a ruthless performance against Nepal at Jaber Al Ahmed International Stadium 🔥#ACQ2023 | #IDNvNEP pic.twitter.com/VK1cpHzOVl
— #AFCU23 (@afcasiancup) June 14, 2022
Pada minit keenam, Indonesia sudah mendahului 1-0. Hantaran lintang Asnawi Mangkualam disambut tandukan Dimas Drajad yang menyebabkan penjaga gol Nepal, Deep Karki hanya kaku melihat.
Nepal mula bertindak balas dengan pantas selepas ketinggalan. Peluang dicipta pemain Nepal, namun Penjaga gol Indonesia, Nadeo Argawinata masih mampu meneutralkan bola serangan lawan.
Indonesia mempunyai peluang yang baik pada minit ke-20. Witan Sulaeman sempat menyambar, namun bola percubaan Witan terlalu lemah mudah diselamatkan penjaga gol Nepal.
Setengah jam permainan, Indonesia terus mendominasi permainan. Peluang Indonesia hadir lagi, kali ini melalui Saddil Ramdani.
Nepal lost the match against Indonesia with 7-0 score in AFC Asian Cup Qualifiers. Nepal's dream of playing Asian Cup came to the end. pic.twitter.com/05n1dYl5Dc
— Routine of Nepal banda (@RONBupdates) June 15, 2022
Napal terpaksa bermain dengan 10 pemain pada minit ke-32. Suman Aryal dilayangkan kad kuning kedua selepas melanggar keras Asnawi Mangkualam.
Indonesia hampir menggandakan jaringan pada minit ke-34. Ricky Kambuaya melepaskan rembatan dalam kotak penalti. Penjaga gol lawan sudah tewas, tetapi bola pula tersasar di tepi gawang.
Peluang Indonesia sekali lagi disia-siakan pada minit ke-40. Rembatan bola Pratama Arhan dari tepi melebar jauh dari sasaran.
Indonesia menambahkan kelebihan kepada 2-0 pada minit ke-43. Umpanan kemas Asnawi Mangkualam telah didummy Dimas bagi membolehkan bola terus dirembat oleh Witan.
We are Indonesia! ❤️🇮🇩#KitaGaruda #MeraihImpian #TimnasDay pic.twitter.com/81lwJN9YyM
— PSSI (@PSSI) June 9, 2022
Indonesia hampir mendapat gol ketiga pada minit ke-45. Sekali lagi percubaan Indonesia tidak menemui sasaran. Skor 2-0 kekal sehingga separuh masa.
Indonesia meneruskan dominasa di separuh masa kedua. Peluang keemasan malah hadir pada minit ke-51 apabila rembatan Muhammad Rafli dari posisi sangat baik hanya tepat menuju ke arah penjaga gol Nepal.
Indonesia mendahului 3-0 pada minit ke-53. Fachruddin Aryanto menjaringkan gol yang berpunca dari tendangan sudut yang gagal dimatikan oleh Nepal.
Indonesia hanya mengambil masa seminit untuk meningkatkan kelebihan kepada 4-0. Umpanan Rafli lambung tinggi ke udara ke dalam kotak penalti segera sudahkan oleh Saddil Ramdani.
#LiveBolanet FT: Indonesia 7-0 Nepal (6' DImas Drajad, 43' 81' Witan Sulaeman, 54' Fachrudin, 55' Saddil, 80' Elkan, 90' Marselino)
.
Timnas Indonesia pesta gol dan pastikan diri Lolos ke Piala Asia 2023!📷: PSSI pic.twitter.com/baBEpPaPNN
— Bola (@Bolanet) June 14, 2022
Elkan Baggott menambah satu lagi gol untuk membawa Indonesia mendahului 5-0 pada minit ke-79. Baggott berjaya melepaskan rembatan dari luar kotak penalti.
Seminit kemudian, Indonesia menambah kelebihan kepada 6-0. Marselino Ferdinand menutup perlawanan ini untuk membawa Indonesia menang 7-0.
Indonesia menang dan layak ke Piala Asia 2023.
Kali terakhir Indonesia muncul dalam Piala Asia adalah pada tahun 2007. Ketika itu, Indonesia menjadi tuan rumah bersama beberapa negara Asia Tenggara yang lain iaitu Malaysia, Thailand dan Vietnam.
Pasukan Kebangsaan Indonesia: Nadeo Argawinata; Fachruddin Aryanto, Rizky Ridho, Elkan Baggott; Asnawi Mangkualam, Marc Klok, Ricky Kambuaya, Pratama Arhan; Saddil Ramdani, Witan Sulaeman, Dimas Drajad.