Selepas pengalaman ngeri gagal melayakkan diri ke piala dunia pada 2018, Itali terus berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki prestasi pasukan mereka.
Reputasi mereka calar. Diserang dan dihentam oleh semua pihak dari kiri dan kanan. Itali gagal ke Piala Dunia merupakan satu malapetaka bagi peminat bola sepak Itali.
Itali memecat Gian Piero Ventura dan melantik Roberto Baggio sebagai pemangku.
Gian Piero dianggap jurulatih yang tidak tahu apa-apa ataupun clueless. Malah ada insiden di mana Daniel De Rossi enggan dimasukkan kerana menurut De Rossi, Gian Piero patut memasukkan penyerang yang sedang dalam prestasi terbaik ketika itu iaitu Insigne, bukannya beliau.
Itulah pertama kalinya De Rossi buat hal tak mahu ikut cakap Coach. Semuanya kerana beliau mahu Itali layak ke Piala Dunia. Dan merasakan tindakan Coach ketika itu tak betul.
Gianluigi Buffon hanya mampu menangis dan meminta maaf kepada penyokong dan berjanji bahawa Itali akan bangkit dengan para pemain muda yang mereka ada.
Itali kemudiannya berjaya mendapatkan Roberto Mancini. Setelah dilaporkan beberapa sesi pujuk memujuk untuk meyakinkan pengurus itu menggalas tugas di Itali.
Mancini ternyata memiliki aura yang kuat. Tugasan kelayakan Euro 2020 kaki ini benar-benar menunjukkan karakter beliau sebagai orang selayaknya menjadi pengurus Itali.
Mancini tegas dalam rutin latihan dan para pemain mengakuinya. Disiplin sentiasa menjadi perkara yang ditekankan oleh Roberto Mancini.
Mancini juga tidak takut. Dan beliau berani mengketengahkan bakat muda yang ada di Itali Sebab sebelum ini Itali dikritik terlalu bergantung kepada kuda tua, kecuali beberapa pemain istimewa.
Sedangkan beberapa pemain muda lagi perlu diberikan peluang untuk meningkatkan potensi mereka.
Dalam aksi kelayakan Euro 2020 yang terakhir menentang Armenia, mereka menang 9-1.
Mereka merajai kumpulan J. Menang kesemua 10 perlawanan kelayakan. Mereka tiada masalah untuk melepasi kumpulan ini seperti yang diramalkan dan sepatutnya berlaku kepada pasukan seperti Itali.
Itali yang terkenal dengan gaya permainan bertahan yang tidak boleh bawa bincang menjaringkan 37 gol sepanjang kempen kelayakan. Ianya purata hampir 4 gol setiap perlawanan.
Itali cuma bolos 4 gol sahaja dalam 10 perlawanan kelayakan yang turut menempatkan Finland, Greece, Armenia, Liechtenstein, dan Bosnia Herzegovina.
Menjadikan mereka antara pasukan paling solid dalam kelayakan pada kali ini.
Tidak cukup dengan itu, mereka mencatatkan rekod 11 kemenangan antarabangsa berturut-turut, menjadikan mereka pasukan paling cemerlang tahun 2019.
Italy under Roberto Mancini:
🇮🇹 Record 11 consecutive wins
🇮🇹 Most wins in a calendar year (10)
🇮🇹 Qualified for EUROS with 100% record for the first timeA contender next summer? pic.twitter.com/HcyOZPviFb
— Squawka Football (@Squawka) November 18, 2019
Itali sangat tajam di hadapan gol dengan permainan yang kemas serta gaya Itali yang keras ketika bertahan.
Misi Itali seterusnya pastinya Euro 2020. Mereka kini sudah mulai diletakkan sebagai antara pasukan pilihan untuk kejohanan tersebut.
Mancini sendiri sudah pening nak memilih senarai 26 pemain akhir kerana lambakan kualiti pemain sedia ada.
Namun Euro 2020 telah ditunda kepada tarikh baru iaitu pada 11 Jun 2021 dan berakhir pada 11 Julai 2021 ekoran wabak melanda ketika ini.
Kerana itu UEFA telah membenarkan semua pasukan menyenaraikan 26 pemain berbanding dengan 23 pemain pada kebiasaannya untuk langkah berjaga-jaga.
⛔ Just a single goal conceded in the last 12 matches.
⛔ Eight consecutive wins without shipping any goals.
⛔ 20 clean sheets in 32 matches since Roberto Mancini took charge.
The #Azzurri putting up big defensive stats 🔝🧱#ITACZE #VivoAzzurro pic.twitter.com/03xejrj9Qd
— Italy ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@azzurri) June 5, 2021
Sejak Roberto Mancini mengambil alih Itali, The Azurri hanya tewas dua kali sahaja sejak Mei 2018 dan sehingga kini tidak tewas dalam 27 perlawanan.
Hanya tiga perlawanan lagi untuk menyamai rekod tidak pernah tewas Itali adalah 30 perlawanan berturut-turut.
Jika empat perlawanan lagi tidak tewas maka rekod yang dicipta bawah pengurusan Vittorio Pozzo dari tahun 1935 shingga 1939 akan pecah.
Dalam 12 perlawanan terakhir Itali hanya bolos satu gol dan mencatatkan lapan perlawanan berturut-turut tanpa bolos.
Sejak Mancini hadir juga, Itali merekodkan 20 perlawanan tanpa bolos dalam 32 perlawanan.
Bagi peminat Itali di Malaysia, ini pastinya hari gembira untuk mereka. Itali antara pasukan yang memiliki penyokong yang ramai di Malaysia selain Brazil, Jerman dan England.
OFFICIAL: Italy have announced their squad for the 2020 European Championships. 🇮🇹#EURO2020 pic.twitter.com/PCxwFZ6YU6
— Squawka News (@SquawkaNews) June 1, 2021
Itali telah selamat diundi berada dalam kumpulan A bersama dengan Turki, Switzerland dan Wales, jika dilihat kepada status Itali tiada masalah untuk mara ke pusingan kalah mati.
Perlawanan pembukaan EURO 2020 akan dirasmikan oleh perlawanan antara Itali menentang Turki di Stadio Olimpicad di Rome Itali pada 12 Jun 2021 jam 3 pagi waktu Malaysia.
Jika Itali muncul juara kumpulan A mereka bakal bertemu naib juara kumpulan C yang dibarisi oleh negara Netherlands, Ukraine, Austria dan North Macedonia.
Kalau Belanda menjadi juara kumpulan C laluan agak mudah bakal ditempuhi Itali untuk mara sejauh mungkin seperti apa yang diperkatakan oleh Roberto Mancini.
Senarai 26 Pemain Itali EURO 2020
Pada awalnya skuad Roberto Mancini sudah lengkap dengan 26 orang pemain namun telah ditambah dua lagi pemain Jorginho dan Emerson selepas Chelsea menewaskan Manchester City di Porto.
Penambahan dua pemain menyebabkan Roberto Mancini terpaksa membuat penilaian akhir untuk menyingkirkan dua pemain bagi melengkapkan pasukan dengan syarat yang dibenarkan.
#Azzurri 🇮🇹
📣 The 26 players called-up for #EURO2020 by Coach Roberto #Mancini 🇪🇺#Euros #Italy #VivoAzzurro pic.twitter.com/T2h6CiIrND
— Italy ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@azzurri) June 1, 2021
Berikut merupakan senarai penuh skuad Roberto Mancini berserta nombor jersi untuk EURO 2020 dengan menyenarikan 3 orang penjaga gol, 9 pemain pertahanan, 7 pemain tengah dan 7 pemain penyerang:
Penjaga Gol (3 Pemain):
21 Gianluigi Donnarumma (Milan)
26 Alex Meret (Napoli)
1 Salvatore Sirigu (Torino)
Pemain Pertahanan (9 Pemain):
15 Francesco Acerbi (Lazio)
23 Alessandro Bastoni (Inter)
19 Leonardo Bonucci (Juventus)
3 Giorgio Chiellini (Juventus)
2 Giovanni Di Lorenzo (Napoli)
13 Emerson Palmieri (Chelsea)
24 Alessandro Florenzi (Paris Saint Germain)
4 Leonardo Spinazzola (Roma)
25 Rafael Toloi (Atalanta)
Pemain Tengah (7 Pemain):
18 Nicolò Barella (Inter)
16 Bryan Cristante (Roma)
8 Frello Jorge Luiz Jorginho (Chelsea)
5 Manuel Locatelli (Sassuolo)
7 Lorenzo Pellegrini (Roma)
12 Stefano Sensi (Inter)
6 Marco Verratti (Paris Saint Germain)
Pemain Penyerang (7 Pemain):
9 Andrea Belotti (Torino)
11 Domenico Berardi (Sassuolo)
20 Federico Bernardeschi (Juventus)
14 Federico Chiesa (Juventus)
17 Ciro Immobile (Lazio)
10 Lorenzo Insigne (Napoli)
22 Giacomo Raspadori (Sassuolo)