Ejen besar yang berbadan besar, Mino Raiola, dilaporkan sudah menyampah dan tidak lagi mahu berurusan dengan Manchester United selepas ‘layanan buruk’ terhadap Paul Pogba, menurut Metro.
Raiola sering dikaitkan dengan isu perpindahan pemain tengah Manchester United Pogba dan beliau merupakan tokoh yang sangat jahat di Old Trafford.
Tetapi keupayaannya sebagai ejen bola sepak tidak boleh dipertikaikan kerana beliau sering bertanggungjawab ke atas pemainnya. Kerana itulah beliau dikenali sebagai super ejen.
Raiola telah mengkritik bos United, Ole Gunnar Solskjaer sebelum perlawanan malam kemarin ketika United turun menentang Chelsea.
Solskjaer telah memberi respons kepada laporan bahawa Pogba mungkin dalam perjalanan keluar dari Old Trafford, dengan mengatakan,
Mino Raiola:
"The result was good for Manchester United, maybe I should do this more often. Seriously, I thought what Ole Gunnar Solskjaer said was irrelevant. He took part of the interview and said I offered Paul [Pogba] to other clubs without permission."#MUFC 🔴 pic.twitter.com/FBJoX4WySL— Manchester United 🔴 (@ManUnited_ENG__) February 18, 2020
“Paul adalah pemain kami dan bukan Mino’s”.
Raiola kemudian Membuat kenyataan balas menerusi Instagramnya dengan mengkritik pengurus yang berasal dari Norway itu.
“Paul bukan milik saya dan sudah pasti bukan harta milik Solskjaer, Paul adalah Paul Pogba,”
katanya menurut BBC.
“Sebelum Solskjaer membuat komen tentang perkara yang saya katakan, dia harus memaklumkan dirinya terlebih dahulu tentang maksud apa yang telah dikatakan”.
“Sehingga kini, saya mungkin terlalu baik kepadanya. Solskjaer sepatutnya ingat apa yang dikatakannya pada musim panas lalu kepada Paul”.
Paul is not mine and for sure not Solskjaer’s property, Paul is Paul Pogba’s. pic.twitter.com/CvBHW8mj8U
— Mino Raiola (@MinoRaiola) February 17, 2020
“Saya fikir Solskjaer mungkin kecewa kerana sebab-sebab yang berbeza dan kini beliau mengaitkan dengan beberapa isu lain. Saya fikir Solskjaer mempunyai perkara lain yang perlu dibimbangkan.”
Berikutan kemenangan United 2-0, Solskjaer membalas semula kenyataan dari mino dengan menyatakan:
“Saya tidak perlu mengulas melalui media mengenai Mino dan apa yang dia katakan, saya mungkin boleh bercakap dengannya sendiri, jadi …”
Mino Raiola:
"It seems like everything that's going wrong with Ole is my fault, Haaland didn't sign for United is my fault apparently "
He also confirm that Jesse Lingard is his client and that Paul could't sign a new contract. #Mulive pic.twitter.com/VnBuTsideg
— United Daily (@UnitedDaily9) February 18, 2020
Tetapi apabila ditanya sama ada dia akan bercakap dengan Raiola secara langsung, pengurus berusia 46 tahun itu mengakui dia mungkin tidak akan melakukannya.
Permulaan Konflik Perpindahan Paul Pogba
Menurut Raiola, Paul Pogba tidak mahu meninggalkan Manchester United walaupun pelbagai spekulasi bertebaran mengenai masa depan pemain tengah berambut kreatif itu.
Setiap jendela perpindahan Pogba yang kini masih tercedera dan sepertinya tidak akan sembuh sering dikhabarkan bakal meninggalkan Setan Merah.
Pada musim panas 2018 heboh akan ke Barcelona, pada musim sejuk 2019 nak ke Manchester City pada musim panas 2019 Real Madrid menanti.
Just reading that if United want Haaland we will need to pay £12m in agent fees to Mino Raiola
Absolute leach this bloke is pic.twitter.com/0IpopUQVfi
— Ryan. (@Ryan_United84) December 19, 2019
Paul Pogba Dikaitkan Dengan Real Madrid
Bercakap kepada Telegraph, Raiola menyifatkan Pogba mahu kekal dan mahu menang sesuatu dengan Manchester United.
“Paul mahu menggapai kejayaan dan kegembiraan dan mahu menang hadiah dan beliau sangat suka untuk melakukan semua itu bersama Manchester United.”
“Okay gais, kalau korang nak tahu, Real Madrid ni minat gila nak beli Paul tapi Manchester United tak benarkan Paul pergi.”
“Kami tak buat kecoh dan Paul pun tak merungut mengenainya kerana aku kerja selaras dengan kehendak nafsu pemain.”
Raiola: “Okay there was big interest from Real Madrid and #mufc didn’t let him go. We didn’t make a fuss about it and he didn’t make a fuss about it because I work in accordance with the player.”
— RedReveal (@RedReveal) December 20, 2019
Raiola juga menjelaskan Pogba mahu bekerjasama bersama Zinedine Zidane kerana kurang dapat sokongan di Old Trafford dan sering menjadi kambing hitam.
Raiola Menghentam Pengurusan United
Kadang-kala Raiola ini selalu melebih dalam perpindahan pemain belaannya. kerana mahu mengaut wang yang lebih, beliau telah mengecam Gary Neville bekas pemain United yang mengkritik Pogba.
“Ada la minat yang ditunjukkan Real Madrid tapi Setan Merah tak nak lepas dan aku minta maap kerana aku fikir Paul ni asal Perancis dan Zidane pula menjadi satu faktor penting dalam sejarah bola sepak Perancis.”
“Paul ni bukan lelaki seperti yang Gary Neville dan sekumpulan bekas pemain yang kecewa yang selalu cakap ‘Paul patut malu sebab itu, patut malu sebab ini’”
“Nak malu apa Setan? Paul kerja keras setiap hari dan beri yang terbaik. Paul tak merungut pun tak beraksi di Champions League. Adakah Paul sempurna?”
“Tiada siapa yang sempurna. Adakah Paul bertanggungjawab dengan setiap kegagalan? Paul selalu rasa bertanggungjawab. Kalau kau dalam pasukan kau pun bertanggungjawab dengan kegagalan.”
Raiola: “But Paul is not the guy I hear about from (Gary) Neville and all the frustrated ex-players who say, ‘he should be ashamed of this, ashamed of that’. Ashamed of what? He is working every day and doing his best.” #mufc
— RedReveal (@RedReveal) December 20, 2019
Raiola menyifatkan Manchester United mempunyai mentaliti Amerika berbanding Eropah kerana mementing wang berbanding bola sepak.
“Secara jujurnya aku tengok Manchester United dan merasakan mereka mempunyai mentaliti Amerika berbanding Eropah.”
“Kadang-kala aku perati kelab lebih mementingkan aspek ekonomi daripada sukan dan itulah cara pemikiran Amerika.”
Kata-kata Raiola ini ada benarnya, pada musim lepas Ed Woodward sibuk mengikat perjanjian penajaan sehingga mengabaikan jual-beli pemain.
Hasilnya seperti Setan Merah kau tengok hari ini dan wujudlah jenama jamban di jersi.
Mino Raiola: “In truth I look at #mufc and think that they have more an American mentality than a European one — I mean that sometimes it seems the club is more concerned about the economic part than the sports part and that's a very American way of thinking." #mulive [telegraph]
— utdreport (@utdreport) December 20, 2019
Super Ejen berbangsa Itali itu terus meluahkan ketidakpuasan hati apabila turut mengkritik pengurusan Manchester United kerana tidak mempunyai pengarah bola sepak.
“Kelab ini memerlukan seorang pakar, pengarah sukan, seseorang yang boleh berada diantara pasukan, jurulatih dan pemilik. Seorang yang boleh menjadi penghubung.”
“Pada hari ni kau perlukan pakar kerana jurulatih tiada masa untuk menguruskan tinjauan bakat dan tugas-tugas lain dan aku rasa ini yang kurang di Manchester United.”
Sampai ke hal kelab Raiola bedal dan mempertahankan Pogba kaw-kaw walaupun mempamerkan aksi yang tidak berapa nak padan dengan harga dan gaji.
Raiola: “#mufc needs a specialist, a sports director, someone between the team, the coach and the owners, someone who can bridge the sides.”
— RedReveal (@RedReveal) December 20, 2019
Raiola Terlalu Mempertahankan Pogba
Itu belum lagi dengan aktiviti yang sering dimuat naik ke laman sosial dengan potongan rambut yang pelbagai.
Ejen berusia 52 tahun itu terus memuji pemain naungan beliau sebagai terbaik dunia dan tiada galang ganti kerana Pogba lagi diperah untuk Raiola hasilkan wang.
“Ada lagi ke pemain tengah lagi bagus dari Paul dalam dunia ni? Takdak! Nehi babuji! Hell No!”
“Kalau kau jual Pogba sekarang kau boleh beli yang lebih bagus? Tidak! Mana dia?”
Raiola: “Is there a better midfielder (than Pogba) in the world? No! #mufc
— RedReveal (@RedReveal) December 20, 2019
Jika Manchester United membina pasukan bertunjangkan Pogba maka Setan akan mendapat yang terbaik daripada Pogba.
“Tapi kalau kau cipta identiti tersendiri mungkin kau akan menemui Paul yang sangat ideal.”
“Jika kau mahu bermain dengan dua pemain tengah bertahan kat mana Paul nak main Setan?”
Begitulah Kronologi berkaitan isu pertelingkahan antara Mino Raiola dengan Ole Solskjaer. Bukan Baru-baru ini saja mereka berdua bertengkar dan ada masalah.
Malah boleh dikatakan setiap kali ada jendela perpindahan isu begini pasti akan dibangkitkan mereka. Setelah sekian lama isu ini dibawa sama-sama lah kita nantikan kesudahan cerita perpindahan Pogba ni nanti.