Ini Sebabnya Kenapa Jota Raikan Gol Seperti Sedang Bermain PlayStation

Pemain penyerang Liverpool, Diogo Jota telah meraikan jaringan golnya ketika menentang Southampton seperti sedang bermain permainan video PlayStation, kenapa dan apa sebabnya?

Ini kerana Diogo Jota terpaksa menarik diri daripada perlawanan kelayakan antarabangsa FIFA 22 awal hari ini โ€“ supaya dia boleh bermain untuk Liverpool menentang Southampton di Anfield dalam saingan Liga Perdana.

Pemain antarabangsa Portugal itu mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung pada sebelah pagi tetapi terpaksa menarik diri di pusingan keempat apabila dia dijadualkan bermain dengan pengguna Twitter @Lyamooo_.

Bagaimanapun, dalam mesej yang disiarkan dalam talian, bekas penyerang Wolves itu memaklumkan lawannya dia tidak dapat bermain.

โ€˜DiogoJota18โ€™ berkata:

โ€œSaya tidak boleh bermain jadi akan terlepas daftar masukโ€

Perbualan dari Jota untuk menarik diri mendapat ucapan selamat maju jaya untuk perlawanan sebenar dan mendapat ucapan terima kasih kembali dari lawananya di permainan FIFA 22.

Itu adalah alasan yang paling tepat, memandangkan Jota agak sibuk menjadi pemain bola sepak profesional untuk salah satu pasukan terbaik dalam liga.

Dan walaupun dia tidak dapat meneruskan perlawanan dengan controller, Jota menyinar dalam perlawanan yang bermula jam 3 petang (11 malam waktu Malaysia) dengan menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama di Merseyside.

Yang paling kelakar, pemain berusia 24 tahun itu meraikan salah satu jaringannya dengan meniru gaya duduk bermain di PlayStation. Kelakar bukan?

Dunia bola sepak kini menyedari sepenuhnya kualiti Diogo Jota di atas padang tetapi dia juga sangat bagus di dalam permainan video bola sepak FIFA.

Pada April 2020, Diogo Jota telah dinobatkan sebagai pemain terbaik FIFA dalam Liga Perdana apabila dia beraksi di kejohanan jemputan ePremier League.

Pada ketika itu Diogo Jota masih lagi bermain bersama pasukan Wolverhampton Wanderer atau Wovles dan telah menewaskan bakal rakan sepasukannya di Liverpool, Trent Alexander-Arnold di perlawanan akhir, menyebabkan pemain bek kanan itu benar-benar kecewa.

Wilfred Ndidi, Lys Mousset dan Dwight McNeil juga telah menjadi mangsa dalam kejayaan menjuarai permainan video FIFA yang sangat mengagumkan dari Jota.

Semasa mengalami kecederaan dan dalam proses pemulihan, Diogo Jota telah bermain FIFA dan menjadi pemain ranking No.1 di dunia selepas menang 3-0 di Liga Hujung Minggu FIFA Ultimate Team.

Bekas pemain Porto itu mempunyai pasukan e-sukan sendiri dan mempamerkan pencapaian FIFA dan kad 99 pro โ€“ di saluran media sosialnya.

Ternyata Jota merupakan pemain bola sepak yang hebat di alam realiti dan juga alam maya.

Liverpool 4-0 Southampton

Perlawanan Liverpool dan Southampton boleh dianggap sebagai derbi anak-beranak, Southampton sememangnya terkenal sebagai pembekal utama pemain kepada Liverpool.

Lantaran itu Liverpool telah dianggap sebagai Southampton B namun di atas padang mereka profesional dan keputusan perlawanan langsung tidak dipengaruhi unsur luar.

Southampton acah-acah garang apabial terus menyerang kubu Liverpool usai perlawanan bermula dan seperti memberi amaran mereka pun power.

Tetapi dua minit kemudian Liverpool terus menjaringkan gol pembukaan mereka melalui pemain kebangsaan Portugal, Diogo Jota.

Genius dan manis gol terhasil apabila Sadio Mane menghantar bola kepada Andrew Robertson dengan satu nutmeg dan Robertson membuat potongan kebelakang kepada Diogo Jota.

Bednarek telah melakukan satu terjahan sangat keras ke buku lali Sadio Mane dan hanya dilayangkan kad kuning, tiada kecederaan serius dialami Mane.

Dari sepakan percuma yang diberikan Sadio Mane menggandakan kedudukan melalui tandukan namun telah dibatalkan kerana offside.

Mohamed Salah hampir saja menjaringkan gol cantik lagi dengan satu lencongan dari sudut yang agak sukar dan bola sedikit menjauhi gawang.

Setengah jam permainan Liverpool dengan mudahnya menggandakan kedudukan gerakan licik dan liar Salah sebelum menghantar kepada Jota untuk satu tolakan mudah.

Selepas 171 perlawanan, Mohamed Salah telah terlibat secara langsung dalam menghasilkan 150 gol di Premier League samada melalui jaringan atau assist.

Hanya Alan Shearer dan Thierry Henry mencatatkan kurang perlawanan berbanding Salah untuk terlibat menghasilkan 150 gol.

Enam minit berselang selepas tidak penat mengasak, Thiago Alcantara menjaringkan gol ketiga dengan satu rembatan deras yang terbiasa.

Jahat gelecekan Thiago yang menguis sedikit pergerakan bola untuk membolehkan beliau merembat dengan kaki kiri.

Seminit sebelum tamat permainan Adam Armstron melakukan rembatan memaksa Allison Becker melayangkan badan menguis keluar bola.

Jelas permainan menjadi milik Liverpool walaupun ada beberapa percubaan daripada Southampton.

Separuh masa pertama: Liverpool 3-0 Southampton

Liverpool seperti tidak mahu mengendurkan permainan dan terus mengasak seperti mahu menjaringkan gol sebanyak mungkin.

Langsung tiada belas dari Liverpool ke atas pembekal pemain terpadu mereka.

Akhirnya pada minit ke-52, Virgil Van Dijk yang merupakan bekas pemain Southampton dengan tidak mengenang budi dan kurang ajar menjaringkan gol keempat hasil umpanan Trent Alexander Arnold.

Van Dijk dilihat sangat gembira dengan jaringan itu dan hanya acah-acah saja buat-buat tak celebrate. Jelas kot.

Untuk rekod Virgil Van Dijk merupakan bekas pemain pertahanan Southampton yang cuba dipancing Liverpool secara jahat, keji, durjana dan langsung tidak profesional.

Akibatnya Liverpool terpaksa meminta maaf kepada Southampton atas kejahatan penuh keji itu dan Van Dijk akhirnya menjadi milik Liverpool selepas dipinang dengan cara yang betul dan profesional.

Jenis tak bertamadun.

Liverpool terus bermaharaja lela mengasak kubu Southampton tanpa belas sehingga huru hara pertahanan Southampton namun gol kelima tidak kunjung tiba lagi.

Sampai ke wisel penamat, Liverpool gagal untuk menambah lagi jaringan dan Southampton pula pasti lega apabila hanya dibelasah dengan empat gol sahaja.

Liverpool satu-satunya pasukan di Premier League yang belum tewas di tempat sendiri musim ini selepas Crystal Palace kalah kepada Aston Villa.

Kemenangan ini melonjakkan Liverpool ke tangga kedua, dua mata didepan Manchester City dan satu mata dibelakang Chelsea yang belum turun beraksi.

Liverpool XI : Alisson, Alexander-Arnold, Konate, van Dijk, Robertson, Henderson, Fabinho, Thiago, Salah, Jota, Mane.

Pemain simpanan : Milner, Oxlade-Chamberlain, Minamino, Tsimikas, Origi, Matip, Kelleher, Williams, Morton.

Southampton XI : McCarthy, Bednarek, Lyanco, Salisu, Livramento, Ward-Prowse, Romeu, Perraud, Broja, Adams, Adam Armstrong.

Pemain simpanan : Walker-Peters, Long, Redmond, Smallbone, Tella, Diallo, Walcott, Valery, Forster.

Pengadil Perlawanan : Andre Marriner (West Midlands)

BACA:ย  Cristiano Ronaldo Adalah Idola Saya - Diogo Jota