Iniesta Namakan Pemain Yang Beliau Ingin Main Bersama

Legenda Sepanyol dan Barcelona, Andes Iniesta merupakan nama yang tidak asing dalam kancah bola sepak moden.

Beliau dianggap antara pemain tengah terbaik yang pernah dihasilkan Sepanyol dan mempunyai peminat di serata dunia yang kagum dengan kemampuannya.

Iniesta yang kini sudah mencecah usia 36 tahun, sedang menghabiskan sisa-sisa karier bola sepaknya bersama sebuah kelab dari Jepun, Vissel Kobe.

Iniesta pilih Kante kerana kualiti yang ada pada pemain tersebut

Walaupun pernah bermain dengan ramai pemain ternama dunia seperti Lionel Messi dan Xavi Hernandez, Iniesta menamakan seorang pemain yang beliau ingin main bersama jika diberi peluang.

Pemain yang dimaksudkan Iniesta adalah N’Golo Kante, pemain tengah Chelsea dan juga pemain antarabangsa Perancis yang baru sahaja menjulang trofi Piala Dunia 2018 beberapa bulan yang lalu.

Iniesta memuji kualiti yang dimiliki Kante di atas padang dan melabel pemain antarabangsa Perancis itu sebagai partner di bahagian tengah yang sempurna.

Namun begitu, Iniesta sedar beliau tidak akan memperolehi peluang untuk bermain dengan Kante sebelum beliau menggantung kasutnya tidak lama lagi.

Gandingan tengah terhebat sepanjang zaman ?

“Kante merupakan pemain yang saya mahu lihat berada dalam pasukan saya untuk satu jangka masa yang lama.” Ujar Iniesta kepada RMC Sport. 

“Kante tidak akan datang ke Jepun, tetapi beliau merupakan pemain yang saya suka kerana kerja yang beliau lakukan di atas padang dan keyakinan yang ditunjukkannya dalam permainan.”

“Kebolehan beliau menjadikan dirinya aset penting dan tunjang utama kepada pasukan Chelsea dan Perancis.”

Pemain berusia 27 tahun itu menyertai Chelsea pada musim 2016 selepas membantu Leicester memenangi Liga Perdana Inggeris pada musim sebelumnya.

Ia merupakan pencapaian luar biasa bagi sebuah kelab kecil dan kehadiran Kantee di bahagian tengah Leicester merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kejayaan tersebut.

Beliau juga berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris buat kali ke-2 berturut-turut dalam musim pertamanya di Stamford Bridge.

Iniesta tidak keseorangan dalam memuji Kante. Hazard mendakwa Perancis memenangi Piala Dunia kerana mereka memiliki Kante

Musim lepas menyaksikan Kante berjaya menjulang trofi paling agung dalam peradaban manusia apabila Perancis berjaya memenangi Piala Dunia 2018 dengan menewaskan Croatia.

Berikutan persembahan hebat Kante bersama Perancis di Piala Dunia, beliau telah dikaitkan dengan perpindahan lumayan untuk kembali bermain di Ligue 1 untuk menyertai Paris Saint-Germain.

Namun begitu, Kante menafikan perkara tersebut dan berkata beliau tidak mempunyai sebarang minat untuk menyertai kelab lain.

“Saya tidak mempunyai sebarang keinginan untuk pergi ke tempat lain selepas berakhirnya Piala Dunia.”

BACA:  Andres Iniesta Tinggalkan Barcelona Selepas 22 Tahun Bersama