Inilah Ucapan Berapi Mbappe Menyaksikan Perancis Bangkit Sebelum Tewas Penalti

Klip video rakaman ucapan penuh berapi-api dan penuh semangat Kylian Mbappe di bilik persalinan ketika rehat separuh masa pertama kini tular dan menjadi bualan warga media sosial.

Hasil daripada ucapan Kylian Mbappe ini Perancis bangkit untuk memadamkan defisit dua gol Argentina dan mengheret perlawanan ke masa tambahan sebelum tewas dipenentuan sepakan penalti.

Ini adalah situasi yang agak luar biasa apabila ramai menyedari bahawa Kylian Mbappe hanya berusia 24 tahun pada masa itu, tetapi telah menerajui perjuangan Perancis seolah-olah dia adalah pemain senior di bilik persalinan.

Diusia muda begini dan dikelilingi oleh pemain yang lebih senior dalam pasukan Kylian Mbappe hadir dengan inspirasi murni dan suci serta menampakkan sisi genius yang ketara.

Dunia ditunjukkan dengan kualiti motivasi yang ada pada Kylian Mbappe di Stadium Lusail yang Ikonik menjangkau jauh lebih baik daripada sekadar menunjukkan rakan senegaranya bagaimana ia dilakukan dengan kualiti individunya sendiri.

Dalam video yang tersebar ini, Mbappe cuba menaikkan motivasi rakan sepasukannya untuk bangkit selepas mempamerkan permainan yang sangat teruk di separuh masa pertakma.

Seorang wartawan, Hadrien Grenier telah berkongsi rakaman yang penuh inspirasi yang dirakam oleh kamera TF1 di mana Mbappe telah membuat satu rayuan penuh terdesak kepada rakan seperjuangannya di Perancis.

Dan menurut terjemahan oleh Get French Football News, Mbappe berkata:

“Ini perlawanan sekali dalam seumur hidup, kita tidak boleh berbuat lebih buruk. Kita kembali ke padang, Kita mesti melakukannya. Kita telah bolos 2 gol, Kita boleh bangkit kembali. Nokharommm gais!!, ini 4 tahun sekali, Nokharommm!”

Ia benar-benar menunjukkan betapa besarnya peranan yang dimainkan Mbappe di bilik persalinan Perancis walaupun masih menjadi salah seorang pemain muda dalam skuad Didier Deschamps.

Daripada memberi inspirasi kepada pasukan dengan dorongan peribadinya untuk menjaringkan gol kepada cuba memotivasikan mereka dengan kata-katanya pada separuh masa, Mbappe sememangnya mempunyai banyak kualiti yang diperlukan untuk menjadi pemain yang hebat sepanjang zaman dalam sukan ini walaupun pada peringkat ini.

Ia mungkin tidak mencukupi untuk memastikan kejuaraan Piala Dunia berturut-turut, tetapi ia pasti memainkan peranan penting dalam memberikan Argentina lebih banyak halangan daripada yang mereka jangkakan pada separuh masa kedua dan seterusnya.

Bersambung permainan, Perancis masih lagi beraksi buruk namun lebih baik dari separuh masa pertama dan Kylian Mbappe telah membuktikan kata-katanya bukan sekadar sembang lebat.

Ketika kejuaraan Piala Dunia 2022 seperti hampir menjadi milik Argentina, Mbappe hadir menghalang dengan dua gol dalam tempoh 97 saat ketika permainan berbaki 10 minit.

Harapan Perancis sekali seumur hidup kembali hidup apabila perlawanan dibawa ke masa tambahan, Lionel Messi meletakkan Argentina kembali dihadapan.

Namun Mbappe tampil memadamkan dengan hatrik di final Piala Dunia dan akhirnya tewas di penentuan sepakan penalti, walaupun tewas, Mbappe memastikan Perancis melawan hingga ke saat akhir apabila mengubah kesenduan awal.

Bintang Paris Saint Germain itu mengikut jejak Sir Geoff Hurst mencetak hatrik ketika England menewaskan Jerman Barat pada 1966 dan menjadi pemain kedua melakukan hatrik di perlawanan akhir Piala Dunia,.

Kylian Mbappe telah memenangi Kasut Emas adidas di Piala Dunia FIFA Qatar 2022. Penyerang Perancis itu menjaringkan lapan kali, lebih satu daripada Lionel Messi, yang mengumpul But Perak. Dengan empat gol Olivier Giroud merampas Kasut Gangsa.

Mbappe menjaringkan tiga gol dalam peringkat kumpulan dan lima dalam fasa kalah mati, termasuk hatrik pada perlawanan akhir, yang mana Perancis akhirnya tewas menerusi sepakan penalti.

Pemain berusia 24 tahun itu juga mengumpulakn 12 gol Piala Dunia secara keseluruhan, hanya kurang satu daripada rekod Perancis yang dipegang oleh Just Fontaine.

BACA:  Chelsea Mahu Sailang Mbappe Daripada Liverpool