Aksi Mbappe Membuat Larian Pantas Ketika Bertemu Jerman Mencuri Tumpuan Peminat

Tular di media sosial ketika ini tentang kelajuan Kylian Mbappe yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika aksi bertemu Jerman awal pagi tadi.

Para peminat seluruh dunia terpegun dan terpesona melihat kelajuan larian Mbappe yang sungguh luar biasa menakjubkan pada aksi babak kedua perlawanan yang dilangsungkan di Munich itu.

Perancis berjaya menewaskan Jerman 1-0 dalam aksi perlawanan pertama mereka diperingkat kumpulan F saingan Euro 2020.

Pertembungan yang menemukan dua gergasi dunia bola sepak itu bolehlah dianggap sebagai antara perlawanan yang paling dinanti-nantikan oleh para peminat.

Kedua-dua pasukan telah mempamerkan rentak persembahan yang sungguh menarik dan menghiburkan.

Satu-satunya gol yang berjaya dihasilkan dalam perlawanan ini adalah gol sendiri jaringan Mats Hummels pada aksi babak pertama permainan.

Apa yang menariknya tentang gol sendiri itu adalah dari build up sebelum terhasilnya gol tersebut, yang mana para peminat sangat kagum dengan hantaran Trivela dari Paul Pogba.

Ia merupakan teknik hantaran yang sungguh dasyat dan Pogba menggunakannya dengan cukup sempurna.

Tidak dinafikan Paul Pogba sememangnya beraksi dengan sangat baik dalam perlawanan ini dengan beliau sering memberi masalah kepada barisan pertahanan Jerman.

Selain hebat ketika menyerang, pemain midfield Manchester United itu juga cemerlang ketika membantu barisan pertahanan Perancis dalam menghalang asakan dari jentera serangan Jerman.

Beliau sering membuat hantaran cantik di ruang yang tak padat dan 99 peratus hantarannya tepat menemui rakan sepasukannya.

Selain Pogba, Kylian Mbappe juga turut mempamerkan aksi permainan yang sungguh cemerlang dalam perlawanan ini dengan beliau sempat menjaringkan satu gol sebelum dibatalkan kerana offside.

Mbappe yang menerima bola umpanan dari Pogba itu mengawal bola dalam kotak penalti Jerman, dan beliau berjaya melepaskan rembatan leret padu yang menewaskan tiga pemain pertahanan di depannya.

Sayangnya gol tersebut dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana beliau telah berada dalam kedudukan offiside sebelum menerima bola hantaran dari Pogba.

Satu lagi insiden yang berjaya mencuri tumpuan peminat adalah ketika beliau membuat larian pantas menewaskan Hummels pada aksi babak kedua permainan.

Mbappe ketika itu menerima bola dari Pogba yang berada di kawasan D Perancis, beliau kemudiannya melorongkan bola mencari Benzema dan pemain Real Madrid itu dengan pantas menolak bola ke arah kawasan Jerman.

Bola hantaran Benzema sebenarnya agak kuat kerana Mbappe ketika itu masih belum melepasi garisan tengah padang, namun Hummels sudah ada di kawasan Jerman.

Apa yang mengejutkan para peminat adalah ketika melihat Mbappe yang mampu berlari begitu pantas hingga berjaya memotong Hummels dan terus melarikan bola masuk ke dalam kotak penalti Jerman.

Hummels jelas tidak mampu mengejar kepantasan Mbappe, namun mujur saja beliau sempat membuat tackle di dalam kotak dan mencuri semula bola dari kaki bintang PSG itu.

Larian tersebut berjaya mencuri tumpuan para peminat dengan ramai yang menganggap kaki Mbappe seolah tidak jejak ke bumi ketika beliau berlari mengejar bola itu.

Secara keseluruhannya, kedua-dua pasukan telah mempamerkan rentak persembahan yang sangat mengagumkan dan menghiburkan para peminat.

Perancis pada 19 Jun nanti akan berdepan dengan Hungary di Budapest, sementara Jerman pula akan melayan kunjungan Portugal pada 20 Jun nanti.

Kumpulan F dianggap sebagai kumpulan maut dalam kejohanan Euro kali ini, dengan Perancis, Jerman dan Portugal merupakan pasukan pilihan untuk memenangi pertandingan ini.

Berdasarkan kepada aksi persembahan semasa ketiga-tiga pasukan, mereka semua berpeluang untuk mara ke peringkat seterusnya.

Namun siapa dua pasukan yang akan layak? Bincangkan di ruangan komen.

BACA:  PSG Beri Potongan Harga Untuk Kelab Berminat Dapatkan Mbappe