Inter Jual Hakimi, Tandatangani Calhanoglu Dan Berharap Lautaro Martinez Kekal

Antonio Conte membantu Inter Milan menamatkan kemarau panjang kelab itu untuk menjulang Scudetto. Ketika kehadirannya, Inter tidak menang kejuaraan itu hampir sedekad.

Kejuaraan pada musim lepas juga menamatkan dominasi Juventus yang menang Scudetto 9 kali berturut-turut.

Pada musim pertama Conte di Inter, dia hampir mencipta kejayaan segera namun hanya dipisahkan 1 mata oleh Juventus. Conte tidak menunggu lama apabila menjadi juara pada musim keduanya disana.

Memasuki musim ketiga, Conte tidak lagi sehaluan dengan perancangan kelab. Salah satu faktor yang membuatkannya angkat kaki apabila kelab mahu menjual beberapa pemain untuk mendapatkan wang bagi mengimbangi kewangan kelab.

Conte dan Inter mencapai kata sepakat untuk memutuskan kerjasama selepas meraih 2 musim cemerlang, sekali naib juara dan sekali juara.

Tidak lama selepas itu Inter menandatangani Simone Inzaghi untuk melatih pasukan itu bagi saingan musim hadapan. Lazio sedang menawarkan kontrak lanjutan kepada Inzaghi tetapi jurulatih tersebut hadir untuk menandatangani.

Tidak berapa lama selepas itu, tanpa Conte Inter meneruskan pelannya menjual pemain. Achraf Hakimi yang baru menyertai Inter semusim dijual ke Paris Saint Germain.

Pemain wingback berusia 22 tahun itu dijual pada harga €70 juta. CEO Inter, Beppe Marotta mengatakan kepada Dribbling Europei keputusan itu untuk kebaikan kelab.

“Ia merupakan jualan penting untuk kelab, memberi nafas kepada kewangan kelab.”

Selepas menjual Hakimi Inter tidak boleh lagi menjual mana-mana pemainnya. Kelab sudah kehilangan Ashley Young yang kembali ke Liga Perdana Inggeris menyertai Aston Villa.

Inter hanya mempunyai 1 pemain pertahanan sisi iaitu Matteo Darmian. Sebelum ini Conte banyak menggunakan Ivan Perisic untuk beroperasi di wingback kiri dan Hakimi di kanan.

Inter Milan kekurangan pemain di bahagian pertahanan sisi selepas Achraf Hakimi dijual dan Ashley Young menyertai Aston Villa

Isu kesihatan Cristian Eriksen juga bakal membuatkan Inter kehilangan squad depth untuk mempertahankan kejuaraan yang menenanginya musim lepas.

Bagaimanapun Inter sudah mendapatkan pengganti Eriksen lebih awal. Inter menandatangani Hakan Calhanoglu secara percuma selepas pemain kreatif itu tamat kontrak di AC Milan.

“Kami berharap Eriksen dapat mengembalikan semula kesihatannya dan kembali efisyen. Selepas itu kami akan menilai semula dalam aspek sukan, buat masa sekarang ia bukan perkara utama untuk dilakukan.”

Pemain kebangsaan Turki itu akan bersama Inter sehingga akhir musim 2023/24. Calhanoglu gagal membantu Turki dalam Piala Eropah selepas tersingkir di peringkat kumpulan apabila tewas semua 3 perlawanan.

Calhanoglu sebelum ini mempunyai 2 musim terakhir yang cemerlang bersama AC Milan dan mula menuntut kenaikan gaji tetapi tidak dipersetujui oleh kelab.

AC Milan cukup bertegas dengan struktur gaji dan ia menjadi punca kepada keputusan Donnarumma tidak mahu menyambung kontraknya dan berpindah ke Paris Saint Germain.

Berbalik kepada Inter, Romelu Lukaku sudah membuat aku janji akan kekal bersama kelab itu. Perkara pertama yang dimahukan oleh Inzaghi adalah Lukaku kekal bersama Inter.

Namun pasangan penyerangnya, Lautaro Martinez berada dalam radar banyak kelab lain untuk mendapatkan khidmatnya.

Marrotta amat berharap penyerang Argentina itu kekal di Inter.

“Lautaro adalah salah seorang pemain yang kami mahu simpan. Saya optimis dia akan kekal menjadi tunjang utama pasukan musim depan.”

Pada musim lepas gandingan Lukaku dan Martinez menjatingkan 41 gol dari 89 jaringan Inter di Serie A. Kedua-dua pemain ini juga menyumbang 17 bantuan gol.

Sementara itu Calhanoglu merekod 4 gol dan 9 bantuan lebih banyak dari Eriksen yang mencetak. 3 gol tanpa sebarang bantuan gol.

Marrotta Inter akan berada dalam keadaan baik-baik sahaja dibawah bimbingan Inzaghi.

Selama berkhidmat di Lazio Inzaghi telah memenangi 4 trofi major iaitu Scudetto (1999-20) dan Coppa Italia (2000, 2004, 2009).

Selain itu Inzaghi juga menang Super Coppa Italiana pada tahun 2000 dan 2009 disamping UEFA Super Cup pada tahun 1999 apabila menumpaskan Mancherster United 1-0 di Stade Louis II, Monaco.

BACA:  Champions League 2021/22: Inter Milan 0-2 Liverpool